Saturday, March 20, 2010

Solat Hajat Ahmad Awang Kerana Dendam! Tiada Nur Pada Mohsin

Sembahyang hajat terhadap ahli parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri bagi memohon hukuman Allah terhadapnya hanya kerja sia-sia Ahmad Awang.

Ahmad Awang sebelum ini telah memberikan tempoh seminggu kepada Mohsin untuk kembali ke pangkuan PKR, jika tidak maka solat hajat 7 hari akan dilaksanakan.

Ekoran ultinum Ahmad Awang itu, Mohsin menghilang di kawasan Bagan Serai. Setelah seminggu, Mohsin membuat pendedahan, bahawa dia hilang sementara di kawasannya kerana bimbang keselamtan akan dirinya.

Sehingga kini Mohsin belum mendedahkan motif sebenar keluarnya dia daripada PKR, selain isu kalimah Allah.

Kejutan akan terus ditunggu-tunggu daripada Mohsin, apa kah pendedahan yang akan dilakukannya.

Zaharin Hashim, wakil rakyat Bayan Baru, Pulau Pinang yang telah keluar PKR telah pun memberikan alasan sebab musabab kenapa dia keluar daripada PKR.

Zulkefli Noordin ahli parlimen Kulim-Bandar Bharu, Kedah yang sebelum ini berjanji akan membuat kejutan, janji wakil rakyat itu untuk sementara hanya tinggal janji.

Ramai yang mengatakan bahawa pendedahan Zulkefli itu telah menjerat Anwar, kerana selain pembohongan Anwar yang merupakan sifat semula jadinya, membabitkan nama Yang Dipertuan Agong dan Angkatan Tentera merupakan perkara yang serius.

Para pemimpin kerajaan menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat pendedahan Zaharin itu, kerana perkara itu merupakan unsur hasutan.

No comments:

Blog Archive