Tuesday, March 09, 2010

Kejutan Mendapat Kuasa: Menifesto Pembangkang Hanya Retorik

MANDAT rakyat kepada parti-parti politik yang bertanding Pilihan Raya Umum (PRU) pada 8 Mac 2008 sudah genap dua tahun, semalam.

Sekarang rakyat dapat melihat dan menilai belang sebenar pemimpin dan wakil rakyat parti pembangkang di bawah kepimpinan DAP, PKR dan Pas.

Dalam tempoh dua tahun mandat diberikan kepada mereka yang dipilih menjadi Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri, apakah kemajuan dan pembaharuan yang telah mereka sumbangkan kepada rakyat?

Malah rakyat boleh menilai sendiri apakah konsep dan dasar perjuangan yang dibawa oleh pakatan pembangkang?

Lihat dan buat penilaian sendiri terhadap negeri-negeri yang ditadbir oleh kerajaan Pas, DAP dan PKR. Walaupun pemimpin mereka dianggap 'terpelajar', berilmu dan pandai bercakap tetapi baru dua tahun memegang tampuk kuasa pentadbiran negeri - bermacam isu timbul yang menunjukkan ketidakmampuan mereka untuk memerintah.

Masalah pentadbiran negeri yang lemah dan gagal menyelesaikan isu rakyat bukan sahaja berlaku di Selangor, tetapi juga di Pulau Pinang dan Kedah. Sedangkan negeri berkenaan diperintah oleh pakatan di antara PKR, Pas dan DAP.

Kelantan yang dipimpin oleh Pas sejak 20 tahun lamanya pun masih belum menunjukkan kemajuan selain menumpang belas ihsan projek pembangunan Kerajaan Pusat.

Sudah dua tahun keempat-empat negeri ini kerap berdepan dengan kemelut pentadbiran yang menyusahkan kehidupan rakyat. Malah janji-janji dalam manifesto pilihan raya pun banyak yang belum ditunaikan.

Oleh itu, rakyat negeri-negeri berkenaan dan orang luar boleh menilai perubahan selepas pakatan pembangkang mengambil alih teraju kepimpinan negeri daripada Barisan Nasional (BN).

Masalah kerajaan campuran pakatan pembangkang itu baik di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor - jelas menunjukkan mereka tidak ada kesepakatan. Ini kerana mereka sendiri sebenarnya tidak menjangka dapat menubuhkan kerajaan selepas PRU 12 itu.

Kesan kejutan mendapat kuasa sejak dua tahun lepas itu menyebabkan sesetengah pemimpinnya lupa akan tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh pengundi.Menifesto pembangkang hanya sekadar retorik. Berbuih mulut mereka memesongkan rakyat, akhirnya rakyat memberi peluang. Namun,akhirnya peluang itu bukan untuk takyat, akan tetapi demi mereka sendiri.

Wakil rakyat pembangkang sibuk mencari peluang untuk mengagih harta selepas perang hingga gagal memberi perkhidmatan dan membantu menyelesaikan masalah rakyat. Lihat sahaja di Selangor, Pulau Pinang, bagaimanakah wakil-wakil rakyat pembangkang secara tiba-tiba menjadi kayaraya. Lim Guan Eng, tidak lagi mendiami rumah rasmi ketua menteri, akan tetapi mendiami rumah bungalow, entah siapa punya?

Dalam tempoh dua tahun memerintah kerajaan negeri, sepatutnya mereka sudah boleh menunjukkan kemampuan. Sebaliknya pakatan pembangkang kini goyah hingga timbul pula perbalahan di kalangan mereka sendiri sehingga seorang demi seorang keluar parti kerana tidak berpuas hati dengan corak pentadbiran rakan gabungan.

Bagi parti komponen Barisan Nasional, dalam tempoh dua tahun ini mereka menjalani proses transformasi dan berusaha memenangi hati rakyat semula.

Rakyat amat menyenangi konsep 1 Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tanggungjawab mencapai kesemua saranan dan sasaran yang ditetapkan Perdana Menteri terhadap Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) menjelang 2012 bukti khidmat pemimpin kerajaan BN.

Ingat prestasi parti-parti politik akan sentiasa dinilai dan diperhatikan oleh rakyat selaku pemberi mandat.

No comments:

Blog Archive