Sunday, August 08, 2010

DAP mahu hapus hak bumiputra tetapi Pas mahu ianya dipertahan

Inilah dilema bumiputra. DAP mahukan agar hak bumiputra dihapus. Perjuangan Umno agar hak bumiputra dipertahankan kini mendapat sokongan padu daripada Presdien Pas Tuan Haji Hadi Awang.

Malah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyifatkan kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai hak dan keistimewaan orang Melayu serta Bumiputera yang perlu dikekalkan termasuk dasar diskaun dalam pemilikan hartanah adalah sebagai sesuatu yang amat tepat.

Muhyiddin berkata Hadi sudah pasti merujuk apa yang termaktub di dalam perlembagaan negara walaupun kenyataan yang dikeluarkannya itu adalah bertentangan dengan pendirian dalam Pakatan Rakyat.

"Saya ucapkan terima kasih dan tahniah kerana beliau (Abdul Hadi) pasti merujuk apa yang ada di dalam perlembagaan di mana hak Melayu mesti dipertahankan.

Semalam, Hadi yang ditemui pemberita di Marang, Terengganu berkata hak dan keistimewaan orang Melayu serta bumiputera itu perlu dikekalkan kerana majoriti penduduk miskin di negara ini adalah kaum bumiputera dan mereka sememangnya berhak mendapat keistimewaan tersebut.

Hadi sebelum itu diminta mengulas cadangan ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua supaya kerajaan memansuhkan dasar pemberian diskaun kepada bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan mewah di Selangor.

Sehubungan itu, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno meminta rakyat supaya menilai pendirian yang diambil pakatan pembangkang sama ada pendirian yang dibawa mereka itu adalah sama ataupun berbeza-beza.

"Sukar untuk kita sebagai rakyat untuk menerima mereka (PAS dan DAP) kerana satu pihak menyanjung perlembagaan negara tetapi satu pihak lagi bertentangan dengan perlembagaan negara. Jadi, terserah kepada rakyat untuk menilai semua ini," katanyanya.

No comments:

Blog Archive