Wednesday, June 08, 2011

Bangunan Pejabat PKR dilelong

Bangunan yang menempatkan ibu pejabat PKR akan dilelongkan esok dan bakal menjadikan parti itu tanpa pejabat.

Lelongan akan bermula pada harga RM460,000 hingga RM1 juta bagi setiap unit, bergantung kepada tingkat mana unit itu terletak.

Sebelum ini Bendahari PKR William Leong pernah berkata bahawa PKR mungkin mempertimbangkan bagi membeli bangunan itu tetapi katanya ia bergantung kepada harga yang ditawarkan itu.

PKR menyewa bangnan lima tingkat tersebut antara RM10 ribu hingga RM20 ribu setiap unit.

Bagaimanpun, pemilik bangunan itu dikatakan telah gagal membayar ansuran pinjamannya dan bank mahu melelong 10 rumah kedai milik syarikat berkenaan di Tropicana, Petaling Jaya ini.

No comments:

Blog Archive