Sunday, November 08, 2009

Zaman Bernostalgia Sudah Berlalu

Datuk Najib pernah mengingatkan pemimpin dan ahli UMNO supaya tidak terlalu bernostalgia terhadap jasa-jasa besar parti itu pada masa lalu. Sebaliknya, Perdana Menteri mahu mereka berusaha melakukan perubahan supaya UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus relevan.

Pemimpin dan ahli parti perlu menyedari bahawa semakin ramai pengundi masa kini terdiri daripada golongan pasca merdeka dan tidak pernah melalui peristiwa penting yang berjaya ditangani oleh UMNO dan BN.

Masa ini pemimpin dan ahli-ahli parti itu perlu berubah dari segi cara berfikir, strategi politik dan kaedah berkomunikasi dengan pengundi baru mengenai dasar yang diperjuangkan UMNO dan BN.

Masa kini bukan zaman seperti UMNO mula-mula dilahirkan. Ramai kalangan generasi hari ini tidak berpengalaman melalui peristiwa penting seperti tragedi 13 Mei 1969.

Para pemimpin tidak boleh bersandar kepada nostalgia dan sentimen kerana walaupun jasa menggunung tinggi, ia bukan jaminan untuk terus mendapat sokongan rakyat.

Masyarakat kini terbahagi dua iaitu kelompok berpendidikan tinggi yang mempunyai 'kuasa' maklumat dan golongan muda yang hanya mengetahui peristiwa-peristiwa bersejarah negara menerusi bacaan dan lisan.

Golongan muda kini juga, jelas beliau, mempunyai banyak pilihan untuk mendapatkan maklumat menerusi media alternatif seperti laman web dan blog.

Golongan yang berdominasi daftar pengundi ibarat 'kain putih'. Para pemimpin dan ahli UMNO perlu mencari kaedah terbaik mendekati mereka dan menyalurkan maklumat tanpa dipengaruhi anasir negatif.

'Cara UMNO berbicara dalam media alternatif adalah penting. Generasi baru mendapat maklumat melalui media alternatif dan bukan media arus perdana.

Para pemimpin Umno perlu mencari kaedah berkomunikasi dengan golongan muda jika mereka mendapat maklumat yang betul, mereka akan sokong, kalau kita gagal, mungkin mereka akan terpengaruh walaupun maklumat yang diperoleh tidak benar.

Sifat pemimpin UMNO hanya menjalinkan hubungan erat dengan ahli parti semata-mata dan meminggirkan golongan yang berada di luar parti perlu mengubah sifat-sifat itu. Para pemimpin perlu bermuhasabah dan bertanya kepada diri sendiri mengapa mereka yang diluar parti ini tidak menyokong Umno.

Para pemimpin kena berfikir seperti peniaga mengapa orang tidak mahu membeli barang kita. Buatlah analisis. Sifat pemimpin Umno yang hanya membantu para kerabat terdekat, jarang menolong orang lain, tidak rajin pergi kenduri-kendara dan majlis-majlis keagamaan yang dianjurkan penduduk kampong.

''Sikap sedemikian menyebabkan UMNO semakin hilang 'roh' dan semangat sebagaimana yang dilakukan oleh ahli-ahli parti terdahulu yang berjuang menentang gagasan Malayan Union.

Janganlah bersandarkan kepada keputusan cemerlang pada pilihan raya kecil Bagan Pinang yang lalu walaupun meraih majoriti terbesar. Para pemimpin dan ahli Umno perlu meneruskan khidmat kepada penduduk dan melaksanakan apa yang dirancang.

Slogan “dulu, kini dan selamanya” yang terpampang-pampang di kereta-kereta mewah pemimpin UMNO, bukan lagi merupakan kaedah untuk menarik rakyat untuk sukakan UMNO, malah menjadi kannya pemandangan yang memuakkan dan menjejekan mereka.

Tambahan lagi, cara pengendalian kenderaan itu bagaikan raja jalanan yang tidak ada kompromi.

Cara ini perlu diubah!!

No comments:

Blog Archive