Friday, March 25, 2011

Jam Omega- Video lucah Anwar sudah ditangan polis

Disebabkan jam omega dan rakaman video lucah yang konon dilakonkan oleh Anwar telah diserahkan kepada polis, maka sebarang ketulinan pemilikan jam tangan itu serta ketulinan rakaman video sudah tentu akan dipertikai oleh Anwar,pemimpin Pakatan dan penyokongnya. Sebabnya-mereka tidak percaya kepada polis.

Bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik berkata beliau telah menyerahkan rakaman asal video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang,serta menyerahkan seutas jam tangan untuk siasatan polis di Bukit Aman hari ini.Siastan yang hampir jam itu berakhir kira-kira 9.40 malam tadi.

Rahim turut mengulangi tuntutannya supaya satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat kes berkenaan."Jika ada suruhanjaya diraja dan kerajaan bersetuju (menubuhkannya), mungkin penyiasatan lebih rapi akan diadakan bagi memuaskan hati semua pihak bagi mencari kebenaran," katanya lagi.Tambahnya, video berkenaan boleh disiasat secara forensik bagi menentukan sama ada ia merupakan rakaman palsu ataupun telah diubahsuai.

Turut dipanggil memberi keterangan berhubung video seks tersebut hari ini ialah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.Difahamkan, siasatan ke atas Shazryl itu selesai pada kira-kira jam 10 malam.

Pada Rabu, Rahim, Eskay dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim, mengakui mereka adalah 'Datuk T' yang di sebalik tayangan video seks tersebut.

Shuib, bagaimanapun dipercayai berada di luar negeri dan dijadualkan diambil kenyataannya pada Jumaat (hari ini).

Ketiga-tiga individu itu yang menggelarkan kumpulan mereka sebagai 'Datuk T', telah menayangkan video lucah itu kepada beberapa wartawan tertentu di hotel Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

Sehari kemudian, ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis selepas menafikan beliau adalah lelaki yang didakwa dalam video tersebut.

No comments:

Blog Archive