Thursday, May 05, 2011

Pelawaan Najib terhadap Pas-bagi menyedarkan parti itu

Pemimpin Pas tersalah kaprah mengenai pelawaan Presiden Umno DS Najib agar Pas kalau tidakpun menyertai BN tetapi keluarlah daripada Pakatan.

Pelawaan Najib tersebut bermaksud menyedarkan Pas, bahawa kehadiran parti itu dalam Pakatan hanya diperkudakan dan seperti melukut ditepi gantang.

Pelawaan Presiden itu mempunyai banyak asas, lihat sahaja keputusan PRK di mana calon-calonnya daripada Pas-misalnya di DUN Bangan Pinang, DUN Tenang, DUN Merlimau dan Kerdau, semua calon-calon Pas kalah. Malah di PRK Manek Urai- Pas hanya dapat memperatahankan kerusi tersebut dengan kelebihan 65 undi.

Pada PRN Sarawak- para pemimpin Pas berkempen begitu hebat sekali, ternyata tiada calon Pas yang menang, malah terjadi pertambahan undi kepada calon-calon DAP.

Jika kita melihat kepada keputusan PRU-12 lalu, hakikatnya, kerusi marjinal yang dimenangi DAP adalah disebabkan oleh sokongan Pas, namun sokongan kepada kerusi-kerusi yang ditandangi Pas, ternyata sokongan DAP tidak memberi impak besar kepada calon-calon Pas.

Pas memperjuangkan islam, namun DAP memperjuangkan Malaysian Malaysia, sementara PKR berasaskan merit. Berasaskan kepada perbezaan perjuangan tersebut, maka Pas akan senantiasa menjadi kuda tunggangan, kerana perjuangan Pas hanya tertumpu kepada kaum melayu yang beragama islam. Perjuangan Pas belum mampu menarik sokongan kaum melayu daripada Umno. Bukitinya, pada beberapa PRK lalu, dimana kawasan-kawasan tersebut adalah majoriti melayu-semua PRK tersebut dimenangi oleh calon BN yang diwakili oleh Umno.

Percayalah kehadiaran Pas dalam Pakatan DAP-PKR-PAS hanya menguntungkan dua parti tersebut, namun tidak berlaku sebaliknya. DS Najib melihat itu semua, atas sebab itu, Presiden Umno tersebut membuat pelawaan terhadap Pas semasa menghadiri satu perjumpaan di Pulau Duyong Terengganu, minggu lepas.

DS Najib mempunyai asas dan sebab mengapa beliau membuat pelawaan terhadap Pas. Asas utama mengajak PAS menyertai Umno atau setidak-tidaknya keluar dari Pakatan Rakyat tidak sedikit pun menunjukkan bahawa Umno uzur, gering dan terdesak sebaliknya mengajak dan meminta PAS melihat kedudukan mereka, mencermini nilai mereka dalam gabungan yang disertai mereka hari ini.

Sepatutnya Pas melihat dan merenung ajakan tersebut, dan mengkaji sama ada kehadiaran mereka signifikan atau hanya ada untuk menjadi tiang tambahan kepada gabungan yang semakin rapuh dalam mengertikan perjuangan agama dan bangsa.

Ajakan tersebut adalah lebih kepada satu kiasan untuk menyedarkan PAS bahawa gabungan politik - antara PKR dengan DAP tidak mempunyai asas selari dengan perjuangan PAS dan hanya mahu parti Islam itu sebagai kuda tunggangan untuk mencapai cita-cita politik Lim kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal Singh.

Mereka digunakan sebagai faktor tambahan untuk merealisasikan agenda menyerang BN/Umno untuk kepentingan tersendiri dan idealisme PAS hanya dipalsukan dengan hanya memberi harapan akan pelaksanaannya oleh Pakatan Rakyat hanya untuk melihat kejayaan menerajui kerajaan.

Seharusnya Pas dapat membaca bahawa DAP dan PKR hanya melayan idealisme agama PAS dengan menghadiahkan Kedah dan Kelantan, sebaliknya mereka meneruskan agenda mereka di negeri-negeri kaya sperti Selangor dan pulau Pinang serata bandar-bandar yang telah maju.

Umno sebenarnya nampak - bahawa agenda bangsa dan agama adalah satu keperluan dan usaha menghalangnya dari dirobek oleh PKR dan DAP harus dijalankan berterusan.

Apa yang DS Najib Razak sarankan adalah tawaran terbuka yang tidak bersyarat dalam usaha memastikan kedaulatan bangsa dan agama tidak di noda dengan spekulasi dan keuntungan politik semata-mata.

PAS nampak dan tahu kedudukan mereka - tidak payah untuk kita rungkaikan lagi. Ajakan Umno adalah secara menyeluruh demi berbincang memartabatkan agenda negara bukan agenda tersendiri mahupun agenda yang sentiasa terpahat dalam hati mereka - untuk menerajui negara dan ini sesuatu yang mustahil.

Umno meneliti kedudukan PAS dan mahu parti itu sendiri menilai suara mereka - yang seakan sepoi-sepoi bahasa, antara didengar atau tidak - sepi dalam dominasi PKR dan DAP yang amat jelas mahu memperkecilkan kedudukan bangsa di samping mereka berusaha membentuk monopoli kuasa. Contoh yang paling dekat apabila Azmin Ali melenting, apabila Mustapa Ali memberi ulasan mengenai video seks Anwar. Setiauasa Agong Pas tersebut, terpaksa bersuara, bahawa kenyataannya diputar belit oleh media.

Percayalah PAS akan terus terperangkap dan dijadikan alat untuk agenda menyamaratakan kedudukan kaum tanpa melihat asas keperluan dan perbezaan kedudukan.

PAS akan terperangkap - dan mengelirukan perjuangan berlandaskan agama yang mereka bawa selama ini, akhirnya akan turut melenyapkan identiti perjuangan - diasimilasikan secara total dengan landasan DAP dan konsep liberalisasi PKR yang merosakkan perencanaan Umno untuk tujuan serupa - agama dan bangsa.

Perjuangan agama dan bangsa ini tidak perlu dipertikaikan oleh PAS sebagai perjuangan kuno dalam Umno kerana ia penting dan ini sealiran dengan kerancakan kaum lain memperjuangkan kaum dan bangsa mereka sendiri. PAS akhirnya terikat dengan polisi berbeza - antara PKR, DAP dan PKR sendiri.

MCA halang PAS sertai BN atas alasan parti itu memperjuangkan negara Islam - ini boleh diterima oleh kita - tetapi mampukan ia diterima dalam asosiasi pembangkang ini?

Perlu ingat - setidak-tidaknya toleransi antara MCA dan MIC wujud dalam BN dengan keutamaan kepada Umno dalam memastikan arah yang mahu dituju.

Sebaliknya DAP adalah amat dominan dan mereka mampu mencorakkan kehendak mereka - tanpa kompromi dengan kaum lain khususnya agama yang kita pegang, antara sesama mereka dalam Pakatan Rakayat.

PAS hanyalah parti politik sama dengan PKR, DAP, Umno, MCA dan MIC serta parti-parti lain yang ada. Bagi PAS amat jelas kuasa perlu dituntut untuk merealisasikan negara Islam.

Mereka melakukan semua - berlandaskan agama untuk kepentingan politik sendiri. Namun dalam pergabungan politik negara Islam hilang darjat bila mana kepentingan perjuangan politik mendahului segala-galanya. Ini yang belaku pada masa ini terhadap Parti Nik Aziz tersebut.

No comments:

Blog Archive