Friday, April 08, 2011

Video seks Anwar: Jika ada elemen pelacuran itu perbuatan jenayah di Malaysia: Nazri

Jika wujud unsur pelacuran melalui video sex yang didedahkan oleh Datuk T pada 21 Mac lalu, maka perbuatan itu merupakan jenayah di Malaysia. “Ada isu moral di sini. Anwar bercita-cita mahu menjadi perdana menteri... kita tidak boleh ada seorang perdana menteri yang sudah tercalar, itu sebab kita perlu kenal pasti lelaki dalam video ini... jika ia Anwar, apakah fikiran anda tentang dia?” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz hari ini.

Kabinet hari ini memutuskan bahawa RCI akan ditubuhkan selepas pihak Polis selesai menjalankan siasatan.

Jika orang ramai merasa tidak puashati terhadap siasatan polis, maka barulah RCI ditubuhkan.

Term of Reference RCI itu antara lain perlu menentukan sama ada lelaki yang terlibat dalam aksi seks itu adalah Anwar Ibrahim.

Anwar telah pun menafikan yang beliau adalah lelaki dalam rakaman hitam putih 21 minit itu.

Mengulas lanjut, Nazri hari ini menjelaskan, suruhanjaya diraja siasatan mengenai video seks itu adalah perlu demi kepentingan awam.

No comments:

Blog Archive