Showing posts with label teoh beng hock. Show all posts
Showing posts with label teoh beng hock. Show all posts

Saturday, October 23, 2010

Nota Bunuh diri Teoh Beng Hock: Tulisan Siapa?

SHAH ALAM: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Koroner di sini, semalam bahawa tulisan pada nota terakhir yang dikatakan ditulis Teoh Beng Hock sebelum kematiannya, sama dengan tulisan pada buku catatan ditemui dalam beg sandangnya ketika disoal siasat di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, tahun lalu.

Penganalisis dokumen dari Jabatan Kimia, Wong Kong Yong, 51, berkata beliau menerima empat sampul mengandungi dokumen tulisan tangan, kad bank Visa dan buku catatan ringkas daripada Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Ahmad Nazri Zainal pada 9 Oktober 2009.

Wong berkata, selepas membandingkan tulisan Cina pada nota dan buku catatan ringkas itu, beliau mendapati ia sama dan kemungkinan besar ditulis individu sama, manakala tulisan bahasa Melayu dalam kedua-dua dokumen itu juga sama dan berpendapat ia sememangnya ditulis individu sama.

“Tandatangan ringkas pada nota itu juga sama dengan karakter tulisan pada tandatangan ringkas di 10 salinan penyataan saksi dalam pemeriksaan dokumen SPRM. Jadi kemungkinan besar ia ditandatangani individu sama.

“Bagaimanapun, tandatangan ringkas di nota itu berbeza strukturnya dengan tandatangan penuh pada kad bank Visa milik Teoh (yang ditemui dalam dompetnya). Oleh itu, tidak dapat dipastikan ia tandatangan orang sama,” katanya.

Wong berkata, beliau memulangkan semua dokumen itu semula bersama laporan kimia dihasilkannya kepada Ahmad Nazri pada jam 3.05 petang, 14 Oktober 2009 sebelum menerima tujuh bahan bukti lagi dalam beg sandang Teoh, termasuk dokumen tulisan tangan, baucar tunai dan tiga pen pada jam 12.49 tengah hari, 23 Oktober 2009.

Katanya, tulisan rumi pada nota terakhir dikatakan ditulis Teoh dan buku catatan ringkas sama karakter dengan tulisan di baucar tunai bertarikh 2 Julai 2009, malah kemungkinan besar ditulis individu sama, tetapi tulisan Cina pada baucar itu tidak mencukupi untuk dibandingkan dengan nota itu, sekali gus gagal merumuskan sama ada ia ditulis orang sama.

Wong berkata, tulisan pada nota itu juga disahkan ditulis menggunakan dua pen Kilometrico, tetapi bukan menggunakan pen mata bulat jenama Zebra.

Sebaik saksi itu selesai memberikan keterangan, Koroner Azmil Muntapha Abas meminta pendapat semua pihak dalam inkues itu memandangkan semua keterangan yang dikemukakan hanya menunjukkan ia ditulis individu sama, tetapi tiada bukti ia tulisan Teoh.

“Perlu kemukakan saksi yang boleh mengaitkan fakta itu, sama ada nota itu ditulis atau tidak oleh si mati (Teoh) masih belum ditentukan lagi. Setakat saksi yang hadir hari ini (semalam), hanya membuat perbandingan dan merumuskan ia daripada penulis sama namun identiti penulis belum dipastikan,” katanya.

Peguam dilantik Kerajaan Malaysia, Tan Hock Chuan menjelaskan selepas keterangan Ahmad Nazri, pihaknya tidak akan memanggil sebarang saksi dari luar lagi dan akan menutup kes pada tarikh perbicaraan akan datang dan memaklumkan semua pihak berharap Azmil dapat memutuskannya berdasarkan keterangan yang dikemukakan sebelum ini.

Perbicaraan bersambung 4 November ini.

Wednesday, August 18, 2010

Teoh Beng Hock mungkin dipukul di tengkuk sebelum ditolak jatuh:Dr Pornthip

Pornthip memberi keterangan hari ini melalui inkues kematian Teoh Beng Hock. Dr pakar Thailand itu berkata bahawa beliau mendapati pendarahan di tengkuk Teoh sehingga ke bahagian otot mangsa. Kesan berkenaan juga, katanya lebih luas daripada kesan dicekik kerana cengkaman fizikal di bahagian leher adalah lebih kuat.

Menurut Pornthip berdasarkan 34-35 kes kajiannya hasil jatuh daripada tempat tinggi sebelum ini, tidak ada yang mempunyai kesan seumpama itu. Katanya, dia berpendapat tidak mungkin lebam adalah kerana impak akibat jatuh.

Pornthip juga menolak kemungkinan lebam itu disebabkan keretakan tulang belakang. Beliau mempertahankan pemerhatiannya sebelum ini bahawa ia adalah kecederaan sebelum jatuh yang dilakukan dengan “tekanan dan kuasa yang lebih besar” yakni Beng Hock dipukul di bahagian tengkuk sebelum di tolak jatuh berbanding dicekik.

Pakar Thai itu juga mengatakan bahawa temuannya melalui postmortem ke-2 adalah konsisten dengan anggapannya bahawa , ia mungkin “ seseorang meletakkan sesuatu di tengkuk Teoh atau menekan kepalanya ke atas sesuatu”.

Ahli patologi forensik Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand mula memberi keterangan di bangunan mahkamah di Shah Alam, jam 9.31 pagi bagi menyambung keterangan inkues kematian Teoh Beng Hock.

Beliau menceritakan penemuan dan kesimpulannya berhubung bedah siasat kedua yang dijalankan.

Pornthip, sebelum ini menimbulkan kontroversi dengan mendakwa hasil pemerhatiannya mendapati kemungkinan 80 peratus kematian Teoh adalah kerana dibunuh manakala 20 peratus lagi akibat bunuh diri.

Kehadirannya di mahkamah pagi ini disambut tepukan gemuruh oleh penyokong Teoh yang memenuhi bilik perbicaraan hari ini.

Aktivis telah berkumpul bagi menghadiri inkues ini bukan sahaja sebagai sokongan kepada Teoh dan mendengar keterangan terbaru Pornthip tetapi juga untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka kepada pejabat Peguam Negara berhubung sekeping 'nota misteri'.

Bekas ketua forensik Unit Siasatan Lokasi Jenayah, Amidon Anan, juga berada di mahkamah hari ini. Beliau hadir atas kapasiti peribadi.

Koroner Azmil Munthapa Abas memulakan prosiding dengan memanggil Pornthip sebagai saksi pertamanya.

Beliau kemudian disoal oleh peguam, Malek Imtiaz Sarwar, yang mewakili kerajaan negeri Selangor dengan meneliti laporannya dan beberapa gambar yang diambil pada bedah siasat kedua. Banyak lagi laporan menyusul

Tuesday, August 10, 2010

Inkues kematian teoh beng hock: Nota sucide itu siapa yang tulis?

Peguam keluarga Teoh beng hock kemungkinan akan memanggil pakar tulisan untuk mengenal pasti nota yang dikatakan ditulis oleh mendiang beng hock sebelum mayat mendiang dijumpai di luar Tingkat 5 plaza Masalam, Shah Alam pada pagi 16 julai 2009.

Nota itu dikatakan dijumpai dalam beg sandang beng hock 2 bulan setelah kematiannya.

Persoalannnya kenapa hanya pada masa ini nota sucide itu dipertimbangkan sebagai bukti baru menentukan punca mendiang beng hock mati.

Sebelum ini memang banyak anggapan bahawa beng hock terjun bunuh diri, berasaskan kepada keadaan mayat mendiang ketika dijumpai.

Pada mayat mendiang, hasil bedah siasat menunjukkan bahawa mendiang mati disebabkan impak dari tempat yang tinggi. Tiada bukti ditemukan bahawa telah berlaku pergelutan sebelum beng hock terjun daripada Tingkat 14, di mana pejabat SPRM Selangor beribu pejabat dan mayatnya tersadai di Tingkat 5 bangunan plaza tersebut.

Telah lebih setahun inkues untuk menentukan punca kematian beng hock, termasuklah dakwaan pakar pathologi Thailand Dr Pornthip mendakwa bahawa beng hock sebelum dijumpai mati telah dicekik terlebih dahulu. Namun berdasarkankan bedah siasat ke-2, dakwaan itu ternyata tidak benar.

Semalam telah berlaku satu kejutan apabila pihak pembelaan ingin mengemukakan bukti baru, mungkin ada hubungan dengan sucide note tersebut.

Setelah peguam keluarga beng hock, Gobind Singh Deo mendapat makluman mengenai perkara tersebut, Gobind merasa berang, kerana tindakan pembelaan tersebut didakwanya sebagai menyalagunakan proses mahkamah.

