Sunday, November 01, 2009

Najib:Umno Parti inkusif Bukan Perkauman

Walaupun menghentam "satu dua pemimpin" Umno yang dilihat boleh menggugat hubungan sesama parti komponen dalam BN, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mempertahankan Umno sebagai parti yang inklusif.

"Ada orang kata Umno parti perkauman. Kita adil. Dari awal adil lagi kita terbuka, berdemokrasi," kata Najib ketika merasmikan persidangan perwakilan nasional Gerakan ke-38 di ibunegara hari ini,

"Jangan kerana satu dua pemimpin cakap sesuatu (Umno dianggap perkauman). Mana-mana parti pun ada satu dua (pemimpin) yang cakapnya begitu," kata Najib yang juga presiden Umno.

Najib tidak menyebut secara langung nama pemimpin tersebut. Bagaimanapun, ia dipercayai merujuk kepada ahli parlimen Seri Gading, Datuk Mohamad Aziz yang meminta presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon berundur daripada kabinet kerana didakwa mempamerkan prestasi lemah.

Dalam ucapannya, perdana menteri turut membandingkan amalan integrasi Malaysia dengan asimilasi kaum di negara jiran Indonesia.

"Lihat dasar Umno daripada dulu. Kalau kita perkauman, kita suruh tukar nama, macam nama jiran kita, Hartono. Kita tidak (amalkan itu), kita benarkan nama Koh Tsu Koon, Lim Keng Yeik.

"Kalau Umno perkauman, kita tukar nama (bukan Melayu), kita tidak benarkan sekolah Cina dan Tamil. (Tetapi) kita inklusif, kita ambil kira semua kaum," katanya disambut tepukan gemuruh.

Katanya, pelantikan Dr Koh sebagai menteri di jabatan perdana menteri merupakan hak beliau sebagai perdana menteri kepada semua kaum.

Sementara itu, menyentuh kemerosotan pengaruh Gerakan dalam pilihan raya umum lalu, Najib meminta parti itu tidak merasa lemah dan "tidak tahan".

"Tadi Dr Koh sebut tentang perjuangan Nelson Mandela. Beliau dipenjarakan selama 27 tahun. Dia berjuang sehingga ke akhir dan dia menang.

"Ini baru sekali saja tsunami politik. Adakah kamu lemah? Kamu ada 'benda itu' atau tidak?" katanya.

Ucapan Najib yang bersemangat itu disambut laungan "tidak" dari para perwakilan dan menggamatkan dewan.

No comments:

Blog Archive