Datuk Seri Najib Razak berkata keputusan pilihan raya negeri Sarawak pertengahan bulan ini akan digunakan sebagai “ukuran” untuk menentukan tarikh pilihan raya umum ke-13 — sama ada dipercepatkan ataupun sebaliknya.
Desas-desus menyebut pilihan raya umum akan diadakan tahun ini, tetapi mandat semasa hanya akan berakhir April 2013.
Hari penamaan calon pilihan raya negeri Sarawak akan berlangsung Rabu depan manakala pengundian pula 16 April.
Kata Perdana Menteri, kerajaan akan memutuskan masa yang sesuai bagi pilihan raya umum selepas pilihan raya negeri Sarawak.
Ada juga spekulasi mengatakan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan segera jika Barisan Nasional (BN) menunjukkan prestasi memuaskan di Sarawak.
Kata Najib, parti pimpinannya telah memperlihatkan prestasi memuaskan dalam siri pilihan raya kecil sejak kebelakangan ini.
“Kami yakin akan memperoleh balik beberapa negeri,” kata Najib yang juga Presiden Umno dalam temu bual dengan Bloomberg sempena genap dua tahun menjadi perdana menteri.
Najib menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009.
“Dalam demokrasi yang matang, sukar untuk mendapatkan majoriti besar,” akui Najib.
“Secara tradisi di Malaysia, dua pertiga majoriti selalu menjadi petanda aras. Sesetengah akan melihat majoriti selesa yang baik sebagai keputusan pilihan raya yang cukup bagus,” katanya lagi.
Dalam temu bual itu, Najib juga berkata, pergolakan politik di rantau Timur Tengah dan Utara Afrika, yang bermula awal tahun ini, tidak akan membawa kesan ke atas Malaysia.

No comments:
Post a Comment