Menurut Gobind sepatutnya, bukti(sucide note) tersebut awal-awal dikemukakan kepada mahkamah.

Persoalannya sekarang, kenapa hanya pada masa ini NOTA itu perlu dikemukakan? Ada unsur lain kah? Biarlah mahkamah inkues ini menentukannya.

Monday, August 09, 2010

Inkues kematian Teoh Beng Hock: Ada bukti baru

Peguam keluarga Beng Hock Gobind Singh Deo terpaksa meninggalkan perjalanan inkues hari ini sambil menuduh bahawa pihak peguam negara menyembunyikan bukti yang ada kaitan dengan perjalanan inkues ini.

Bukti baru tersebut berbentuk nota bunuh diri yang ditulis dalam bahasa cina. Sebelum ini mantan AMK Mohd Ezam Mohd Nor ada mengatakan bahawa terdapatnya nota seperti itu.

Inkues kematian TBH terpaksa ditubuhkan untuk mencari penyebab kematian mendiang semasa disoal siasat SPRM Selangor.

Mayat mendiang Teoh Beng Hock di jumpai mati pada 16 julai 2009 di luar tingkat 5 Plaza Masalam, Shah Alam. Di Plaza itu juga pejabat SPRM beribu pejabat, di tingkat 14.

Teoh Beng Hock dicekup SPRM pada 15 Julai dan kira-kira 6 petang, Beng Hock dilihat memasuki bangunan itu melalui rakaman CCTV.

Beng Hock dikehendaki memberi keterangan berhubung salah guna peruntukan ADUN di bawah pengawasan ADUN-ADUN DAP Ean Yong dan Roonie Liu.

Dalam inkues kematian Beng Hock telah diberitahu bahawa Beng Hock masih kelihatan hidup pada kira 5:30 pagi 16 Julai,namun setiausaha politik DAP itu kelihatan sangat gelisah pada masa itu. Dalam mahkamah yang sama juga, dikatakan bahawa Beng Hock terdengar bertengkar dengan Tan Boon Wah, saksi SPRM juga yang masih berada dalam bangunan SPRM pada masa itu kerana enggan pulang walaupun rakaman keterangannya telah usai pada 12:30 tengah malam 16 julai.

Sebenarnya rakaman percakapan Beng Hock juga sudah usai pada 3:45 pagi pada 16 julai, namun dia memilih lepak di sofa ruangan pejabat SPRM.

Kematian Beng Hock dipolitikkan oleh pihak pakatan terutama DAP, atas sebab itu, kerajaan menubuhkan mahkamah inkues untuk mencari punca sebenar kematian Beng Hock.

Dalam merungkai kematian sospol DAP itu, pakar pathologi hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang (postmortem 1) dan pakar pathologi hospital sungai Buloh (postmortem II) mengatakan bahawa kematian Beng Hock berpunca daripada impak dari tempat yang tinggi. Analisis pathologi juga menemukan bahawa kecederaan pada mayat mendiang sangat konsisten dengan impak jatuh dari tempat yang tinggi. Analisis ini menyangkal dakwaan parti Pakatan terutama Lim Guan Eng bahawa Beng Hock mati dibunuh sebelum dijumpai pada pagi 16 julai 2009.

Sebelum ini kematian Beng Hock menjadi dramatik apabila pakar Thai mengatakan bahawa 80% Beng Hock mati dicekik, namun melalui postmortem ked-II andaian pakar Thai itu tidak konsisten dengan kecederaan pada mayat mendiang Beng Hock.

Dalam perkembangan lain adik TBH Lee lan mengatakan bahawa mereka tidak tahu menahu mengenai nota bunuh diri TBH. Mantan boss TBH juga Ean Yong Hian Wah menafikan wujudnya nota itu.

Sunday, April 18, 2010

Sukar Membuktikan Kematian Teoh Beng Hock Akibat Cekikkan: Punca Pornthip Main Wayang

Dakwaan Pornthip sebelum ini dengan penuh yakin dan berlatar belakang "Pakar patologi terkemuka" mengatakan bahawa punca kematian Teoh Beng Hock adalah akibat dicekik sebelum jatuh dan mayatnya dijumpai di luar tingkat 5 Plaza Masalam Shah Alam pada 16 Julai 2009.

Ekoran daripada dakwaan tersebut, maka postmortem ke-2 terpaksa dijalankan.

Berasaskan kepada keterangan Dr yang menjalankan postmortem ke-2 itu, kematian Teoh Beng Hock adalah selari dengan keputusan postmortem pertama, yakni berpunca daripada jatuh daripada tempat tinggi. Dr yang menjalankan postmortem ke-2 juga menafikan dengan sekeras-kerasnya, bahawa kematian Beng Hock berpunca daripada cekikkan.

Berasaskan kepada keterangan Dr Shahidan Md Noor dari Hospital Sungai Buloh itu, maka Dr Pornthip Rojanasunand mula ragu dengan dakwaannya asalnya, yakni cekikkanlah punca kematian Beng Hock. Oleh kerana Pornthip merasakan bahawa dakwaannya telah disangkal oleh bukti-bukti postmortem, maka ada kemungkinan itu lah puncanya dia tidak akan datang ke Kuala Lumpur untuk memberi keterangan dalam inkues kematian Teoh Beng Hock apabila ia disambung Selasa ini.

Demi menjaga maruahnya dan melindugi "kepakarannya" maka Pornthip terpaksa membuat isu, kononnya dia mendapat tekanan daripada kerajaan Malaysia.

Dalam memberi reaksi kepada dakwaan Pornthip itu, Datuk Nazri Aziz dan Peguam Negara Tan Sri Ghani Patail telah mengeluarkan jaminan bahawa keselamtan Pornthip adalah terjamin dan tidak ada tekanan daripada kerajaan Malaysia. Selain itu, Hishammudin selaku menteri Dalam Negeri juga memberi jaminan yang sama, sambil meminta Pornthip memberi maklumat terperinci, siapa kah yang memberi tekanan kepadanya.

Setakat ini, pihak kerajaan Malaysia tidak menerima apa-apa maklumat mengenai dakwaan Pornthip itu, kerana itu Nazri Aziz berkata Pornthip HANYA BERBOHONG dan bersandiwara.

Sementara itu Peguam Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili kerajaan Selangor mengesahkan bahawa Dr Pornthip tidak dapat menghadiri inkues tersebut.

Malik telah memfailkan permohonan bagi pihak kerajaan Selangor kepada Mahkamah Majistret Shah Alam Khamis lalu untuk menangguhkan inkues berkenaan.

Menurut permohonan itu, kerajaan Selangor memerlukan lebih banyak masa untuk menjamin kehadiran pakar pathologi Thailand itu.

Kerajaan Selangor telah menulis kepada Kementerian Kehakiman Thailand, memberi jaminan keselamatan Dr Pornthip sekiranya beliau datang ke Malaysia untuk memberi keterangan di inkues tersebut, tetapi belum menerima sebarang jawapan setakat ini.

Ekoran ketidak hadiran Dr Pornthip itu, satu perkara lain dijangka dibangkitkan di inkues Selasa ini - iaitu permohonan peguam Karpal Singh untuk mengenakan tindakan menghina mahkamah terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Abdul Aziz.

Usul supaya Nazri dikenakan tindakan menghina mahkamah itu, disokong oleh affidavit yang difailkan oleh Teoh Meng Kee, yang merupakan adik Beng Hock.

Nazri dipetik oleh Malaysiakini sebagai berkata: “Dia pembohong. Dia menipu pada inkues”.

Sebelum ini dilaporkan bahawa Pornthip bersetuju memberi keterangan pada inkues Teoh Beng Hock jika ada jaminan keselamatannya daripada kerajaan Malaysia.

Tidak diketahui sama ada kerajaan Malaysia telah mengeluarkan jaminan bertulis kepada Dr Pornthip berhubung perkara itu.

Dr Pornthip hadir di bedahsiasat kali kedua selepas mayat Teoh digali semula November lalu ekoran keterangannya - berdasarkan kepada foto yang dirakamkan sewaktu bedahsiasat pertama - bahawa Teoh mungkin dicekik sebelum jatuh dari bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bedah siasat kedua itu dilakukan oleh Dr Shahidan Md Noor dari Hospital Sungai Buloh. Selain Dr Pornthip yang mewakili kerajaan Selangor, ia turut dihadiri Dr Peter Venezis - pakar patologi British yang mewakili SPRM.

Dalam keterangannya bulan lalu, Shahidah berkata, berdasarkan bedahsiasat kedua itu, tiada kemungkinan yang Teoh dicekik, manakala Dr Venezis akan memberi keterangan pada 26 dan 27 April ini.

