Dominique Strauss-Kahn (kanan) dengan ditemani peguamnya Ben Brafman mendengar tuduhan di Mahkamah Jenayah Manhattan, New York. — Foto Reuters
NEW YORK, 17 Mei — Hakim sebuah mahkamah New York meletakkan Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) Dominique Strauss-Kahn dalam reman berhubung tuduhan melakukan serangan seksual ke atas seorang pekerja wanita hotel.Strauss-Kahn akan muncul semula di mahkamah Jumaat ini.
Laporan Reuters menyebut, pendakwa raya berhujah yang mereka khuatir ketua IMF itu akan berlepas ke Perancis jika dibebaskan dengan diikat jamin.
“Tuduhan-tuduhan dan tingkah laku sangat serius,” kata penolong peguam daerah John “Ardie” McConnell.
McConnell menyifatkan ketua IMF itu sebagai seorang yang ‘berisiko pesawat’ — boleh meninggalkan ke Perancis dan bertegas Strauss-Kahn perlu diletakkan di lokap.
Peguam-peguam pembela berkata Strauss-Kahn telah menafikan segala tuduhan ke atasnya.
Strauss-Kahn dibawa keluar dari pesawat dalam penerbangan ke Paris Sabtu lalu (awal pagi kelmarin, waktu Malaysia) dan dikenakan tuduhan jenayah seksual, cubaan merogol dan kurungan secara tidak sah — skandal yang dilihat akan menjejaskan harapannya bertanding pemilihan presiden Perancis tahun depan.
Tuduhan-tuduhan itu juga mencetuskan persoalan sama ada Strauss-Kahn berupaya untuk meneruskan jawatan tugas dan tanggungjawabnya di IMF yang berpejabat di Washington.
Laporan media lain menyebut penyiasat New York juga memberi tumpuan ke atas laporan-laporan lain sebelum ini. — Agensi
No comments:
Post a Comment