Saturday, June 19, 2010

Sebenarnya Orang Melayu Telah Lama Ubah Cara Berfikir: Hanya Pemimpin Masih Ditakuk Lama

Orang Melayu perlu mengubah cara pemikiran mereka supaya selari dengan matlamat Wawasan 2020 yang merangkumi kemajuan dalam pendidikan, perniagaan, perpaduan, politik dan kepimpinan demikian kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan. Selanjutnya Ketua Penerangan itu berkata orang melayu juga harus tajam pemikiran dan mempunyai daya saing tinggi dalam merebut peluang untuk mencapai kejayaan."Cara pemikiran dan perubahan sikap harus dilakukan orang Melayu supaya mereka lebih berfikiran terbuka dan berdaya saing.

Sebenarnya apa yang diperkatakan oleh Ahmad Maslan itu telahpun lama berlaku dikalangan orang melayu. Apa yang dicari pada orang melayu? semua jenis kelayakan telah ada, termasuk ke angkasa.

Namun yang memandekkan pemikiran melayu itu sendiri adalah segelintir pemimpin melayu yang masih ditakuk lama atau ortodok.

Orang melayu telah lama ingin maju, namun yang memperlahankan kemajuan melayu itu adalah orang melayu sendiri. Orang melayu mengekang orang melayu, agar supaya, peluang yang sedikit itu terus dikuasai sehingga post bersara.

Lihat sahaja bagaimana mantan-mantan pesara yang dilantik semula mengetuai GLC? apa yang berlaku?

Untuk mendapatkan semula sokongan melayu, para pemimpin UMNO khasnya perlu berubah, jangan ada sifat pilih kasih. Layan lah siapa yang minta pertolongan selagi jalan ada. Jika yang meminta pertolongan itu tidak tahu cara, tunjuk ajar lahku SIFU.

No comments:

Blog Archive