Wednesday, March 24, 2010

Pendedahan Zaharin:Kenapa Ghafur Salleh Tiba-Tiba Melenting?

Kenapa Ghafur Salleh wakil rakyat Kalabakan, Tawau Sabah tiba-tiba melenting apabila namanya dibabitkan sama dalam Gerakan 16 September Anwar?

Sementara wakil-wakil rakyat yang lain yang disebut Zaharin semasa membuat pendedahan Gerakan 16 September Anwar di dewan Rakyat pada 17 Mac lalu, tampil membenarkan bahawa mereka dipancing oleh Anwar agar menyokong Gerakan itu, namun mereka semuanya menolak pelawaan Anwar.

Namun beralinan dengan Ghafur Salleh, wakil rakyat ini melenting dan menuduh Zaharin menipu dewan rakyat.

Tidak dapat dinafikan bahawa pendedahan Zahrain masih jadi tumpuan minggu ini. Isu yang didedahkannya kini melarat hingga keluar Parlimen. Beberapa siri laporan polis dibuat berkaitan dengan pendedahan Zaharin tersebut.

Pemuda Umno Malaysia adalah yang terawal sangat termakan pendedahan Zaharin tersebut, sehingga pegerakan itu membuat laporan polis terhadap Anwar kerana membuat hasutan dengan mempergunakan nama Yang Dipertuan Agong dan Angakatan tentera Malaysia, untuk menjayakan gerakan 16 Septembernya.

Yang pelik hampir kesemua mereka yang dinamakan oleh Zahrain mengakui samada secara lansung atau tidak langsung mendapat jemputan untuk menjayakan kerajaan mimpi 16 September Anwar. Cuma Datuk Ghafur Salleh sahaja yang beria-ia menafikan dan menyerang Zahrain.

Terpetik di benak AYT apakah wayang yang dimainkan oleh Ahli Parlimen Kalabakan ini? Ramai yang tahu sejak 90-an semasa menjadi Ketua Bahagian Tawau, beliau memang teramat rapat dengan Anwar,malah dalam pecalonan untuk jawatan Timbalan Persiden UMNO masa itu, Bahagian Ghafurlah yang terawal mencalonkan Anwar. Selepas Anwar dipecat daripada jawatan TPM, Ghafur masih kekalkan hubungannya dengan Anwar malah sempat membuat cacian terhadap PM masa itu Dr. Mahathir walaupun Ghafur tetap dalam UMNO.

Selepas PRU-12 Abdullah Badawi pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri, namun hanya menerimanya beberapa hari sahaja sebelum meletak jawatan konon tanda protes. Sebenarnya Ghafur hanya mendapatkan pencen sebagai Timbalan Menteri sahaja. Dalam masa yang sama beliau tetap rapat dengan Anwar dan selalu berhubungan dengan Azmin!

Bagi AYT adalah lebih mulia Datuk Anifah Aman dan Tengku Azlan yang menolak tawaran jawatan Timbalan Menteri dengan penuh hormat dan berprinsip, dalam masa yang sama juga tegas menolak pelawaan Anwar.

Pemimpin UMNO semua tahu semasa Anwar Timbalan Presiden UMNO, Ghafur adalah 'panglima' Anwar di Sabah. Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Osu Sukam sering makan hati kerana Anwar banyak 'melabur' kepada Ghafur. Jika Anwar berjaya mendaki jawatan nombor satu negara, maka Ghafur sah akan menjadi Ketua Menteri Sabah.

Mujurlah ianya tidak menjadi kenyataan. Namun cakap-cakap politik menyatakan tawaran Anwar (melalui Azmin) kepada Ghafur masih kekal hingga sekarang. Jika kerajaan mimpi 16 Sept lalu menjadi kenyataan, Ghafur akan menjadi 'hero' yang konon menyelamatkan Sabah dari diskriminasi Kerajaan Pusat.

Khabar dan hearsay malahan cakap-cakap kedai kopi Ghafur ada berjumpa Anwar sebelum 16 September 2008.Jika cakap-cakap ini tidak benar nafikanlah di luar parlimen dan cabar pembuktian. AYT merasa pasti ramai yang akan tampil dengan fakta. Yang AYT muskhil adalah cara Ghafur menyerang Zaharin, cara ini adalah cara Anwar membunuh lawan politiknya.

Ghafur dalam ucapannya dalam dewan rakyat semasa menjunjung kasih titah Yang Dipertuan Agong,malah menyarankan agar BN jangan sesekali menerima Zaharin,kerana jika Zaharin sanggup menikam Anwar,maka dia juga akan sanggup menikam pemimpin BN.

AYT hanya mahu kebenaran!!

No comments:

Blog Archive