Telah jelas bahawa dalam lokap polis D9 IPD-KL pada 16-17 Julai 2008, hanya Anwar Ibrahim seorang yang mendiami lokap itu.
Barangan yang dijadikan bukti untuk pelahiran DNA adalah bekas digunakan Anwar. Barangan bukti ini terpaksa dianalsis untuk tujuan perbandingan DNA dengan DNA yang dijumpai pada anus Saiful, kerana itu sahajalah yang boleh dibuat oleh pihak pendakwaan yang ada kaitan dengan Anwar.
Pihak pendakwaan terpaksa berbuat demikian, kerana Anwar dituduh oleh pembantunya sendiri Mohd Saiful Buhkari Azlan bahawa Anwar meliwatnya, kali terakhir pada 26 Jun 2008, di sebuah Kondominium di Desa Damansara.
Pihak pedakwaan tidak mempunyai akeses terhadap sampel DNA Anwar, kerana Anwar enggan menyerahkan sampel DNAnya.
Kini telah jelas bahawa lelaki Y yang dicari-cari itu telahpun dikenal pasti, bantahan peguam Anwar Karpal Singh mengenai cara mendapatkan bahan bukti untuk dianalisis itu hanya berbentuk bantahan yang longgar- kerana matalamat perbicaraan ini adalah untuk menentukan kepunyaan siapakah DNA lelaki Y itu.
Usaha Karpal Singh untuk meminta perbicaraan dalam perbicaraan merupakan pembuangan masa dan memperlambat penyelesaian kes ini.
Secara teknikal, adalah benar bahawa Anwar meliwat Saiful, kerana kehadiran DNA Anwar pada rektal pengadu tersebut.
Tiada cara lagi bagi Anwar mengelak pertuduhan ini, kecuali berjaya mengenepikan bahawa pakar kimia tiada kemampun melakukan analisis DNA. Jika ini berlaku, maka ramailah para perogol. atau pembunuh akan terlepas daripada tali gantung atau penjara, dimana kesalahan mereka ada kaitan dengan profilan DNA.
Sementera itu di mahkamah Jalan Duta hari-mahkamah diberitahu:seperti dipetik daripada Malaysiakini seperti berikut:
Seorang bekas pegawai polis memberitahu dia dan pasukannya telah merampas beberapa barang kes di lokap Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.
Supritendan Amidon Anan, 60, saksi ke-15 pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini antara yang dirampasnya adalah sehelai rambut, sehelai tuala 'good morning' dan sebatang berus gigi.
Amidon adalah bekas ketua bahagian siasatan tempat kejadian (CSI) Makmal Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur daripada tahun 2005. Beliau bersara pada Ogos 2008.
Katanya, pemeriksaan di lokap berkenaan dilakukan berikutan arahan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II, Ku Chin Wah.
Katanya, di D9, terdapat satu lokap dan satu sel.
"Ia dikunci dan dikawal oleh dua polis. Apabila saya tiba konstabel Adnan Safril membuka lokap itu dan saya masuk ke dalam sel itu yang juga dikunci.”
Amidon berkata beliau memerhatikan keadaan sekitar dan menjumpai sehelai bulu, botol air minuman Cactus, berus gigi dan tuala 'Good Morning'.
Semua barangan itu ditanda dan Amidon berkata jurugambar dipanggil merakamkannya.
Apabila ditunjukkan gambar itu, hari ini Amidon: "Inilah bulu yang saya rampas.”
Peguam bela, Karpal Singh membantah apabila barangan tersebut ditandakan sebagai barangan bukti dan memohon perbicaraan dalam perbicaraan.
Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah bertanya asas permohonan Karpal dan memutuskan bulu itu akan ditanda sebagai ID57 (identifikasi).
Amidon kemudian mengenal-pasti berus gigi dan tuala 'Good Morning' dan ia ditanda sebagai eksibit ID58 (berus gigi) dan ID59 (tuala).
Sebelum itu, Amidon berkata dia dihubungi pegawai penyiasat DSP Jude Blacious Perera yang meminta bantuannya untuk membuat siasatan forensik terhadap barang kes ke atas dua buah unit di kondo berkenaan.
Amidon berkata dia telah mengambil gambar sebelum merampas sehelai bulu, sebidang permaidani dan sehelai selimut untuk dibawa menjalani proses 'profiling' DNA.
Mahkamah kemudian ditunjukkan barang kes yang dirampas di unit 11-5-1 dan 11-5-2 kondo berkenaan pada hari yang sama.

No comments:
Post a Comment