Showing posts with label nik aziz. Show all posts
Showing posts with label nik aziz. Show all posts

Thursday, December 27, 2012

Hanya Nik Aziz Sendiri Kata Dia OK

Anda nampak tidak? apa perbezaan antara gambar di atas dan di bawah? Gambar atas Nik Aziz mengenakan jaket keselamatan, di mana sepatutnya tidak diperlukan, manakala gambar bawah beliau tidak mengenakan jaket yang sepatutnya perlu. Dua gambar ini menerangkan kepada kita, bahawa beliau tidak mempunyai kekuatan menjadi wakil rakyat lagi.

Sunday, February 05, 2012

Kalau Tok Guru dah rasa sedap-peduli apa- teruskan sahaja: Awang Selamat

Jika tidak silap, Nik Aziz, 81, adalah wakil rakyat paling lama dalam sejarah tanah air. Beliau mula menjadi calon pilihan raya pada tahun 1967.

“Jawatan Menteri Besar pula sudah empat penggal iaitu melebihi 21 tahun. Pun tidak cukup lagi,” tulis Awang dalam ruangan ‘Bisik-bisik Mingguan’ hari ini.

Menurut Awang lagi, tidak sangka dalam keadaan yang agak uzur, Nik Aziz masih mahukan jawatan tersebut.

Beliau juga menyindir Mursyidul Am itu yang dikatakan hendak menyampaikan taklimat kepada beliau juga sukar atas masalah pendengaran dan fikirannya yang tidak lagi tajam.

“Kenyataannya juga selalu mencelarukan, yang tidak mencerminkan beliau seorang Menteri Besar dan Mursyidul Am PAS.

“Itu belum menyentuh soal prestasi pentadbiran beliau yang dianggap lemah. Misalnya, isu air bersih, yang merupakan keperluan asas untuk rakyat Kelantan sehingga hari ini belum dapat diselesaikan.

“Tetapi Nik Aziz ada kuasa untuk mewajarkan kedudukannya sampai bila-bila yang beliau mahukan,” tulisnya lagi.

Awang mengakhiri ruangan berkenaan dengan mendakwa beliau sesungguhnya kasihankan Nik Aziz.

“Beliau sudah hilang keyakinan untuk mencermin diri dan memahami realiti. Apa pun, kuasa sememangnya mudah melekakan manusia. Kalau Tok Guru sudah sedap - peduli apa - teruskan sahaja.”

Thursday, December 22, 2011

Khabarnya Nik Aziz sakit?

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayob pada Khamis, menafikan desas-desus yang mendakwa Mursyidul Am parti tersebut, Datuk Nik Aziz Nik Mat sedang nazak,

“Tuan Guru tidak nazak dan apa yang saya tahu beliau sihat dan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan,” katanya semasa dihubungi mStar Online.

Isu berhubung tahap kesihatan Nik Aziz pernah dibangkitkan sebelum ini menerusi khabar angin yang mendakwa beliau sedang menderita kanser dan telah menamakan pengantinya.

Dakwaan tersebut dikatakan disiarkan oleh sebuah laman blog, bagaimanapun Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nik Mohd Omar Nik Abdullah menafikan dakwaan tersebut pada 8 Disember lalu.

Sebaliknya, beliau menambah Nik Aziz hanya mengalami masalah gastrik dan isu penganti tidak pernah dibangkitkan.

Saturday, December 03, 2011

Umno Kelantan: Bila Nik Aziz Nik Mat nak berundur?

Umno Kelantan mengulangi gesaan supaya Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat berundur dan memberikan laluan kepada pemimpin lain selepas 21 tahun mentadbir negeri itu.

Perwakilan Umno Kelantan, Mohd Afandi Yusoff Berkata, pemimpin Umno yang dahulunya turut digesa pembangkang berhubung perkara sama - seperti bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi - sudah pun berbuat demikian.

"Dulu tanya Tun Mahathir dan Pak Lah bila hendak berhenti. Tetapi menteri besar Kelantan sampai hari ini enggan berundur, walaupun sudah tua," katanya.

Berucap membahaskan usul agama, pendidikan dan sosial di perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini, Mohd Afandi berkata, sudah sampai masanya kini peluang diberikan kepada orang lain.

Umno dan BN, tambahnya lagi, bila-bila masa bersedia mengambil kembali teraju pemerintahan negeri itu.

Sementara itu, Mohd Afandi juga mendakwa, sepanjang dua dekad PAS memerintah Kelantan, tiada usaha menjadikannya negara berkebajikan seperti yang dicanangkan.

