Monday, April 06, 2009

persipsi

Selagi dinamakan manusia yang sempurna punya persipsi masing-masing. Apabila sejarah bagi seorang individu itu telah ada maka persipsi sejarah itu dianggap melekat pada individu itu. Manusia lupa, bahawa perkembangan atau peredaran masa menggubah prilaku manusia sepanjang masa. Prilaku semasa kanak-kanak, remaja, orang muda dan tua, semuanya berubah mengikut masa. Tetapi persipsi manusia tetap tidak berubah. Apabila negatif persipsi itu,,maka melekatlah persipsi tersebut kepada individu itu.


Persoalannya, kenapa keadaan ini berlaku demikian. Jawapannya, adalah sifat manusia itu yang punya nafsu, ego, tidak mau kalah,ingin miliki segalanya, serakah dan lupa daratan. Mungkin ini yang dijanjikan oleh Tuhan, sesiapa yang punya amal bakti, sesiapa yang mampu mengawal hawa nafsu, sesiapa yang menabur kebaikan tanpa memikirkan balasan, sesiapa yang ingat Tuhannya sepanjang waktu dijanjikan syurga. Dan sesiapa yang tidak memilki sifat-sifat di atas Tuhan kata, kemungkinan menghadapi azab neraka. Semua manusia yang dilahirkan Islam, tahu ini semua, tetapi kerana sifat-sifat manusia yang lemah dan Janji Iblis dan Syaitan kepada Tuhan, bahawa sebelum Kiamat, Mereka akan terus menggoda dan memisongkan anak adam.


Coba kita lihat sekililing kita, diantara 10 orang anak adam, berapa peratuskah punya fitra seperti yang Tuhan inginkan dan perintahkan? Setiap kita mampu menstatistikan atau mampu menjelamakan kepada angka-angka. Tapi perlu juga diingat bahawa manusia tidak mampu menilai sesama manusia,kerana setiap yang punya kategori yang sama kehilangan taraf untuk menilai. Manusia hanya dapat dinilai di Padang Mahsar, dan penilainya adalah Tuhan sendiri.

No comments:

Blog Archive