Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetahui nasibnya Isnin ini dalam perbicaraan di mana beliau dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lalu.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, dijangka memberikan keputusan pada akhir kes pendakwaan sama ada Anwar akan diminta membela diri atau dibebaskan.
Ia adalah pertuduhan liwat kedua terhadap Anwar.
Pada 2000, beliau dituduh meliwat pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar.
Anwar didapati bersalah dan dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi kerana meliwat Azizan, tetapi empat tahun kemudian Mahkamah Persekutuan menyanggah keputusan kesalahan dan mengetepikan hukuman penjara tersebut.
Anwar, 63, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos, 2008, kerana kesalahan persetubuhan di luar tabii di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.
Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan rotan jika sabit kesalahan.
Sungguh pun pasukan pembelaan pada mulanya berjaya memohon untuk kes itu didengar di mahkamah rendah, Mahkamah Tinggi pada 3 Mac 2009, membenarkan rayuan pendakwaan untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.
Ia mengambil masa hampir setahun sebelum perbicaraan liwatnya itu dimulakan, dengan pasukan pembelaan cuba mengetepikan pertuduhan terhadap Anwar.
Selepas gagal dalam permohonan awal di mahkamah tertinggi, pihak pembelaan kembali dengan permohonan lain mengikut Seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah untuk laporan perubatan mengenai Anwar yang dijalankan oleh doktor-doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Perbicaraan itu, yang bermula pada 3 Februari tahun lalu, di mana Mohd Saiful, 25, memberikan keterangan dengan memberitahu mahkamah mengenai tugasnya di pejabat Anwar sebagai pembantu dan dakwaan insiden tersebut.
Bagaimanapun, butir-butir mengenai dakwaan perbuatan itu didengar di mahkamh secara tertutup, tetapi pada perbicaraan dalam mahkamah terbuka beliau memberikan keterangan berkaitan kes tersebut yang membawanya membuat laporan polis terhadap Anwar.
Malah Mohd Saiful memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak buang air besar selama dua hari selepas mendakwa diliwat.
Mohd Saiful juga memberikan keterangan bahawa slek hitam yang dipakai beliau pada hari dituduh diliwat adalah hadiah daripada Anwar.
Pendakwaan memanggil 27 saksi, termasuk tiga pakar dari HKL yang memeriksa Mohd Saiful pada 28 Jun, 2008, dua hari selepas dakwaan insiden itu berlaku.
Pihak pendakwaan juga menggunakan sepenuhnya penemuan dua ahli kimia, Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon, bahawa profil DNA "lelaki Y" didapati di dubur Mohd Saiful yang pada hakikatnya adalah milik Anwar. - BERNAMA

No comments:
Post a Comment