"Selepas 21 tahun, HIV di Kelantan tertinggi di negara ini. Sepanjang memerintah Kelantan, apa yang dibawa PAS? Ini menjukkan tiada keberkatan," katanya.

Friday, June 17, 2011

Nik Aziz akui Pemberian Subsidi Kerajaan BN juga adalah Kebajikkan

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui usaha kerajaan pusat pimpinan Barisan Nasional (BN) menyediakan pelbagai subsidi dan bantuan adalah satu bentuk kebajikan biarpun tidak menepati konsep negara berkebajikan yang ingin dilaksanakan oleh parti PAS. Katanya pemberian subsidi dan bantuan kerajaan pusat itu merupakan satu kebajikan untuk rakyat biarpun kerajaan pusat terpaksa menanggung beban perbelanjaan yang besar bagi menyempurnakan tujuan itu.

"Kebajikan juga (pemberian subsidi dan bantuan kerajaan oleh pusat) tetapi tidak mencerminkan kebajikan yang dimaksudkan Pas," katanya menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, di sini, Jumaat.

Nik Abdul Aziz berkata demikian untuk menjelaskan kepada masyarakat di Kelantan dan anggota Pas mengenai perbezaan kebajikan yang dilaksanakan kerajaan persekutuan dengan konsep negara berkebajikan oleh PAS.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar Tahunan Ke-57 parti itu dua minggu lalu langsung tidak menyentuh mengenai konsep negara Islam dan undang-undang hudud seperti mana sebelumnya, sebaliknya menumpukan perhatian kepada konsep membangun negara berkebajikan.

Ekoran itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perjuangan baru Pas untuk memperjuangkan 'negara berkebajikan' membuktikan kejayaan sekutunya, DAP menukar hala tuju perjuangan asal parti itu untuk membentuk sebuah negara Islam.

Ketika ditemui pemberita selepas ceramahnya, Nik Abdul Aziz menjelaskan lebih lanjut mengenai negara berkebajikan berikutan timbul rungutan anggota PAS terhadap perubahan dasar parti itu.

Beliau berkata konsep negara berkebajikan yang menjadi slogan baru Pas tidak akan menjejaskan dasar parti itu untuk mewujudkan negara Islam. -BERNAMA

Wednesday, December 09, 2009

Saat Nik Aziz Tersepit

Sokongan rakyat Kelantan kepada Datuk Nik Aziz Nik Mat kini amat bermakna, lebih-lebih lagi ketika Tok Guru yang disegani itu berhadapan dengan tekanan baru apabila anggota keluarganya sendiri terseret dalam kontroversi politik di negeri itu.

BN sedaya upaya mereka menggunakan peluang tersebut bagi meruntuhkan pentadbiran Kelantan bawah PAS dengan memanipulasi isu-isu berkaitan menteri besarnya.

Namun menurut seorang exco kerajaan negeri Datuk Takiyuddin Hassan, tekanan yang kini ditanggung tokoh besar PAS itu bukanlah sesuatu yang baru.

"Sebagai pemimpin, isu-isu ini biasalah (bagi Nik Aziz), sebab dia tentu ada pesaing-pesaing politik. Tapi secara keseluruhannya, apa-apa sumbangan yang dia telah buat itu masih mengatasi apa juga isu melibatkan keluarga atau peribadinya," katanya.

Beliau bagaimanapun mengakui isu-isu yang berlarutan sejak akhir-akhir ini, termasuk melibatkan penajaan haji dan karenah individu-individu terdekat dengan menteri besar itu boleh mempengaruhi persepsi rakyat terhadap ulama tersebut.

"Tapi orang masih boleh nampak sumbangan (Nik Aziz) lebih besar daripada isu ini. Kepemimpinannya masih lagi mantap dan diterima oleh rakyat," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Isu tajaan ini timbul apabila Nik Aziz menyatakan kesudian untuk menerima tawaran mengerjakan haji daripada seorang pengarah sebuah syarikat.

Penajaan itu dilaporkan turut melibatkan isteri Nik Aziz, anaknya Nik Amalina dan suami Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang bergelumang dalam satu lagi kontroversi.

Namun, mursyidul am PAS kemudiannya bertukar fikiran pada 13 November selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan membuka kertas siasatan kes tajaan berjumlah hingga ratusan ribu ringgit atau RM65,000 seorang.

"Setahu saya isu ini masih lagi dalam siasatan. Jadi tak boleh kata beliau bersalah," kata Takiyuddin lagi.

