Thursday, April 28, 2011

Video seks terbaru melibatkan Anwar-Wan Azizah belum beri komen

Video seks bahagian kedua yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang tersebar di Internet petang Rabu termasuk di blog www.papagomo.com.

Klip video berdurasi 1 minit 47 saat itu dimuat naik oleh pemilik akaun Youtube 'wakparjosudorno'.

Rakaman video hitam putih berkenaan memaparkan aksi seseorang lelaki bertuala dan seorang wanita tanpa seurat benang dalam sebuah bilik dipercayai selepas melakukan aksi seks.

Bagaimanapun sekitar pukul 6 petang semalam, video berkenaan telah ditarik balik dari laman youtube mahupun di blog www.papagomo.com.

Lelaki berkenaan kemudian pada minit ke 39 dilihat menanggalkan tualanya di hujung katil sebelah kiri video sebelum berjalan dalam keadaan bogel mengambil baju dalam nipis yang terdapat di atas katil.

Individu yang mempunyai fizikal perut buncit berkenaan kemudiannya dilihat mengambil seluar dalamnya dan membongkokkan badan pada durasi 1 minit 9 saat sehingga melihatkan wajahnya di hadapan kamera yang dipercayai tersembunyi.

Sebelum itu munurut Star online, sekitar pukul 11.30 pagi Selasa, poster yang memaparkan aksi dalam klip video yang sama ditampal di sebuah perhentian bas di Jalan Genting Klang di sini.

Poster tersebut dipaparkan dengan dibuat pembandingan antara pelaku dalam video seks dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Di bahagian atas poster itu terdapat keterangan gambar bertulis “Tak perlu jadi pakar jika ingin buktikan sesuatu!”.

Isu rakaman video seks itu tercetus apabila sekumpulan wartawan dijemput oleh sekumpulan individu menamakan mereka sebagai `Datuk T' untuk menonton tayangan video seks hitam putih di Hotel Carcosa Seri Negara di sini pada 21 Mac lalu.

Rakaman video berdurasi selama 22 minit bermula pada pukul 10.23 malam 21 Februari lalu itu didakwa berlaku di sebuah apartmen di Ampang.

Sehari selepas rakaman itu dipertontonkan kepada wartawan, Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi menafikan pembabitannya sebagai pelaku dalam rakaman video seks tersebut.

Identiti `Datuk T' yang mendedahkan rakaman itu terbongkar apabila bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, bekas Bendahari Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuaib Lazim dan seorang ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah muncul membuat pengakuan bahawa mereka merupakan trio `Datuk T'.

No comments:

Blog Archive