Monday, April 12, 2010

Kepada Dr Pornthip Datanglah: Malaysia Negara Selamat: Jangan Main Mayang

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberi jaminan keselamatan kepada Dr Pornthip Rajanasunand jika pakar patologi Thailand itu kembali ke negara ini bagi memberi keterangan pada inkues Teoh Beng Hock.

Beliau juga meminta Pornthip membekalkan pihak berkuasa Malaysia, segala maklumat berhubung dakwaannya bahawa dia berdepan dengan 'tekanan politik' daripada kerajaan Malaysia untuk menghentikan keterangan beliau dalam inkues itu.

“Kami akan beri jaminan keselamatan kepada semua, rakyat Malaysia, rakyat asing, pelancong dan sesiapa sahaja yang berada di bumi Malaysia. Adalah tugas kami bagi melindungi dan menjamin keselamatan mereka,” katanya.

Pada sidang media di lobi Parlimen hari ini, Hishamuddin berjanji yang polis akan menyiasat dakwaan Pornthip dan memintanya tampil memberi maklumat.

“Kita selalu menjamin keselamatan rakyat asing tetapi mereka mesti membekalkan butirannya, maklumat dan segala yang berkaitan. Buat masa ini, kami hanya ada tuduhan umum yang beliau kuathir dengan keselamatannya. Bagaimana kami bergerak daripada itu?”

Katanya, pihak berkuasa akan menyiasat dari dua aspek - Pornthip (kanan) ditekan dan beliau bimbang akan keselamatannya.

“Saya menggesanya untuk datang memberikan maklumat agar kami dapat menjalankan siasatan terperinci. Saya tidak ada apa-apa untuk disembunyikan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (bawah, kiri) berkata tidak ada sebab bagi pakar patologi Thailand itu risau mengenai keselamatannya.

“Bagi saya, kedatangannya adalah dialu-alukan. Saya mahu dia ke mari dan memberi keterangan dengan aman dan tenang....

"Saya akan pastikan bahawa pihak berkuasa membekalkan kawalan keselamatan. Tiada masalah,” katanya di lobi Parlimen.

Timbalan Menteri Luar Negara, A Kohilan Pillay juga mahu Porntip mendedahkan nama orang yang mengugutnya supaya kerajaan boleh menyiasat.

"Biarkan dia berikan nama kepada kami supaya siasatan boleh dijalankan,” katanya sambil menambah bahawa kerajaan tidak akan menghentikan sesiapa daripada memasuki negara ini secara sah.

Semalam, Dr Pornthip memberitahu Malaysiakini bahawa beliau telah "dinasihatkan" oleh pegawai-pegawai tinggi Jabatan Kehakiman Thailand - tempat beliau bertugas sebagai ketua pengarah Institut Sains Forensik Pusat - supaya jangan ke Malaysia minggu depan untuk menghadiri inkues tersebut.

Beliau berkata, kementerian kehakiman telah menerima maklumat daripada kementerian luar Thailand bahawa beliau mungkin menghadapi masalah jika ke Malaysia, termasuk kemungkinan dihalang memasuki negara ini.

Menurutnya, kementerian luar Thailand telah menarima "isyarat" dari kerajaan Malaysia melalui "saluran tidak rasmi" bahawa kehadiran beliau dalam inkues tersebut, adalah tidak disenangi.

Dr Pornthip Jangan Main Politik: Beritahu Siapa Halang Dia Masuk Malaysia:

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menafikan dakwaan pakar patologi terkemuka Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand bahawa beliau menerima ‘‘tekanan politik’’ daripada kerajaan Malaysia untuk menghentikan keterangan beliau dalam inkues Teoh Beng Hock.

Sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak benar, Nazri berkata pakar tersebut hendaklah menamakan pihak yang didakwa memberi tekanan terhadap beliau kerana kerajaan tidak akan dapat mengambil tindakan sekiranya tiada bukti kukuh yang menyokong dakwaan tersebut.

“Beritahu saya siapa? Datuk Seri Nazri atau orang lain? Kita nak tahulah, kalau tak tahu mana mungkin boleh bantu dia. Siapa juga boleh cakap ‘‘saya dipaksa’’. Tapi siapa yang paksa kita nak tahu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Dr Pornthip yang mengatakan beliau tidak akan hadir memberi keterangan inkues Teoh Beng Hock yang akan bersambung 20 April ini kerana menerima ‘‘tekanan politik’’ dari kerajaan Malaysia.

Nazri turut menafikan dakwaan bahawa pakar tersebut juga telah tidak dibenarkan masuk ke Malaysia pada awal tahun ini, kerana menurutnya tiada sebab kerajaan tidak membenarkan pakar tersebut memasuki negara buat kali kedua memandangkan beliau telah berbuat demikian sebelum ini.

“Saya tak percaya kerajaan Malaysia dan pegawai-pegawai kita mengganggu dia dan halang dia daripada datang ke negara ini,” katanya.

Nazri berkata jika perkara tersebut benar-benar berlaku sudah tentu beliau akan dimaklumkan terlebih dahulu.

“Peguam Negara tak pernah jumpa saya mengatakan kita jangan benar dia masuk. Saya rasa dia cuma takut. Saya percaya dia punya testimoni dalam inkues itu tidak betul, yang dia tak dapat pertahankan sekarang dan cari alasan untuk tidak hadir dalam prosiding inkues akan datang,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Biro Undang-Undang DAP, Gobind Singh Deo berkata Nazri perlu memberikan bukti terhadap dakwaan tersebut kerana ia merupakan perkara yang sangat serius. — Bernama

Sunday, April 11, 2010

Inkues Kematian Teoh Beng Hock: Dakwaan Dr Pornthip Pembohong: Nazri

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz berkata pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand berbohong berhubung dakwaannya yang kerajaan Malaysia menggunakan "tekanan politik" untuk menghalangnya daripada memberi keterangan.

"Dia seorang pembohong! dia berbohong dalam inkues dan dia berbohong sekarang,"

Nazri diminta mengulas dakwaan Dr Pornthip bahawa beliau diberi "isyarat" dan berdepan dengan "tekanan politik" supaya menghentikan pembabitannya dalam siasatan berhubung kematian Teoh Beng Hock.

Dr Pornthip mendakwa beliau dihalang daripada masuk ke Kelantan sewaktu urusan rasmi melalui sempadan Thai-Malaysia pada bulan Januari tahun ini, dan menyifatkannya sebagai salah satu "isyarat" yang tekanan dikenakan ke atasnya.

Walaupun keberatan, tetapi Dr Pornthip telah memutuskan untuk tidak memberi keterangan dalam inkues kematian Teoh ekoran tekanan terhadapnya itu.

Inkues kematian Teoh akan disambung pada 20 April ini.

Wednesday, February 24, 2010

Kematian Teoh Beng Hock Masih Misteri; Kini Anak Tunangnya PUN Anak Misteri

Mayat mendiang Teoh Beng Hock di jumpai mati pada 16 julai 2009 di luar tingkat 5 Plaza Masalam, Shah Alam. Di Plaza itu juga pejabat SPRM beribu pejabat,yakni di tingkat 14.

Teoh Beng Hock dicekup SPRM pada 15 Julai dan kira-kira 6 petang, Beng Hock dilihat memasuki bangunan itu melalui rakaman CCTV.

Beng Hock dikehendaki memberi keterangan berhubung salah guna peruntukan ADUN di bawah pengawasan ADUN-ADUN DAP Ean Yong dan Roonie Liu.

Dalam inkues kematian Beng Hock telah diberitahu bahawa Beng Hock masih kelihatan hidup pada kira 5:30 pagi 16 Julai,namun setiausaha politik DAP itu kelihatan sangat gelisah pada masa itu. Dalam mahkamah yang sama juga, bahawa Beng Hock terdengar bertengkar dengan Tan Boon Wah, saksi SPRM juga yang masih berada dalam bangunan SPRM kerana enggan pulang walaupun rakaman keterangannya telah usai pada 12:30 tengah malam 16 julai.

Sebenarnya rakaman percakapan Beng Hock juga sudah usai pada 3:45 pagi pada 16 julai, namun dia memilih lepak di sofa ruangan pejabat SPRM.

Kematian Beng Hock dipolitik oleh pihak pakatan terutama DAP, atas sebab itu, kerajaan menubuhkan mahkamah inkues untuk mencari punca sebenar kematian Beng Hock.

