Thursday, January 28, 2010

Kisah Pemimpin Terlampau

Satu ketika dahulu saya sempat menonton koleksi ucapan mantan ketua Angkatan Muda PKR Ezam Mohd Nor di rumah serorang kawan. Kandungan ucapan tersebut berlegar kepada isu integriti dan moral pemimpin defacto PKR Anwar Ibrahim. Kalau tidak silap tajuk koleksi ucapan tersebut "Hakikat Sebuah Keputusan".

Isu-isu yang dibangkitkan bukanlah terlalu baru tetapi apabila dirangkumkan dalam koleksi, ia kelihatan menarik. Apabila kita terus mengikuti ucpan tersebut kita akan mengetahui pendedahkan soal muslihat, pembohongan dan pengkhianatan Anwar dalam banyak perkara termasuk isu kes liwat terhadap pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Beliau juga menyentuh tentang tindakannya keluar PKR.

‘‘Demi Allah, saya tinggalkan Anwar kerana prinsip saya sebagai seorang Islam yang tidak membenarkan saya terus bersamanya sebagai ketua saya. Antara Islam dan Anwar, saya pilih Islam,” kata Ezam.

Isu Anwar kini menjadi perhatian. Ia bukan setakat kes tuduhan liwat terhadap Mohd. Saiful yang akan dibicarakan pada 2/2/2010 depan, bahkan tentang masa depan politiknya.

Tindakan Anwar asyik mahu menangguhkan kes mahkamah itu mencetuskan persoalan apakah beliau takut menghadapi kebenaran dan keadilan? Seorang yang mendabik dada sebagai pejuang tiba-tiba seperti tikus mahu melarikan diri. AYT percaya Anwar boleh hidu bahawa pasukan pendakwaan mempunyai bukti lebih kukuh kali ini berbanding kes liwat pertamanya dahulu.

Sebelum ini beliau diragui oleh banyak pihak kerana enggan melafazkan muhabalah atau sumpah laknat di masjid sebagaimana yang dilakukan oleh Mohd. Saiful. Anwar sebaliknya menggunakan pentas politik termasuk di luar negara bagi mempertahankan diri dan seperti biasa mendakwa menjadi mangsa konspirasi.

Selain bertarung dalam kes mahkamahnya, Anwar kini berdepan dengan kedudukan PKR yang kian goyah. Makin ramai pemimpin dan aktivis PKR keluar parti. Isu dalaman parti itu makin serius dengan menyaksikan perpecahan terutama di Sabah dan Selangor.

Khabarnya, Anwar turut resah kerana para pemimpin Pas sudah tidak bulat menyokong beliau termasuk dalam isu moral dan kes liwatnya. Selain itu, tinjauan rambang beberapa pihak mendapati sokongan rakyat dan badan bukan kerajaan Melayu (NGO) terhadap Anwar merosot. Ia ada kaitan dengan kekecewaan orang Melayu terhadap beliau yang didakwa telah menggugat insitusi Melayu selain merosakkan asas kenegaraan dan semangat perlembagaan, sesuatu yang belum pernah berlaku dalam sejarah.

Pada masa yang sama, Ezam, Anuar Shaari, S. Nallakarupan, Lokman Noor Adam, dan puluhan lagi bekas pemimpin PKR yang telah meninggalkan parti itu kini mendedahkan hipokrasi Anwar termasuk dalam isu rasuah dan salah guna kuasa.

PKR yang masih baru usianya menyaksikan paling ramai pemimpin kanannya keluar termasuk Chandra Muzaffar, tokoh yang disegani dalam dunia keilmuan.

Kerana menyedari keadaan semakin tidak memihak kepadanya, beliau bertindak sekali lagi melancarkan serangan peribadi terhadap Perdana Menteri, Mohd. Najib Tun Razak. Ada yang melihat ia sebagai helah Anwar untuk mengalihkan perhatian daripada kes liwatnya dan masalah PKR.

Salah satu isu dalaman ialah kritikan terhadap Anwar kerana terlalu memihak dan mendengar nasihat Naib Presiden, Azmin Ali, sehingga mengguris hati banyak pemimpin lain. Mengapa Azmin mendapat kelebihan itu, Anwar sahaja ada jawapannya.

Bukan setakat isu Azmin, banyak rahsia kepincangan Anwar, juga di tangan Ezam. ‘‘Dia tahu bahawa saya tahu...” kata Ezam.

Persoalannya apa akan jadi jika Anwar dipenjarakan kerana didapati bersalah dalam kes liwatnya?

Seandainya itu berlaku beliau akan terlingkung dalam kisah pemimpin terlampau yang terpahat dalam sejarah.

AYT melihat masa depan politik beliau kian suram jika beliau tidak dihadapkan ke mahkamah sekalipun.

Sesungguhnya, Anwar sudah mula terhukum dengan sendiri. Sudah banyak petunjuk, yang satu demi satu menyerlahkan kebenaran.

Realitinya, persekitaran dan kesedaran rakyat ternyata makin tidak menyebelahi beliau.

Sehebat mana beliau merancang ia tidak akan mengatasi perancangan Allah. Anwar tentu tahu dan Wan Azizah Wan Ismail, isterinya yang juga Presiden PKR, pasti lebih tahu. Mungkin ada kepincangan yang Wan Azizah juga tahu tetapi tidak terlerai, sekadar tersimpul dalam senyuman manisnya.

No comments:

Blog Archive