Friday, April 10, 2009

Sekolah Tong Sampah

Sekolah Tong Sampah

Janggal benar kedengarnya: Sekolah Tong Sampah. Tetapi panggilan ini disebut sendiri oleh seorang guru dimana guru itu sedang mengajar. Anak-anak guru itu, tidak disekolahkan di sekolah di mana guru itu mengajar untuk dapat gaji bulanan. Guru itu sanggup menghantar anak-anaknya ke sekolah lain yang bukan sekolah tong sampah (menurutnya), walaupun perlu masa yang agak lama, sehingga kedatangannya ke sekolah di mana dia mengajar selalu lambat.

Panggilan: Sekolah Tong Sampah: timbul, kerana kebanyakan, anak-anak yang bersekolah di sekolah itu adalah dari perpendapatan rendah. Akibat daripada keadaan ini ( mungkin-menurut guru itu) pencapaian UPSR-5A sekolah itu sangat rendah. Benarkah teori guru ini???. Kepintaran individu ada yang kerana bakat, ada juga akibat cara menunjuk ajar. Bidalan kata: Kalau belakang parang diasah, akhirnya tajam juga. Kanak-kanak seperti rebung, mudah dibentuk. Di sekolah untuk membentuk anak jadi pandai dan pintar adalah guru. Jadi, jika murid-murid Sekolah Tong Sampah ini, tidak pandai dan tidak pintar, salah siapakah? tentu guru itu sendiri.

No comments:

Blog Archive