Dalam merungkai kematian sospol DAP itu, pakar pathologi hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang (postmortem 1) dan pakar pathologi hospital sungai Buloh (postmortem II) mengatakan bahawa kematian Beng Hock berpunca daripada impak dari tempat yang tinggi. Analisis pathologi juga menemukan bahawa kecederaan pada mayat mendiang sangat konsisten dengan impak jatuh dari tempat yang tinggi. Analisis ini menyankal dakwaan parti Pakatan terutama Lim Guan Eng bahawa Beng Hock mati dibunuh sebelum dijumpai pada pagi 16 julai 2009.

Sebelum ini kematian Beng Hock menjadi dramatik apabila pakar Thai mengatakan bahawa 80% Beng Hock mati dicekik, namun melalui postmortem ked-II andaian pakar Thai itu tidak konsisten dengan kecederaan pada mayat mendiang Beng Hock.

Hingga kini misteri punca kematian Beng Hock masih misteri, namun yang masih menjadi misteri juga adalah kelahiran anak tunang Beng Hock, juga dikatakan bukan zuriat Beng Hock.

Ada yang menyarankan agar tunang Beng Hock Soh Cher Wei yang juga seorang guru sekolah menjalankan ujian DNA untuk menentukan siapakah ayah sebenar anak lelakinya yang dilahirkan di sebuah hospital di Johor  pada 22 Februari lalu dengan berat 2.9kg dinamakan TEOH ER JIA.

Soh Cher Wei kini menjadi menantu keluarga mendiang Teoh Beng Hock selepas menjalani ritual keagamaan dan upacara mempersembahkan minuman teh kepada mentuanya di Taman Seri Kelemak, pada 16 Ogos lalu, setelah genap sebulan Beng Hock dijumpai sebagai mayat.

Saturday, February 20, 2010

Kematian Teoh Beng Hock: Lim Guan Eng Jadi Pakar Pathologi???

SANGKAAN Pakar Pathologi Tahiland Dr Pornthip Rojanasunand bahawa 80% Beng Hock mati dibunuh iaitu melalui cekikkan adalah asas kepada postmortem ke-II terhadap mayat Beng Hock.

Berasaskan kepada pendapat peribadi pakar Thailand ini, maka Pakatan pembangkang menghebohkan bahawa Beng Hock mati dibunuh sebelum dijumpai di luar tingkat 5 Plaza Masalah Shah Alam pada pagi 16 Julai 2009.

Akibat daripada pendapat pakar Tahiland ini juga keluarga Beng hock berpendirian bahawa Beng hock dibunuh sebelum dijumpai mati.

Berasaskan kepada ANGGAPAN pakatan pembangkang dan keluarga Beng Hock ini, maka postmortem ke-II dijalankan pada 22 November 2009.

Semalam mahkmah inkues kematian Beng Hock diberitahu bahawa melalui postmortem II tiada bukti bahawa Teoh Beng Hock mati dicekik. Ketua Unit Patologi Hospital Sungai Buloh, Dr Shahidan Md Noor, yang melakukan bedah siasat kedua ke atas pembantu politik kepada exco kerajaan negeri Selangor, Teoh Beng Hock berkata bedah siasat pertama dijalankan dengan baik.

Dalam keterangannya semalam, Shahidan juga berkata kesan kecederaan pada bahagian punggung dan dubur mangsa pula konsisten disebabkan terjatuh dari tempat tinggi. Beliau turut bersetuju dengan laporan bedah siasat pertama yang dijalankan oleh Dr Khairul Azman Ibrahim dan Dr Prashant Naresh Samberker yang mengatakan Teoh meninggal dunia akibat kecederaan berganda kerana terjatuh dari tempat tinggi.

Shahidan juga mempertikaikan laporan ahli patologi yang dilantik oleh kerajaan Selangor, Dr Pornthip Rojanasunand dari Thailand yang berkata lebam di leher Teoh adalah akibat dicekik dan kecederaan di duburnya pula akibat ditembus.

Sebaliknya, ahli patologi yang membuat bedah siasat kedua itu berkata jika dicekik, kesan lebamnya akan ketara secara tidak sama rata.

Bedah siasat itu dijalankan pada 22 Nov lalu oleh Shahidan dengan pemerhatian oleh ahli patologi yang dilantik oleh kerajaan Selangor, Dr Pornthip Rojanasunand dari Thailand, manakala Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula melantik Dr Peter Venezis sebagai pemerhati mereka.

Pornthip adalah pengarah Institut Pusat Sains Forensik yang berpangkalan di Bangkok dan terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Undang-undang Thailand. Beliau pada perbicaraan tahun lalu berkata 80 peratus kemungkinan kematian Teoh adalah kerana dia dibunuh.

Venezis pula adalah ahli patologi yang terkenal dengan penyiasatan kematian Puteri Diana.

Kedua-dua ahli patologi berkenaan juga dijadual memberikan keterangan mereka pada suatu tarikh yang belum ditetapkan kemudian.

Koroner Azmil Muntapha Abas mengarahkan bedah siasat kedua ke atas mayat Teoh dilakukan pada 9 Nov lalu berikutan dakwaan Pornthip itu.

Teoh meninggal dunia pada 16 Julai selelepas disoal-siasat oleh pegawai SPRM di ibupejabat mereka di Plaza Masalam, Shah Alam.

Mengikut laporan rasmi, pegawai khas DAP itu terjatuh dari bangunan berkenaan, namun keluarganya pula mendakwa terdapat salah laku dalam kematian Teoh.

Shahidan memberitahu inkues pagi ini bahawa beliau keberatan untuk melakukan bedah siasat kedua seperti diminta oleh Tricia Yeoh dari pejabat menteri Besar Selangor dan peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo.

Pakar patologi dari hospital Sungai Buloh itu berkata, beliau telah meminta mereka menulis kepada kementerian kesihatan.

Pada 9 November, beliau mendapat panggilan dari timbalan pendakwa raya Mohd Abazafree Mohd Abbas, mengarahkannya melakukan bedah siasat tersebut.

Katanya, Pornthip dan Veneziz, bersama dengan dua lagi pakar patologi yang melakukan bedah siasat pertama turut hadir.

Bedah siasat itu bermula jam 12.45 pagi 22 November dan selesai dua jam kemudiannya.

Merujuk kepada laporan bedah siasat tersebut, Shahidan berkata terdapat kesan lebam pada bahagian thyroid si mati.

Juga terdapat darah beku kekal di belakang lidah dekat dengan leher, serta pendarahan di sebelah tepi kanan otak dan di sebelah tepi kanan belakang otak.

Shahidan memberitahu demikian ketika menjawab soalan dari peguam yang dilantik kerajaan, Tan Hock Chuan.

Beliau memberitahu inkues pagi ini bahawa terdapat kesan calar ditemui pada tangan kiri Teoh.

Bagaimanapun, katanya, punca kematian Teoh adalah akibat pelbagai kecederaan akibat jatuh dari tempat tinggi.

Tambahnya, kecederaan pada tengkok Teoh itu adalah akibat jatuh.

Sebaik selesai memberi Shahidan memberi keterangannya, Azmil kemudiannya menangguhkan inkues berkenaan sehingga 1 Mac depan bagi membolehkan peguam yang mewakili keluarga Teoh dan juga kerajaan Selangor menyoal balas ahli patologi berkenaan.

Thursday, November 19, 2009

Kematian Teoh Beng Hock: Postmortem Malaysia Gagal Menemukan Fakta Sebenar

Postmortem dilakukan ke atas mayat TBH tempat jam 12 tengah hari 17 julai. Postmortem di lakukan oleh pakar pathologi Hospital Tunku Ampuan, Klang Dr Khariurl Azman Ibrahim dan Dr Prashant Samkembar dari Pusat Pathologi Universiti Malaya. Postmortem dijalankan bersama, dengan demikian penemuan juga hampir sama.

Hasil postmortem ke dua-dua pakar tersebut berpendapat sama, bahwa kematian TBH berpunca daripada jatuh dari tempat tinggi. Malah melalui postmortem itu juga dapat dirumuskan bahawa TBH semasa sampai ke impak masih dalam keadaan sedar. Sebab-sebab kesimpulan ini telah diuraikan secara biologi dan taksonomi.

Hasil postmortem juga telah mengabaikan kemungkinan terjadi pembunuhan (homocide) kerana tiada tanda-tanda kecederaan dan pergelutan dijumpai pada mayat TBH.

Melalui postmortem juga ditemukan, bahawa darah yang biasanya akan mengalir keluar daripada badan, apakah melalui telenga, mulut atau hidung sepertimana biasa terjadi pada mangsa jatuh dari bangunan tinggi atau kemalangan dengan impak yang kuat, tidak berlaku pada mayat TBH, sebaliknya darah mengumpal dalam rongga dada dan otak. Penemuan ini seolah-olah kulit telinga, kepala maupun hidung TBH terlalu liat, sehingga darah sepatutnya keluar semasa impak, tidak berlaku.

