Saturday, March 05, 2011

Lepas sahaja Merlimau dan Kerdau terus sahaja ke Sarawak

Dijangkakan selesai sahaja keputusan PRK Merlimau dan Kerdau, pilihanraya Sarawak akan menyusul.

Ketua Menteri Sarawak telah membayangkan bahawa PRU-Sarawak diambang pintu.

Pada hari ini semasa berucap di konvensyen BN-Sarawak, Taib mengistiharkan perang habis-habisan terhadap pembangkang.

BN Negeri kata Taib berjuang berdasarkan kepada realiti, manakala pembangkang, berjuang berasaskan kepada persepsi.

Sementara itu, Taib juga menegaskan bahawa PRU-Sarawak tidak kena mengena dengan ulang tahunnya atau genapnya 30 tahun beliau menjadi Ketua Menteri.

26 Mac ini, genaplah sudah Taib menjadi Ketua Menteri Sarawak, sementara 21 Mei Taib pula genap berusia 75 tahun.

No comments:

Blog Archive