Saturday, August 14, 2010

Hak bumiputera dicabar lagi

Tahu sama tahu sahaja lah. Walaupun sebelum ini dasar ekonomi baru(DEB) diperkenalkan dan tujuannya agar ekuiti bumputera boleh ditingkatkan kepada 30%, namun sehingga dasar itu ditamatkan, pemilikan ekuti bumputera tidakpun mencapai 20%.

Melalui model ekonomi baru (MEB) pemilikan bumiputera terhadap ekuti dalam semua bidang masih lagi ditekankan, namun belum pun model itu terlaksana, kaum cina sudah mula mempertikaikannya.

Hari ini Kongres Ekonomi Cina Malaysia menuntut ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat.

Kongres itu juga mahu kerajaan mengamalkan sistem tender terbuka dalam penawaran kontrak kerajaan agar persaingan adil dan tidak berat sebelah dalam bidang perniagaan tempatan dapat dicapai.

Tuntutan itu itu adalah antara 12 deklarasi yang terkandung dan diluluskan dalam kongres ekonomi itu yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Tuntutan itu boleh dipersetujui oleh kerajaan melalui sistem menang-menang. Kaum cina dan india dan non-bumiputera perlulah mengurangkan pemilikan ekuati lebih 80% mereka yang ada pada masa kini kepada 70%. Untuk itu kerajaan perlu menggubal satu sistem bahawa bukan bumiputera tidak boleh memiliki ekuti untuk semua bidang di negara ini melangkaui 70%.

Setuju kah kongres ekonomi cina Malaysia itu, jika bumiputera menuntut agar kerajaan menggubal satu dasar bahawa bukan bumiputra dihadkan pemilikian ekuti mereka dalam negera ini?

Jikalau tidak boleh bersetuju, maka sungguh malang bagi kaum ini kerana mengungkit kontrak sosial yang selama ini digunapakai di negara ini.

Sebenarnya kaum bumiputera masa kini merasa cemburu kepada tingkat pemilikan ekuti bukan bumiputera, namun demi keamanan dan senantiasa memelihara kontrak sosial seperti mana falasafah kemerdekaan dulu, maka kaum bumiputera menerimanya dan akur.

Kalau lah bumiputera tidak lemah di negara bertuah ini, tidak mungkin kaum bumiputera berani mempertikai hak-haknya. Ini lah mungkin diinginkan oleh para pemimpin bumiputera, atas sebab itu mereka terus berpecah belah.

Umno telah menyadari perkara ini, kerana itu meminta Pas agar ada kerjasama antara Umno-Pas demi bangsa dan kaum bumiputera. Namun, pelawaan Umno itu disambut dengan sinis oleh pemimpin Pas terutama Tok Guru Nik Aziz. Nik Aziz malah berkata, kerjasama yang dimaksukan Umno bukan untuk kepentingan melayu atau bumiputera melainkan kepentingan umno.

Kaum bukan bumiputera telah lama mengintai perpecahan kaum bumiputera. Apabila pada masa ini, kaum bumiputera sukar disatukan, maka kaum bukan bumiputera terutama kaum cina mengambil kesempatan itu.

Sungguh malang bagi kaum yang mendakwa inilah tanah tumpah darah; ini lah tanah asal, di sini lah bumi dipijak dan langit dijunjung, namun telah kehilangan sengatan disebabkan karenah para pemimpinnya sendiri.

No comments:

Blog Archive