Jarang kita jumpai pada mayat-mayat yang dihantar untuk postmortem akibat kemalangan ngeri darah tidak memercik keluar, biasanya darah akan memercik. Namun kebiasaan ini tidak dijumpai pada mayat TBH.

Pihak pakar pathologi tidak menganalisis ada kemungkinankah bahan bius ada terdapat dalam jasad TBH. Ada kemungkinan kah TBH dibius kemudian dicampakkan. Bius yang berlebihan boleh mengakibatkan pam jantung menjadi lambat, kerana itu peredaran darah juga semakin lambat. Pada keadaan seseorang hampir mati lalu dicampakkan, kemungkinan darah tidak akan mercik,kerana peredaran darah telah hampir berhenti, kerana itu tendensi menembus rongga-rongga hidup, telinga maupun tempurung kepala tidak akan terjadi.

Jika teori ini ada kebenarannya, maka ada kemungkinan TBH mati bukan kerana sucide akan tetapi homocide. Melalui inkues ini, sebaiknya Gobind Singh Deo sebagai peguam keluarga TBH perlu memanggil semula pakar pathologi untuk bertanyakan perkara ini.

Jangan lupa tujuan inkues TBH ini adalah untuk merungkai sebab-sebab kematiannya, apakah kematian TBH disebabkan ada unsur sucide, homocide atau pun kemalangan.

Para saksi diperlukan untuk merungkai kejadian-kejadian yang berlaku sebelum TBH ditemukan mati. Melalui keterangan-keterangan ini lah koronor akan memilih penyebab kematian TBH apakah unsur sucide, homocide atau kemalangan.

Koronor dan Gobind Singh Deo perlu memanggil semula pakar-pakar pathologi tersebut untuk memberi pandangan kedua.

Dalam perkembangan lain pakar pathologist Thailand ada membayangkan bahwa TBH mati dibunuh. Beliau yakin 80% TBH dibunuh. Kesimpulan pakar Thailand ini melalui analisis gambar dan laporan 2 pakar pathlogist Malaysia sebelumnya.

TBH dipercayaai dicekik terlebih dahulu dan duburnya dijolok dengan menggunakan benda tumpul, sebelum TBH yang tidak bernyawa itu ditolak jatuh. Mayat TBH dijumpai di luar Tingkat 5 Plaza Masalam pada 16 Julai 2009 kira-kira pukul 2 petang.

Inkues kematian TBH masih belum dapat merungkai kematiannya. 22 November postmortem ke-2 akan dijalankan disaksikan oleh pakar-pakar luar negara.

Tuesday, November 17, 2009

Inkues KematianTeoh Beng Hock:DUN Selangor Luluskan Suruhanjaya Diraja

Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini meluluskan usul mendesak kerajaan pusat menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock.

Usul tersebut dibentangkan oleh ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim dan diluluskan tanpa kehadiran wakil rakyat pembangkang selepas dibahaskan kira-kira satu jam.

Teoh adalah setiausaha politik kepada exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah yang juga ADUN Sri Kembangan.

Difahamkan, beberapa ADUN BN yang hadir ke sidang DUN hari ini, bertindak keluar dewan apabila usul tersebut dibentangkan tengahari tadi.

"Kenapa bila bicarakan tentang Teoh Beng Hock, semua orang BN lari?" kata Ng yang mempersoalkan tindakan wakil-wakil pembangkang itu.

Ng seterusnya berkata, usul tersebut dibentangkan memandangkan kabinet sebelum ini telah bersetuju menubuhkan suruhanjaya diraja.

Namun, kuasa suruhanjaya itu didapati terbatas kepada menilai kaedah soal siasat SPRM dan sama ada pernah berlaku pencabulan hak asasi manusia sewaktu Teoh disiasat mulai petang 15 Jun hingga awal pagi esoknya.

Kabinet juga memutuskan satu inkues atau siasatan awam yang diketuai oleh seorang majistret untuk menentukan punca kematian Teoh.

Inkues tersebut sedang berjalan di hadapan Koroner Azmil Muntapha Abas.

Ng berkata, usul yang dibentangkannya itu berpandukan garis panduan inkues yang dikeluarkan oleh Hakim Besar Malaya, Mahkamah Persekutuan Malaysia pada 2007.

"Ini jelas menyatakan mahkamah koroner hanya berhak mencari kebenaran tetapi tiada kuasa mencari siapakah pembunuh serta tiada hak mendakwa sesiapa.

"Oleh itu peranan mahkamah koroner hanya sama dengan satu pendengaran awam yang terbuka sahaja," katanya lagi.

Ng juga turut mendesak ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan meletak jawatan sekiranya sebab kematian Teoh tidak ditemui.

"Pihak SPRM mesti bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kematian mendiang Teoh Beng Hock.

"Jangan cuba berdolak-dalik dan lepas tangan kononnya kematian tersebut tiada kena mengena dengan SPRM," tambahnya.

Ng juga mendakwa, Ean kini menghadapi masalah untuk mendapatkan setiausaha politik baru untuk menggantikan tempat Teoh, kerana ramai yang takut musibah yang sama akan menimpa diri mereka.

Beliau mendakwa ia merupakan salah satu perang saraf pihak BN yang didakwanya memperalatkan SPRM demi untuk melemahkan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat.

Saturday, November 14, 2009

Nizar News:SPRM Lantik Pakar Forensik UK Untuk Bedah Siasat Semula Teoh

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melantik seorang pakar forensik bebas Profesor Dr Peter Vanezis dari United Kingdom, untuk menjadi pemerhati dalam bedah siasat kedua terhadap mayat Teoh Beng Hock pada 22 November ini.

Datuk Abdul Razak Musa, peguam pemerhati SPRM pada inkues bagi menyiasat kematian Teoh Beng Hock, berkata demikian kepada media selepas prosiding inkues ditangguhkan hari ini.

Abdul Razak berkata Dr Vanezis merupakan pengarah bagi Cameron Centre for Forensic Medical Sciences, London, dan telah mengendalikan sebanyak 2,000 autopsi kes kematian mengejut, yang 1,500 daripadanya membabitkan homisid.

Mayat Teoh akan digali semula pada Nov 21 atas permintaan keluarganya untuk bedah siasat kedua yang juga akan dihadiri pakar patologi Thailand, Dr Porntip Rojanasunan, bagi pihak kerajaan negeri Selangor.

Prosiding inkues semalam ditangguhkan sehingga 9 Dis untuk mendengar keterangan ahli majlis perbandaran Kajang, Tan Boon Wah, yang terlibat dalam kes saman sivil terhadap SPRM yang akan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi minggu depan.

Koroner Azmil Muntapha Abas membuat penangguhan itu setelah membenarkan permohonan peguam Karpal Singh, bagi Tan, supaya anak guamnya memberikan keterangan selepas Mahkamah Tinggi memberikan keputusan dalam kes saman sivil itu pada 19 Nov.

"Adalah lebih baik jika keterangan saksi ini didengar selepas Mahkamah Tinggi membuat keputusan kerana keputusan Mahkamah Tinggi akan mengikat mahkamah ini nanti," kata Karpal dalam permohonannya.

Tan, 39, yang merupakan seorang daripada dua Exco dan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang disiasat SPRM berhubung dakwaan salah guna peruntukan kerajaan negeri Selangor, sepatutnya memberikan keterangannya sebagai saksi dalam prosiding itu hari ini.

Peguam Tan Hock Chuan (bagi kerajaan Malaysia), Gobind Singh Deo (bagi keluarga Teoh) dan Abdul Razak tidak membantah permohonan itu. Pada 22 Julai lalu, Tan memfailkan saman terhadap Ketua Suruhanjaya SPRM Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, Penolong Penguasa SPRM Mohammad Hassan Zulkifli dan SPRM kerana mendakwa beliau ditahan dan disoal siasat secara salah pada 15 Julai lalu.

Beliau mendakwa telah ditahan tanpa sebarang kuasa sah oleh pegawai SPRM kerana mengikut Seksyen 30(1)(a) Akta SPRM, beliau hanya boleh disoal siasat antara pukul 8.30 pagi hingga 5 petang setiap hari.

Dalam prosiding semalam (jumaat), T. Sivanesan, saksi yang mendakwa pernah didera oleh pegawai SPRM tahun lalu turut dipanggil ke mahkamah untuk mengecam pegawai terbabit.

Sivanesan mengecam Mohd Ashraf Mohd Yunus melalui keratan akhbar Sinar Harian bertarikh 29 Ogos lalu, yang menyiarkan gambar pegawai itu.

