Monday, May 02, 2011

Video seks: Anwar enggan bersumpah laknat; kerana dia melakukannya: Tun M

Menurut Tun M Shazryl Eskay Abdullah bertindak bersumpah laknat, kerana dia yakin Anwar melakukan hubungan seks sepertimana dirakam dalam video seks 21 minit yang terdedah di youtube.Sebaliknya Anwar enggan berbuat demikian, kerana dia merasa melakukan kesalahan tersebut.

Eskay bersumpah laknat di Masjid Amru Bandar Sentul pada 4.15 petang 29 April lalu seusai sembayang Jumaat.

Sebelum upacara sumpah laknat tersebut berlangsung; satu kekecohan berlaku di Masjid tersebut yang dilakukan oleh satu kumpulan penyokong Pakatan yang diketuai oleh Ketua AMK Keadalian-Shamsul Akin Iskandar. Dilaporkan juga, penyokong Pakatan yang bukan beragama islam turut berada dalam masjid semasa gangguan tersebut.


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohammed berkata ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah mempunyai hak melakukan sumpah laknat untuk mengaitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam video seks yang dirakamkan pada Februari lalu.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Hishamuddin Hussien, dilaporkan akan meneruskan niatnya menyaman Anwar berhubung pendedahan video seks pada 21 Mac lalu.

Pada sidang akhbar di Pejabat PKR di Tropica pada petang 21 Mac, selepas pra tonton video seks tersebut di Hotel Sri Carcosa, Anwar menuduh DS Najib, Hishamuddin dan polis disebalik pendedahan video seks tersebut.

Walaupun pendedahan video seks yang dimuat turun di Youtube memamarkan Anwar, hingga kini Ketua Umum PKR itu masih enggan mengaku-bahawa lelaki miripnya itu adalah dia.

Malah, Anwar hanya memperseda pendedahan video tersebut- yang mengakibatkan orang ramai memberi perhatian kepadanya terutama mukanya dan perutnya.
Watch live streaming video from aljubura at livestream.com

1 comment:

Anonymous said...

mahdey anak murdi kassim ahmad. apa nk heran

Blog Archive