Wednesday, August 18, 2010

AWAS!!! MCA tiada setia kawan lagi

UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya segera mempersiapkan diri bagi menghadapi kemungkinan MCA bukan lagi sebahagian daripada anggota parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti.

Walaupun MCA merupakan antara parti teras dalam BN tetapi UMNO dan komponen yang lain perlu bersedia kerana ini (perkongsian pendirian) baru fasa pertama, tidak mustahil pada PRU nanti, Soi Lek akan berkongsi pula wadah perjuangan yang sama dengan DAP.

Soi Lek telah membuat pendirian bahawa pemimpin UMNO tidak boleh menyalahkan MCA walaupun parti itu mempunyai pandangan berbeza daripada pendirian BN kerana tuntutan yang disuara beliau adalah gambaran kepada keinginan masyarakat Cina.

MCA kini terutama Soi Lek sebagai pemimpin MCA telah lupa kepada sejarah kerana terlalu taksub untuk menyaingi sifat cauvanis yang diperjuangkan oleh DAP.

Soi Lek dan pemimpin MCA yang lain telah lupa bahawa negara ini bukan dibina atas sentimen perkauman sempit tetapi ia terbentuk kerana nilai kejujuran dan perasaan saling menghormati antara pemimpin UMNO, MCA dan MIC yang terdahulu.

Soi Lek kini sengaja berbuat tidak faham mengenai konsep 1Malaysia, apabila mempertikaikan hak keistimewaan bumiputera selain membangkitkan pelbagai tuntutan yang mengguris hati orang Melayu.

Sepatutnya Soi Lek belajar berterima kasih kepada kerajaan kerana tetap juga mengekalkan jumlah pemimpin MCA dalam Kabinet walaupun parti itu menyebabkan BN kalah teruk dalam PRU Ke-12 yang lalu.

Tindak tanduk presiden MCA itu akhir-akhir ini mengarah kepada sikap cauvanis ala DAP. Soi Lek secara tersirat sengaja buat-buat tidak faham mengenai gagasan 1Malaysia tetapi pada masa yang sama lebih berminat untuk mendokong konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh DAP, sedangkan MCA berada dalam BN.

No comments:

Blog Archive