"Kamu dapat mengecam (Mohd) Ashraf kerana dalam berita itu hanya ada dua gambar yang disiarkan, jadi senanglah untuk kamu mengecam pegawai tersebut?" soal Abdul Razak dan saksi itu menjawab: "Tidak setuju."

Abdul Razak kemudian berkata saksi itu sepatutnya melakukan pengecaman yang lebih adil melalui kawad cam, yang akan membariskan beberapa lelaki lain dengan bentuk fizikal hampir serupa dengan Mohd Ashraf, daripada hanya mengecam pegawai itu melalui gambar.

Inkues Kematian Teoh Beng Hock: SPRM Pun Melantik Pakar Pathologist Luar Negara

SPRM pun mengunakan tenaga pakar luar negara bagi menyaingi pakar Thailand Dr Porntip bagi pihak keluarga mendiang Teoh Beng Hock. Pakar luar negara yang dilantik SPRM adalah Dr Peter Vanezis daripada Cameron Centre for forensic medical sciences.

Kelulusan menggali semula mayat Teoh telah dibenarkan oleh Koroner Inkues ini Azmil Mutaphana Abas.

Penggalian semula mayat TBH akan berlangsung pada 21 November ini.

Sementara itu perjalanan inkues TBH telah ditangguhkan ke 9 Desember untuk memberi peluang kepada SPRM menyiapkan sistem soal siasat mereka.

Teoh dijumpai mati pada 16 Julai lalu di luar Tingkat 5 Plaza Masalam Shah Alam, di mana pejabat SPRM Selangor beribu pejabat di Tingkat 14 Plaza yang sama.

Inkues kematian teoh menjadi semakin folemik kerana keterangan pakar Thailand yang mengatakan 80% TBH mati dibunuh melalui cekikan dan tusukan dilubang duburnya sebelum dijatuhkan.

Persoalan yang dicari sekarang siapakan pelaku pembunuhan tersebut, sedangkan semua DNA para pegawai SPRM yang telah diambil sampelnya tidak sepadan dengan DNA misteri yang dijumpai pada talipinggang mendiang TBH.

Sebelum beberapa dakwaan penulis blog bahawa YB Ronnie Liu telah mengarahkan Tan Boon Wah membunuh TBH, namun DNA Tan Boon Wah tidak sepadan dengan DNA yang masih misteri tersebut.

Apakah melalui penggalian semula mayat mendiang TBH akan menemukan tanda-tanda pembunuh? sama-sama kita tunggu perjalanan inkues ini.

Tuesday, November 10, 2009

Inkues Kematian Teoh Beng Hock: 21 November Mayat Digali Semula

Mahkamah Koroner di sini Isnin memerintahkan mayat mendiang Teoh Beng Hock, yang disemadikan lebih tiga bulan lepas, digali dari kubur pada 21 November bagi membolehkan bedah siasat kedua ke atas mayat mendiang dijalankan keesokkannya.

Koroner Azmil Muntapha Abas juga memerintahkan bedah siasat kedua itu dilakukan oleh Ketua Pathologi Hospital Sungai Buloh Dr Shahidan Md Noor dan dibantu oleh Dr K. Saravanan untuk mengambil gambar-gambar bedah siasat itu, dengan kehadiran empat pakar forensik, di Hospital Sungai Buloh. "Tugas menggali mayat akan dilakukan oleh Hospital Sungai Buloh," katanya.

Empat pakar forensik itu ialah Dr Khairul Azman Ibrahim, Dr Prashant Naresh Samberkar, Dr Pornthip Rojanasunand dari Thailand dan pakar forensik yang dilantik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sementara itu peguam Datuk Abdul Razak Musa yang mewakili SPRM berkata SPRM akan memastikan bahawa pakar dari luar negara yang dilantik dapat hadir pada bedah siasat kedua itu.

Beliau turut memohon supaya mahkamah mengeluarkan perintah bertulis dalam bahasa Inggeris bagi membolehkan pihak SPRM memaklumkan mengenai perintah tersebut kepada pakar mereka.

Sementara itu, Gobind Singh Deo, peguam pemerhati bagi keluarga Teoh, memberitahu mahkamah bahawa polis akan berada di sana bagi memastikan semua peraturan dipatuhi.

Teoh, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam di sini pada 16 Julai selepas memberikan keterangan kepada SPRM Selangor berhubung dakwaan salah guna peruntukan kerajaan negeri oleh Exco Selangor.

Pejabat SPRM Selangor terletak di tingkat 14 bangunan yang sama. Keluarga Teoh memohon mayat setiausaha politik kepada Exco Selangor Ean Yong Hian Wah itu digali semula berikutan keterangan Dr Pornthip dalam inkues bagi mengenal pasti punca kematiannya bahawa wujud 80 peratus kemungkinan yang dia telah didera dan dicekik.

Dr Khairul Azman Ibrahim dan Dr Prashant, pakar patologi kerajaan yang menjalankan bedah siasat pertama, telah memberitahu inkues itu bahawa kemungkinan Teoh membunuh diri.

Sementara itu, pada awal prosiding Abdul Razak berkata tindakan saksi ke-20 T. Sivanesan yang mendakwa beliau dipukul dan didera oleh pegawai SPRM pada 4 dan 5 September tahun lepas adalah satu tindakan yang sengaja dilakukan untuk menjatuh dan memalukan SPRM.

Ketika menyoal balas Sivanesan, Abdul Razak mempersoalkan rasional saksi itu yang hanya membuat laporan polis pada 11 September 2008 sedangkan beliau telah dibebaskan pada 9 September dan fakta bahawa Sivanesan hanya mendapatkan rawatan pada 12 September walaupun mendakwa dipukul dengan teruk sehingga pengsan sebanyak dua kali.

"Di dalam mahkamah juga kamu membuat drama dengan membawa seluar dalam yang koyak yang disimpan selama setahun sebelum dibawa ke mahkamah.

Saya menyatakan bahawa oleh kerana awak tidak serahkan seluar dalam itu kepada polis, maka kamu sendiri yang koyakkannya?" kata Abdul Razak.

Sivanesan bagaimanapun menafikan semua cadangan yang dikemukakan oleh Abdul Razak dengan menyatakan bahawa beliau perlu berbincang dengan bapa saudaranya sebelum membuat laporan polis.

Abdul Razak juga mencadangkan bahawa percanggahan terdapat dalam laporan polis oleh Sivanesan pada 27 Julai 2008 dan keterangannya di mahkamah khususnya berhubung identiti sebenar pegawai yang menderanya, menunjukkan bahawa dakwaan itu hanyalah rekaan saksi itu semata-mata.

Friday, October 23, 2009

Kematian Teoh Beng Hock: Postmortem Malaysia Gagal Menemukan Fakta Sebenar


Postmortem dilakukan ke atas mayat TBH tempat jam 12 tengah hari 17 julai. Postmortem di lakukan oleh pakar pathologi Hospital Tunku Ampuan, Klang Dr Khariurl Azman Ibrahim dan Dr Prashant Samkembar dari Pusat Pathologi Universiti Malaya. Postmortem dijalankan bersama, dengan demikian penemuan juga hampir sama. Hasil postmortem telah pun didengar melalui inkues ini sebelum ditangguhkan semalam.

Hasil postmortem ke dua-dua pakar tersebut berpendapat sama, bahwa kematian TBH berpunca daripada jatuh dari tempat tinggi. Malah melalui postmortem itu juga dapat dirumuskan bahawa TBH semasa sampai ke impak masih dalam keadaan sedar. Sebab-sebab kesimpulan ini telah diuraikan secara biologi dan taksonomi.

Hasil postmortem juga telah mengabaikan kemungkinan terjadi pembunuhan (homocide) kerana tiada tanda-tanda kecederaan dan pergelutan dijumpai pada mayat TBH.

Melalui postmortem juga ditemukan, bahawa darah yang biasanya akan mengalir keluar daripada badan, apakah melalui telenga, mulut atau hidung sepertimana biasa terjadi pada mangsa jatuh dari bangunan tinggi atau kemalangan dengan impak yang kuat, tidak berlaku pada mayat TBH, sebaliknya darah mengumpal dalam rongga dada dan otak. Penemuan ini seolah-olah kulit telinga, kepala maupun hidung TBH terlalu liat, sehingga darah sepatutnya keluar semasa impak, tidak berlaku.

Jarang kita jumpai pada mayat-mayat yang dihantar untuk postmortem akibat kemalangan ngeri darah tidak memercik keluar, biasanya darah akan memercik. Namun kebiasaan ini tidak dijumpai pada mayat TBH.

