Apa yang Anwar risaukan?. Jika benarlah bahawa dia tidak meliwat Saiful, sudah tentunya DNA Lelaki Y yang didapati pada anus Saiful itu bukan miliknya.
Selagi Anwar enggan memberikan sampel DNA, selagi itu persepsi serta anggapan, bahawa DNA Lelaki Y itu adalah Anwar.
Pada perbicaraan sodomi II hari ini, pihak pendakwaan telah membuat dua permohonan pada mahkamah. Permohonan pertama adalah mengenai barang bukti yang diperolehi daripada lokap di mana Anwar ditahan reman pada 16 Julai, 2008. Barang yang disita itu adalah sebatang berus gigi berwarna putih, sehelai tuala good morning dan sebotol air berjenama cactus.
Sebelum ini, barang-barang bukti tersebut telah diketepikan sebagai barang bukti melalui perbicaraan dalam perbicaraan, kerana menurut Hakim yang mendengar perbicaraan tersebut, barangan tersebut diperolehi secara tidak sah.
Namun, melalui keterangan IO Jude-saksi terakhir pihak pendakwaan, sebenarnya penahanan Anwar itu adalah sah melalui seksyen 377B CPC dan waran tangkap terhadap Anwar telah dikeluarkan pada 15 julai,2008. Berasaskan fakta terbaru tersebut, maka pihak pendakwaan memohon agar mahkamah menyemak semula keputusan perbicaraan dalam perbicaraan.
Permohonan kedua pihak pendakwaan hari ini adalah melalui akta bukti 1950, seksyen 73, dimana seksyen tersebut boleh memina tertuduh untuk menyerahkan DNA demi tujuan keadilan.
Hujah sanggahan pihak pembelaan akan didengar esok di depan Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah.

No comments:
Post a Comment