Tuesday, March 23, 2010

One Israel: Seminggu Untuk Anwar Beri Penjelasan: Rahman Dahalan

Anwar diminta memberi penjelasan mengenai kenyataannya di dewan rakyat pada 17 Mec lalu yang mengaitkan kerajaan dengan sebuah firma penasihat Israel APCO worldwide.

Melalui carian dalam internet, APCO Worldwide memang telah menubuhkan pejabatnya di Malaysia dan pelanggan utamanya adalah kerajaan Malaysia di bawah pemerintahan Najib.

Dalam satu kenyataan dalam laman webnya pada 10-8-2009 APCO Worldwide menyatakan seperti berikut "One of the first clients of APCO’s new office will be the Malaysian government, which is retaining APCO to assist in evaluating its capabilities to communicate through new media. APCO will also assist the Malaysian government’s new leadership by sharing recent developments in strategic communication undertaken by governments in Europe, North America and Africa. Separately, APCO will be providing support in Washington, D.C., to Malaysia’s ambassador to the United States."

Dalam laman web syarikat itu ada juga memaparkan bahawa syarikat juruperunding yang beribu pejabat di Amerika itu telah juga memberi perkhidmatan kepada negara-negara bergolak seperti Khazakstan, Nigeria dan malahan Indoensia telah melantik firma itu pada tahun 2004 untuk menjayakan hubugan dua hala antara Indonesia dan Amerika.

Kenyataan Anwar semasa menjujung kasih Titah Yang Dipertuan Agong itu menurut wakil rakyat Kota Belud Abdul Rahman, ahli parlimen Permatang Pauh dengan jelas menggunakan kenyataan yang memalukan dewan ini semasa membuat kenyataan tersebut.

Penekaan Rahman adalah pada kenyataan Anwar mantan perdana menteri Israel Ehud Barak telah menggunakan khidmat nasihat APCO pada tahun 1999 untuk menzahirkan One Israel.

Wakil rakyat Kota Belud itu juga mengatakan bahawa Anwar mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dewan, kerana sebelum ini kerajaan telah pun mengeluarkan kenyataan bahawa APCO tidak terlibat dalam mempromosikan 1Malaysia.

Rahman berhujah, jika kenyataan Anwar itu tidak diperbetulkan, maka kemungkinan besar dakwaan Anwar itu akan dipergunakan oleh pihaknya mengelirukan rakyat, oleh itu Rahman bagi pihak kerajaan memberi Anwar seminggu untuk memberikan penjelasan mengenai dakwaannya tersebut, jika gagal maka kerajaan akan merujuk Anwar kepada Jawatankuasa Khas Parlimen. Jika Anwar disabit kesalahan melanggar tatateritib dewan, maka Anwar boleh digantung daripada menghadiri sidang dewan rakyat termasuk memotong elaun wakil rakyatnya.

Rahman Dahalan juga menyentuh dalam ucapannya, bahawa Amwar tidak sabar-sabar lagi mahu menjadi perdana menteri, sehingga dia sanggup mempergunakan nama Yang Dipertuan Agong dan angkatan tentera Malaysia untuk menjayakan gerakan 16 Septembernya.

No comments:

Blog Archive