Pihak pakar pathologi tidak menganalisis ada kemungkinankah bahan bius ada terdapat dalam jasad TBH. Ada kemungkinan kah TBH dibius kemudian dicampakkan. Bius yang berlebihan boleh mengakibatkan pam jantung menjadi lambat, kerana itu peredaran darah juga semakin lambat. Pada keadaan seseorang hampir mati lalu dicampakkan, kemungkinan darah tidak akan mercik,kerana peredaran darah telah hampir berhenti, kerana itu tendensi menembus rongga-rongga hidup, telinga maupun tempurung kepala tidak akan terjadi.

Jika teori ini ada kebenarannya, maka ada kemungkinan TBH mati bukan kerana sucide akan tetapi homocide. Melalui inkues ini, sebaiknya Gobind Singh Deo sebagai peguam keluarga TBH perlu memanggil semula pakar pathologi untuk bertanyakan perkara ini.

Jangan lupa tujuan inkues TBH ini adalah untuk merungkai sebab-sebab kematiannya, apakah kematian TBH disebabkan ada unsur sucide, homocide atau pun kemalangan.

Para saksi diperlukan untuk merungkai kejadian-kejadian yang berlaku sebelum TBH ditemukan mati. Melalui keterangan-keterangan ini lah koronor akan memilih penyebab kematian TBH apakah unsur sucide, homocide atau kemalangan.

Koronor dan Gobind Singh Deo perlu memanggil semula pakar-pakar pathologi tersebut untuk memberi pandangan kedua.

Dalam perkembangan lain pakar pathologist Thailand ada membayangkan bahwa TBH mati dibunuh. Beliau yakin 80% TBH dibunuh. Kesimpulan pakar Thailand ini melalui analisis gambar dan laporan 2 pakar pathlogist Malaysia sebelumnya.

TBH dipercayaai dicekik terlebih dahulu dan duburnya dijolok dengan menggunakan benda tumpul, sebelum TBH yang tidak bernyawa itu ditolak jatuh. Mayat TBH dijumpai di luar Tingkat 5 Plaza Masalam pada 16 Julai 2009 kira-kira pukul 2 petang.

Inkues kematian TBH masih dalam persidangan.

Thursday, October 22, 2009

Kematian Teoh Beng Hock: Postmortem Banyak LOOPHOLE

Postmortem dilakukan ke atas mayat TBH tempat jam 12 tengah hari 17 julai. Postmortem di lakukan oleh pakar pathologi Hospital Tunku Ampuan, Klang Dr Khariurl Azman Ibrahim dan Dr Prashant Samkembar dari Pusat Pathologi Universiti Malaya. Postmortem dijalankan bersama, dengan demikian penemuan juga hampir sama. Hasil postmortem telah pun didengar melalui inkues ini sebelum ditangguhkan semalam.

Hasil postmortem ke dua-dua pakar tersebut berpendapat sama, bahwa kematian TBH berpunca daripada jatuh dari tempat tinggi. Malah melalui postmortem itu juga dapat dirumuskan bahawa TBH semasa sampai ke impak masih dalam keadaan sedar. Sebab-sebab kesimpulan ini telah diuraikan secara biologi dan taksonomi.

Hasil postmortem juga telah mengabaikan kemungkinan terjadi pembunuhan (homocide) kerana tiada tanda-tanda kecederaan dan pergelutan dijumpai pada mayat TBH.

Melalui postmortem juga ditemukan, bahawa darah yang biasanya akan mengalir keluar daripada badan, apakah melalui telenga, mulut atau hidung sepertimana biasa terjadi pada mangsa jatuh dari bangunan tinggi atau kemalangan dengan impak yang kuat, tidak berlaku pada mayat TBH, sebaliknya darah mengumpal dalam rongga dada dan otak. Penemuan ini seolah-olah kulit telinga, kepala maupun hidung TBH terlalu liat, sehingga darah sepatutnya keluar semasa impak, tidak berlaku.

Jarang kita jumpai pada mayat-mayat yang dihantar untuk postmortem akibat kemalangan ngeri darah tidak memercik keluar, biasanya darah akan memercik. Namun kebiasaan ini tidak dijumpai pada mayat TBH.

Pihak pakar pathologi tidak menganalisis ada kemungkinankah bahan bius ada terdapat dalam jasad TBH. Ada kemungkinan kah TBH dibius kemudian dicampakkan. Bius yang berlebihan boleh mengakibatkan pam jantung menjadi lambat, kerana itu peredaran darah juga semakin lambat. Pada keadaan seseorang hampir mati lalu dicampakkan, kemungkinan darah tidak akan mercik,kerana peredaran darah telah hampir berhenti, kerana itu tendensi menembus rongga-rongga hidup, telinga maupun tempurung kepala tidak akan terjadi.

Jika teori ini ada kebenarannya, maka ada kemungkinan TBH mati bukan kerana sucide akan tetapi homocide. Melalui inkues ini, sebaiknya Gobind Singh Deo sebagai peguam keluarga TBH perlu memanggil semula pakar pathologi untuk bertanyakan perkara ini.

Jangan lupa tujuan inkues TBH ini adalah untuk merungkai sebab-sebab kematiannya, apakah kematian TBH disebabkan ada unsur sucide, homocide atau pun kemalangan.

Para saksi diperlukan untuk merungkai kejadian-kejadian yang berlaku sebelum TBH ditemukan mati. Melalui keterangan-keterangan ini lah koronor akan memilih penyebab kematian TBH apakah unsur sucide, homocide atau kemalangan.

Koronor dan Gobind Singh Deo perlu memanggil semula pakar-pakar pathologi tersebut untuk memberi pandangan kedua.

Kematian Teoh Beng Hock: Tan Boon Hwa Ada Kaitan Kah?

Bulkani Paharudin memberitahu prosiding inkues kematian Teoh Beng Hock bahawa beliau terdengar ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah memarahi Teoh dengan suara yang kuat dan tinggi di dalam tandas pejabat SPRM Selangor, beberapa jam sebelum Teoh ditemui mati.

Penolong Penguasa SPRM Putrajaya, Bulkani Paharuddin berkata kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi ketika beliau mengiringi Tan ke tandas.

"Sewaktu Tan masuk ke dalam tandas, saya berdiri di luar pintu tandas dan tidak lama selepas itu seorang lelaki Cina yang berseluar putih dan berbaju gelap (Teoh) datang dari arah bertentangan saya dan terus memasuki tandas yang sama.

"Ketika saya pusing nak berjalan semula ke arah pantry saya terdengar suara Tan memarahi lelaki berbaju gelap dan berseluar putih dalam bahasa Mandarin dengan menyebut 'ni lor' iaitu 'awaklah' dalam nada kuat dan tinggi.

"Bagaimanapun saya tidak mendengar respons atau jawapan daripada seorang lagi lelaki itu (Teoh)," katanya.

Bulkani kemudian menjelaskan beliau memahami bahasa Mandarin kerana pernah mendapat pendidikan di sekolah Cina dari darjah satu sehingga darjah enam.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai lepas di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di plaza itu.

Kepada soalan peguam Tan Hock Chuan yang mewakili kerajaan Malaysia berapa lama insiden itu berlaku, saksi itu berkata beliau hanya berada di luar tandas kira-kira dua minit sebelum berjalan ke pantri untuk menghabiskan makanan yang ditinggalkannya ketika mengiringi Tan ke tandas.

Seterusnya saksi ke-22 itu berkata kira-kira lima minit selepas insiden itu, beliau melihat Tan berjalan melepasi pantri dan beliau tidak bertanyakan apa-apa (mengenai insiden dalam tandas) kepada ahli majlis itu.

Ketika ditanya Hock Chuan bagaimana beliau boleh mengetahui bahawa lelaki berseluar putih dan berbaju gelap itu adalah Teoh, Bulkani berkata beliau dapat mengecam Teoh setelah beberapa kali melihat gambar Teoh disiarkan di televisyen ekoran penemuan mayat mangsa di tingkat lima bangunan Plaza Masalam.

"Selepas beberapa hari televisyen tunjuk gambar Teoh, kemudian baru saya teringat dialah lelaki yang saya terjumpa di tandas yang memakai seluar putih dan berbaju hitam," katanya, sambil menambah selepas insiden di tandas itu beliau tidak lagi berjumpa Teoh sehinggalah mangsa ditemui mati pada hari yang sama.

Terdahulu, Bulkani berkata beliau dan dua lagi pegawai SPRM ditugaskan untuk mengiringi Tan dari rumahnya di Balakong ke pejabat SPRM Selangor bagi tujuan membantu satu siasatan.

Ketika disoal peguam pemerhati keluarga Teoh, Gobind Singh Deo, sama ada beliau mengetahui berapa ramai yang keluar atau masuk tandas ketika insiden itu berlaku, Bulkani berkata beliau tidak tahu kerana tidak masuk ke dalam tandas dan tidak menunggu lama di luar tandas.

