Monday, January 04, 2010

Jika Harga Gula Naik: Anwar Ibrahim Pasti Ke Putrajaya

APABILA kerajaan Tun Abdullah Badawi menaikan harga minyak secara mendadak daripada 1.70 seliter kepada 2.70, rakyat bertindak. Restoran bertindak, pengeluar bertindak. Peruncit bertindak. Semua penjual bertindak. Pemberi prkhidmatan bertindak. Akibatnya harga barang melabung tinggi tak terkawalkan. Akibat naiknya harga, maka inflasi juga meningkat. Bukan itu sahaja, kerajaan BN hampir kecundang kerana dikatakan kerajaan tidak membela rakyat.

Memang di luar kawalan kerajaan tentang kenaikan harga minyak, rakyat faham itu. Rakyat faham bahawa harga minyak di negara-negara jiran tinggi. Rakyat faham bahawa harga minyak di pasaran dunia meningkat. Tetapi persoalan rakyat adalah, negara adalah pengeluar minyak.

Akibat kenaikan harga minyak Petronas mendapat keuntungan berbilion-bilion. Itu baik kerana negara akan mendapat pendapatan bertambah hasil pemberian Petronas kepada negara. Rakyat tahu bahawa 40% bajet negara adalah berasal daripada emas hitam itu.

Pada masa kerajaan menaikan harga minyak kepada 2.70 seliter kerajaan berasaskan kenaikan harga minyak itu kepada trend kenaikan harga minyak dunia. Namun 3 bulan kemudian harga minyak turun dengan drastiknya, kerajaan pula ikut trend itu dengan berperingkat menurunkan harga minyak. Namun kesan kepada kenaikan harga minyak yang mendadak diparas yang tinggi itu, respon kenaikan harga barang begitu cepat sekali. Apabila harga minyak diturunkan kepada harga asal, respon harga barang tidak ikut sama dan keadaan itu hingga kini bertahan.

Akibat kenaikan harga barang itu keadaan inflasi bertukar kepada stagflasi, yakni keadaan yang lebih teruk dibanding inflasi. Akibat daripada kejadian ini, maka rakyat secara keseluruhan terkena kesannya, negara terkena kesannya dengan menurunnya KDNK negara.

Nah sekarang, kerajaan meniupkan keadaan yang sama terhadap harga gula. Ismail Sabri Yakoob menteri Hal ewal pengguna memberi bayangan jika kerajaan mengekalkan harga gula pada 1.65 sekg, kerajaan terpaksa menanggung tambahan subsidi sebanyak 260 juta setahun.

Akibat desas desus penarikan subsidi oleh kerajaan, maka peruncit bertindak balas menyorok gula. Di Sabah misalnya, gula sukar diperolehi di pasar-pasarraya. Gula mula disorok. Peruncit mengharapkan apabila subsidi gula ditarik mereka akan mendapat keuntungan yang berlipat daripada stok lama.

Kerajaan perlu mengkaji pengaruh berganda akibat penarikan subsidi gula.Jika harga gula naik kerana tidak bersubsidi lagi, maka secara otomatik harga barangan  bukan sahaja barangan yang menggunakan gula sebagai bahan asas akan naik. Apabila ini berlaku, kesengsaraan rakyat majoriti akan bertambah. Jika pendekatan ini berlaku, saya rasa pihak PAKATAN RAKYAT akan bertempik bahawa Anwar Ibrahim akan pasti dapat merampas Putrajaya.

No comments:

Blog Archive