KOTA KINABALU,Ramai penganalisis politik tempatan beranggapan adalah tidak wajar bagi Datuk Peter Pang En Yin membawa bersamanya jawatan menteri negeri ke dalam Gerakan, oleh kerana parti itu tidak bertanding di Sabah dalam pilihan raya umum 2008.
Dalam satu pengumuman oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman, sebaik sahaja selesai mesyuarat kabinet semalam, Musa mengumumkan bahawa jawatan Timbalan Ketua Menteri yang disandang Peter Phang sebelum ini telah kosong serta merta, namun jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan Negeri tetap disandangnya.
Peter Phang pada Selesa di Sandakan, telah mengumumkan menyertai parti Gerakan salah satu kompnen BN Pusat dan berpusat di Semenanjung.
Ketua publisiti LDP Albert Kok ketika menyatakan rungutannya pada Rabu terhadap pengumuman bahawa Pang tidak lagi memegang jawatan timbalan ketua menteri, tetapi kekal sebagai Menteri Belia dan Sukan Negeri, berkata seharusnya jawatan menteri kabinet negeri diperuntukkan kepada LDP.
"LDP menyertai pilihan raya umum 2008 dan bertanding di tiga DUN iaitu Tanjung Kapor, Merotai dan Karamunting di samping satu kerusi parlimen iaitu Sandakan, di mana semua kerusi dimenangi di bawah pimpinan presiden Liew Vui Keong.
"LDP telah menyumbang kepada kemenangan Barisan Nasional (BN) Sabah dan LDP kemudian diberi jawatan menteri (Menteri Belia dan Sukan), yang disandang oleh Pang sebagaimana diperakukan oleh presiden parti.
"Kini Pang menyertai Gerakan, dan adalah tidak wajar beliau membawa jawatan itu bersamanya, kerana jawatan itu bukan milik Gerakan," katanya di sini.
"Ini adalah prinsip asas semangat setiakawan BN, dan saya yakin Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman sangat arif dan dapat melihat hal ini dengan jelas.
"Saya yakin beliau mampu mencapai keputusan adil demi kepentingan LDP," ujar Kok, tanpa mengulas lanjut mengenai jawatan timbalan Ketua Menteri.
Pang, Adun Karamunting - yang keluar dari LDP pada September tahun lalu berikutan kenyataan naib presiden LDP Chin Su Phin bahawa pimpinan parti itu tidak lagi boleh bekerjasama dengan Musa - memohon menyertai Gerakan semalam, bersama lebih 100 penyokongnya.
Musa mengumumkan hari semalam bahawa Pang tidak lagi menjadi Timbalan Ketua Menteri berkuatkuasa serta merta, tetapi kekal sebagai Menteri Belia dan Sukan Negeri.--

No comments:
Post a Comment