"Jadi kamu tidak lihat siapa yang bersuara kerana kamu tidak masuk dan berada lama di luar tandas?" soal Gobind dan Bulkani menjawab: "Ya, tetapi saya anggap itu suara Tan, suara lain saya tidak dengar."

Gobind: Tan menafikan mengenai insiden itu dan saya cadangkan kamu tidak tahu siapa sebenarnya yang bersuara kepada lelaki berseluar putih dan berbaju gelap itu (Teoh).

Bulkani: "Saya yang bawa Tan ke tandas."

Kepada soalan Gobind sama ada beliau terlibat dalam kumpulan yang menyoal siasat Tan pada malam 15 Julai, Bulkani berkata beliau tidak terlibat, cuma ada bertanyakan beberapa soalan kepada Tan di bilik ping-pong bersama seorang lagi pegawai SPRM.

Gobind: Saya cadangkan yang segala kenyataan kamu tentang insiden di tandas itu adalah penipuan semata-mata.

Bulkani: "Saya tidak tipu".

Sementara itu, penolong kanan penguasa SPRM Selangor Raymond Nion John Timban dalam keterangannya pada prosiding hari ke-21, berkata beliau ada ternampak Teoh bersama seorang lelaki Cina di ruang tamu bahagian pendidikan masyarakat di pejabat SPRM Selangor, kira-kira pukul 12.30 tengah malam, 16 Julai lepas.

"Masa itu saya tidak tahu siapa lelaki Cina itu kerana dia adalah orang luar dan semasa saya nampak Teoh bersama lelaki Cina itu tiada pegawai SPRM bersama mereka," katanya.

Seterusnya, saksi ke-23 itu berkata beliau sekali lagi ternampak Teoh sedang baring seorang diri di atas sofa di depan bilik penolong kanan penguasa SPRM Selangor Mohd Nadzri Ibrahim semasa beliau ingin meninggalkan pejabat kira-kira pukul 6 pagi (16 Julai).

Kepada soalan Hock Chuan sama ada beliau terlibat dalam siasatan dakwaan penyalahgunaan peruntukan kerajaan negeri Selangor oleh majikan Teoh, Yong, Raymond berkata beliau hanya terlibat pada peringkat permulaan kerana perlu mengendalikan dua kes lain yang dibicarakan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya dan Klang.

Ketika disoal Koroner Azmil Muntapha Abas, yang mengendalikan inkues, sama ada beliau ada ternampak sesiapa melalui pejabatnya sepanjang berada di pejabat SPRM Selangor, Raymond berkata beliau ada melihat Mohd Nadzri, pemangku Penguasa Kanan SPRM Selangor Mohd Anuar Ismail dan Timbalan Pengarah SPRM Selangor Hishamuddin Hashim lalu di depan pejabatnya kira-kira pukul 5.45 pagi (16 Julai) tetapi tidak mengingati mereka menghala ke arah mana.

Wednesday, October 21, 2009

Inkues Kematian Teoh Beng Hock: Beng Hock Dibunuh!! Pakar Thailand

Seorang pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand membuat pendedahan yang mengejutkan dalam inkeus kematian Teoh Beng Hock pagi ini dengan menyatakan bahawa setiausaha politik itu mungkin telah dicekik sebelum jatuh dari tingkat 14 Plaza Masalam.

Katanya, terdapat tanda bulat pada leher Teoh yang menunjukkan dia 'dicekik'.

Menurutnya lagi, retakan pada tengkorak Teoh bukan satu kecederaan akibat terjatuh.Manakala kecederaan pada lubang dubur Teoh, katanya, boleh disebabkan dicucuk dengan objek sebelum dia jatuh.Ini, katanya, berdasarkan kepada gambar-gambar yang diambil di tempat Teoh ditemui jatuh.

Dr Pornthip membuat kesimpulan bahawa kemungkinan 80 peratus Teoh dibunuh dan 20 peratus dia membunuh diri.Beliau juga tidak bersetuju dengan pandangan pakar-pakar forensik bahawa Teoh "jatuh dalam keadaan sedar" tetapi sebaliknya menegaskan bahawa mangsa mungkin tidak sedar.

Beliau memberi tiga sebab dalam membuat kesimpulan tersebut, iaitu:

1) Laporan bedah siasat menyatakan mangsa masih hidup ketika jatuh di tanah, tetapi beliau (Dr Pornthip) tidak menemui kecederaan untuk melindungi diri.

2) Beliau menemui luka-luka yang kelihatan berlaku sebelum mangsa jatuh.

3) Kecederaan pada bahagian dada adalah akibat impak awalan.

Beliau memberi keterangan sebagai saksi pakar di inkues tersebut yang diadakan untuk menentukan punca kematian Teoh.

Dr Pornthip adalah pengarah dan pengasas bersama Institut Pusat Sains Forensik Kementerian Keadilan Thailanad dan dianggap pakar dalam siasatan kes-kes pembunuhan yang rumit.

Teoh - setiausaha politik kepada exco Selangor, Ean Yong Hian Wah - ditemui mati selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14 Plaza Masalam berhubung dakwaan salahguna wang negeri pada 15 Julai lalu.

Tuesday, October 20, 2009

Inkues Kematian Teoh Beng Hock: Telepon Bimbitnya: Boleh Merungkai Kematiannya

Dalam kes Altantuya wanita mongolia yang di bunuh di puncak alam shah alam, analisis panggilan dan smses telepon milik azilah, sirul dan razak baginda secara luas dan signifikan membabitkan azilah dan sirul sebagai pembunuh wanita mongol tersebut.

Jika benar apa yang diberitahu oleh pegawai penyiasat sprm kes Teoh Beng Hock, mohd anuar ismail, bahawa beliau sering melihat TBH menggunakan telepon bimbitnya menghubungi seseorang berbangsa cina semasa siasatan terhadap maklumat tuntutan palsu yang dijumpai tersimpan melalui laptop dan cpu milik TBH, maka menganalisis panggilan bimbit TBH dari 15 Julai hingga 7.15 pagi 16 julai, kemungkinan besar dapat merungkai kematian misteri TBH.

Melalui mereka yang mendapat panggilan daripada TBH, dapat dirungkai state of mind TBH semasa siasatan. Di samping maklumat yang diberitahu oleh mohd anuar ismail, bahawa TBH begitu gelisah sekali semasa proses soal jawab dengan TBH dari 15 Julai hingga 3.30 16 julai.

Melalui analisis panggilan HP TBH, dapat diketahui, siapa-siapa yang dihubungi oleh TBH dalam masa antara 18:08:55 15 Julai hingga 7.15 16 julai. Apa kah melalui panggilan tersebut, boleh dikesan 2 orang cina yang masuk kepajabat sprm pada pukul 12.52 16 julai?

Analisis panggilan HP TBH lebih berbaloi dibanding surat yang menggambar kebrutalan Sprm Selangor seperti dakwaan Gobind Singh Deo pada hari ke-16 inkues kematian TBH.

Satu perkara yang boleh membantu merungkai kematian TBH adalah HandPhonenya. Kenapa HP TBH masih berada dalam simpanan pegawai SPRM? sedangkan menurut Sprm, TBH telah dibebaskan pada pukul 3.45 pagi 16 Julai. Pada kebiasaanya, apabila seseorang dibebaskan harta miliknya akan diberikan kepadanya semula. Tetapi tidak berlaku pada TBH. Malah beg sandangnya masih di atas sofa, di mana dia berbaring, dan diketahui pada jam 9 pagi 16 julai.

Boleh percayakah, bahawa anggapan Mohd Anuar Ismail, bahawa TBH meninggalkan beg sandangnya dan HP dan akan diambil semula, apabila TBH menghantar dokumen-dokumen yang diminta oleh Sprm?.

Masa kini HP adalah keperluan mutlak bagi sesiapapun, tanpaHP seolah-olah dunia ini gelap. Mungkin kah TBH sengeja meninggalkan HPnya? atau TBH masih dalam tahanan Sprm? dan jam yang mengatakan TBH dibebaskan pada pukul 3.45 pagi 16 julai merupakan satu ALIBI?

Satu persoalan lagi,apabila TBH didapati Mati pada 1.30 petang 16 Julai,kenapa tiada seorangpun pegawai Sprm mencoba menghubungi keluarganya memberitahu bahawa TBH dijumpai mati? Kenapa perlu menunggu sehingga jam 6 petang 16 Julai? Mayat TBH di bawah ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang pada kira-kira 9.55 malam 16 Julai, dan postmortem dijalankan pada pukul 12 Tengahari 17 Julai.

Blog Archive