Saturday, March 06, 2010

Anwar Bercanggah Pendapat Dengan Dr Husin Ali dan Saifuddin Nasution

Jika sebelum ini Timbalan presiden PKR Dr Husin Ali dan setiausaha agong PKR mengatakan bahawa berkeluarannya wakil-wakil rakyat dan para pemimpin PKR tidak mengundang masalah dalam PKR malah kedua-kedua pemimpin itu mengatakan bahawa berkeluarannya para pemimpin itu sebagai blessing dan penyucian kepada parti.

Namun perndapat Anwar Ibrahim sebagai pemimpin umum PKR bercanggah dengan pendapatan kedua-dua pemimpin itu.

Semalam semasa berucap di satu majlis di Pulau Gadong melaka, Anwar mengakui bahawa berkeluarannya para pemimpin PKR sebenarnya membawa masalah kepada parti itu.

Anwar mendakwa bahawa kredibilti parti tercemar di mata rakyat, dan menggambarkan bahawa parti itu tidak mampu mengurus dalaman parti.

Namun Anwar dengan cepat mendakwa bahawa masalah berkenaan sebagai pengajaran yang baik dalam memilih calon wakil rakyat yang taat dan setia kepada parti pada masa depan.

"Ini masalah kita, ada pengajaran juga...sekarang ini Keadilan menghadapi masalah sedikit tetapi pengajaran yang baik,"

Baru-baru ini, PKR menerima tamparan apabila tiga anggota Parlimennya iaitu Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzil Samsuri (Bagan Serai) mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Anwar berkata semua wakil rakyat PKR dan pemimpin parti itu akan dikenakan mengikuti program tarbiah supaya mereka betul-betul bersemangat kental bagi menghadapi cabaran dan setia kepada parti.

No comments:

Blog Archive