Friday, May 27, 2011

Polis sekongkol curi kereta-dakwa wakil rakyat DAP

Wakil rakyat DAP kawasan Segambut Lim Lip Eng mendakwa bahawa ada oknum dalam jajaran polis terlibat dalam pencurian kereta di negara ini.

Jika benar dakwaan itu, ianya merupakan satu malapetaka bagi rakyat, kerana pihak polis seharusnya pihak polis diamanahkan untuk membentar jenayah ini.

AYT sendiri, pernah kehilangan dua buah kereta di Kuala Lumpur; walaupun pihak insuran memberi bayaran sagu hati.

Sesiapa yang kehilangan kereta di ada lah sukar untuk mendapatkan semula, kerana selain kereta itu dipotong-potong untuk dijadikan alat ganti terpakai, ada juga yang di kitar semula.

Menurut pengalaman seorang pembeli di Perak sebagai contoh Pang Kok Tak seorang peniaga kereta terpakai, kereta yang dibelinya dengan menggunakan wang pinjaman daripada bank, telah dirampas oleh pihak polis, kerana rekod chasis kereta tersebut adalah kereta curi.

Lim berkata laporan polis hanya dibuat hari ini berhubung perkara berkenaan kerana baru-baru beliau menjumpai dalil kukuh bagi membuktikan berlakunya penyelewengan kuasa.

Beliau juga merujuk kepada satu laporan polis di mana mangsa membuat laporan bahawa kereta Mercedes C200 Compressor miliknya telah dicuri pada 13 Mac, 2009 dan telah membuat tuntutan insuran.

Dalam satu surat yang tidak bertarikh daripada Jabatan Siasatan Jenayah, ibu pejabat polis Ampang yang ditandatangani seorang pegawai yang dikenali sebagai Saiful Irwan Abdul Hamid, ia menyatakan bahawa kereta itu telah dijumpai dan dipulangkan kepada pemiliknya. Namun menurut Lim, pemiliknya tidak pernah mengambil semula keretanya itu.

Sebaliknya, kereta yang sama dengan nombor pendaftaran yang lain didakwa dibeli oleh seorang peniaga kereta terpakai, Pang Koo Tak, dari Setiawan, Perak.

Pang bagaimanapun menurut Lim, terkejut apabila keretanya dirampas pada 19 Januari lalu oleh seorang anggota polis bernama Razlam Ab Hamid dari Jabatan Disiplin Bukit Aman bagi siasatan lanjut kerana nombor chasis kereta itu bersamaan dengan nombor kenderaan yang dicuri itu.

Lim berkata Pang kemudiannya berjumpa dengannya dan meminta bantuan bagi mendapatkan semula keretanya kerana kereta itu dibeli menerusi pinjaman bank dan beliau masih berhutang.

No comments:

Blog Archive