Wednesday, March 09, 2011

Simon Sipaun telah pikun-- Kini hanya tahu meroyan

Perhatikan kenyataan seseorang yang telah pikun, biasa mengatakan yang sebaliknya. Demikian kenyataan bekas Naib Pengerusi Suhakam Tan Sri Simon Sipaun bahawa "kehidupan di Sabah sebelum Malaysia adalah baik".

"Sebagai seorang bekas pegawai tinggi kerajaan di negeri ini, Sipaun (gambar) sepatutnya lebih arif dan memahami latar belakang dan sejarah pembentukan Malaysia; namun disebabkan telah pikun, maka hanya tahu meroyan.

"Fakta yang tidak boleh dinafikan ialah bahawa pendapat rakyat (ketika itu) di Borneo Utara dan Sarawak telah diambil kira dan disahkan menerusi Suruhanjaya Siasatan Cobbold sebelum cadangan Persekutuan Malaysia dimuktamadkan.

"Malahan presiden Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (Unko), Donald A Stephens (kemudiannya Tun Mohd Fuad Stephens), dipilih pengerusi Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (MSCC)," katanya kepada Bernama, di Keningau hari ini.

Antara objektif MSCC ialah mengumpulkan dan mendapatkan pandangan dan pendapat berhubung penubuhan Malaysia yang terdiri daripada Brunei, Borneo Utara (Sabah), Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu.

Laporan Suruhanjaya Cobbold, Unko telah menyatakan bahawa keselamatan paling terjamin untuk masa depan bekas negara jajahan British di Asia Tenggara ketika itu "bergantung kepada kesediaan mereka untuk sama-sama membentuk Malaysia."

Dalam kenyataan yang dibuat pada satu seminar anjuran Barisan Bersatu Borneo pada Sabtu dan diterbitkan dalam akhbar harian tempatan, Sipaun berkata kehidupan di Sabah dianggap lebih baik dalam banyak aspek sebelum Malaysia dibentuk berbanding dengan sekarang.

Sipaun, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah juga dipetik sebagai berkata apa yang boleh dikatakan mengenai kesatuan politik antara wilayah-wilayah di Borneo dan Malaysia adalah "palsu kerana kedua-dua rantau mempunyai amat sedikit, jika pun ada, persamaan."

No comments:

Blog Archive