Friday, March 04, 2011

Mahkamah Jalan Duta: Anwar berbohong lagi

Transkrip percakapan antara Anwar dan Karpal:

Karpal: Adakah anda dimaklumkan sebab ditahan oleh Jude?

Anwar: Tidak

Karpal: Hanya tuduhan dibacakan dan tiada alasan tangkapan diberikan oleh Jude?

Anwar: Ya (betul). Mesti ada alasan bagi menangkap seseorang. Polis mesti mempunyai asas untuk tangkapan.

Namun menurut saksi seorang anggota polis yang juga pegawai yang menangkap Anwar pada 16 Julai, 2008- Supt Ahmad Taufik Azhar, berkata bahawa dia telah memberitahu Anwar bahawa penasihat PKR itu ditangkap melalui 377B kanun keseksaan. Pegawai itu juga telah menunjukkan waran tangkapan kepada Anwar, dimana waran tersebut telah dikeluarkan pada 15 Julai, 2008.

Supt Ahmad Taufik telah diarah oleh pegawai Atasannya Datuk Bakri Zinin, jika Anwar tidak terus datang ke IPK Kuala Lumpur daripada Putrajaya, maka Anwar perlu ditangkap.

Dalam keterangan Anwar semalam, Anwar berkata sepulang daripada Putrajaya, dia tidak terus ke IPK, akan tetapi singgah ke rumahnya di Segambut, kononnya untuk bersembanyang zohor, dan selepas itu, dia ke IPK kerana menurutnya temujanji adalah pada pukul 2 petang 16 Julai, 2008. Namun menurut Anwar, setibanya di Jalan Segambut, keretanya dipintas oleh pasukan komando yang berjumlah antara 10-15 orang.

Di Jalan Segambutlah itu, Supt Ahmad Taufik Azhar memberitahu Anwar, bahawa mantan TPM itu ditangkap melalui 377B kanun keseksaan.

Supt Ahmad Taufik juga berkata-apabila ditanya oleh Yusof Zainal Abidin pihak pendakwa-bahawa tiada sebab munasabah untuknya tidak memberitahu Anwar tentang penangkapannya.

Mahkmah akan bersambung pada Isnin untuk mendengar hujah pihak pendakwaan dan pembelaan.

No comments:

Blog Archive