Friday, April 10, 2009

Keselesaan

Keperluan individu manusia tidak terhingga. Selagi manusia bernafas maka keperluan tidak akan berhenti. Manusia perlu udara,makanan, dan air serta vitamin untuk terus hidup dan sihat. Tambahan kepada empat ini antaralain pakaian, tempat berteduh dari hujan sejuk dan panas matahari. Sekarang ini, selain daripada itu semua, manusia juga perlu pagar dikeliling rumah untuk melindungi manusia daripada binatang buas, perlu grill rumah untuk melambatkan pencuri atau perompak masuk.

Bagi keperluan keselesaan, manusia perlu jalan-jalan yang lurus, beraspal dan kekadang dilampukan disertai berbagai iklan dan tanda-tanda penunjuk arah. Bagi individu yang punya kreativiti, maka punya pekerjaan yang punya balasan kewangan yang lumayan. Melalui kewangan yang lumayan ini, maka sebahagian dapat digunakan untuk tambah keselesaan, umpamanya beli kereta, beli jam, beli cermin mata, melawat luar negara, naik haji dan sebagainya.

Sifat manusia, memang inginkan urusan yang sederhana dan semudah mungkin. Jika boleh: terfikir saja, keinginan atau kehendak itu: Terus tersedia. Berasaskan psikologi ini, maka para pengurus perkhidmatan seperti bank, memanafaatkannya. Bank kenalkan, berbagai-bagai kemudahan menyenangkan penggunanya: Kad ATM, Kad Kredit, Kad Debit diperkenalkan. Masa kini, sesiapa yang berminat membaca pampangan siaran jabatan yang mengurus orang-orang bankraf di surat-surat khabar, saban hari kita terbaca, ramai yang terbankraf (muflis) kerana kemudahan keselesaan, yakni; Hutang Kad kredit.

Keinginan kepada keselesaan juga dimanafaatkan oleh pengurusan sesebuah negara, Suruhanjaya lawan keselesaan ditubuhkan. Sesiapa yang ternampak menggunakan keselesaannya melebihi apa yang sepatutnya dia dapat, didakwa. Pengguna saluran komunikasi alam maya, juga tidak terlepas pandang untuk didakwa. Manusia: akibat mengejar keselesaan, dapat menikmati keselesaan hingga penghujung usia, ada juga menerima padah pada usia produktif.

Keselesaan pada dewasa ini, terus dikejar disemua peringkat hidup manusia. Ada yang melalui pemanfaatan kepintaran otak dan akal, ada juga menggunakan kelemahan manusia untuk mencapai keselesaan. Penubuhan parti-parti, persatuan-persatuan dan berbagai-bagai keadah untuk mengumpul manusia seperti cendawan tumbuh diwaktu pagi yang sejuk. Tujuannya adalah mencari keselesaan.

No comments:

Blog Archive