Monday, August 23, 2010

Warga Indonesia benci sangat Malaysia: Kenapa Ya?

Petang tadi kedutaan Malaysia di jalan kuningan Jakarta diserbu lagi. Awal bulan ini, kedutaan kita diserbu oleh Laskar merah putih, sehingga merosakan harta benda kedutaan kita itu.

Hari ini pula gerombolan yang menyebut nama mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) melakukan serbuan termasuk memijak bendera jalur gemilang dan ada demonstaran sempat melimparkan najis ke dalam bangunan kedutaan kita itu.

Kenapa kah warga Indonesia menjadikan kedutaan kita sebagai sasaran amarah mereka?

Apa kah pemulangan PATI yang datang ke negara kita tanpa izin dan mencari penghidupan di negara ini secara haram, membuatkan mereka marah?

Atau kah permintaan gaji minimum pembantu rumah yang tidak diluluskan oleh kerajaan menjadi puncah amarah mereka? atau kah hubungan baik antara kerajaan dan kerajaan tidak baik? atau kah peranan menteri luar kita lemah?

Kerajaan di peringkat G to G perlu menangani permasalahan ini sebelum menjadi buruk.

Sejak akhir-akhir ini ada sahaja masalah yang ditimbulkan oleh pihak-pihak pelampau di negara jiran kita itu, yang memancing kemarahan rakyat negara ini. Apa kah kita hanya mendiamkan diri? atau kah kita membalas tindakan-tindakan tidak bertanggungjawab itu?

Nampaknya hubungan harmoni antara negara kita dengan abang tua kita itu, tidak semesra dahulu.

Kerajaan baik Malaysia dan Indonesia perlu menyelesaikan perkara ini sebelum memudaratkan kedua bangsa.

No comments:

Blog Archive