Selain isu tajaan haji, Nik Aziz juga menerima kritikan hebat kerana didakwa mengamalkan nepotisme dengan melantik Abdul Ariffahmi untuk menerajui PMBK September lalu - sehingga mendorong exco Pemuda PAS negeri itu diminta meletakkan jawatannya.Abdul Ariffahmi kemudiannya berkata beliau akan menyerahkan notis tiga bulan pada 24 Disember ini, walaupun mengumumkan untuk berbuat demikian sebulan lebih awal, dan peletakan jawatannya berkuatkuasa 23 Mac tahun depan.Menurutnya, ia terkandung dalam syarat pelantikannya dulu serta untuk memberi masa beliau menyelesaikan kerja-kerja yang telah diputuskan oleh lembaga pengarah PMBK.Bagaimanapun, semalam Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkeras bahawa Abdul Ariffahmi mesti meletakkan jawatan serta-merta bagi memelihara etika korporat.

Desakan Mahfuz itu selepas muncul pergeseran terbuka antara penulis blog Kickdefella Syed Azidi Syed Abdul Aziz, juga pegawai perhubungan awam PMBK yang telah dipecat oleh Abdul Ariffahmi, dengan Nik Amalina dan suaminya. Dalam pada itu, Umno Kelantan pula mengambil kesempatan untuk menekan Nik Aziz agar meletak jawatannya dalam satu demonstrasi awal bulan ini - isunya termasuk ugutan untuk berdoa bala terhadap perdana menteri dan Umno berhubung bayaran royalti petroleum.

Demonstrasi itu muncul di tengah-tengah himpitan kontroversi yang melingkari Nik Aziz, termasuk dakwaannya "Kolonel Mat" sebagai dalang untuk menjatuhkan beliau - nama misteri yang membuatkan semua pihak tertanya-tanya.

Rentetan itu, satu perhimpunan balas diadakan selepas tokoh PAS itu menyampaikan kuliah Jumaatnya di Kota Bharu minggu lalu.

"Kalau kita buat (perhimpunan), orang akan kata begitu (sebagai perhimpunan balas). Tapi kalau kita tak buat perhimpunan, orang akan tanya kenapa tak buat?

"Ada isu yang perlu kita tunjuk (sokongan), dan ada juga yang kita tak perlu tunjuk. Kita tak perlu pun buat perhimpunan dan rakyat tetap akan sokong kita.

"Tapi kalau kita tak tunjuk, Umno akan kata mereka betul dan (tuduh) kita cuba sorok isu. Jadi itulah pertimbangan yang kita ambil," kata Takiyuddin lagi.

Susulan gesaan supaya Nik Aziz meletak jawatan, timbul pula desas-desus siapa pengganti tokoh berkenaan, termasuk seorang exconya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mencadangkan "pelan peralihan kuasa" dibentangkan.

Exco kanan kerajaan negeri Datuk Husam Musa, yang dianggap anak didik Nik Aziz, pula mengambil sikap enggan menerima jawatan panas tersebut walaupun sering disebut-sebut sebagai pengganti menteri besar.

Bagaimanapun Takiyuddin menyifatkan isu pengganti juga “soal biasa” kerana jawatan sebagai menteri besar itu secara hirarkinya telah mempunyai pengganti – timbalan menteri besar Datuk Ahmad Yaakob.

"Pengganti itu soal biasa, apatah lagi bila dalam konteks beliau sebagai MB. Secara (hirarki) beliau sudah ada timbalan. Kalau ada apa-apa yang berlaku, maksudnya pengganti itu sudah ada," katanya.

Tambahnya, yang dianggap musuh politik Husam, soal pengganti Nik Aziz juga sengaja ditimbulkan pihak tertentu sebagai satu lagi tekanan kepada pentadbiran negeri dan PAS Kelantan.

"Tapi mungkin isu itu ditimbulkan sebab sesetengah orang nak perkara itu disebut juga supaya lebih jelas, saya tidak mahu sebutlah pihak mana,” kata Takiyuddin.

"Tapi kalau tidak disebut pun tidak menjadi masalah kepada pentadbiran negeri, dalam PAS atau di kalangan rakyat sendiri.

"Umno itu tidak usah kiralah. Sebab bagi mereka (Umno), kalau tidak ada tok guru, mudah bagi mereka untuk ambil kembali Kelantan."

Jelasnya lagi, Kelantan tidak hanya bergantung kepada Nik Aziz kerana negeri itu juga mempunyai barisan pemimpin yang masih mampu meneraju parti dan pentadbiran kerajaan.

Setiausaha perhubungan PAS negeri Mohd Zaki Ibrahim berpendapat, kontroversi di sekitar Nik Aziz "sudah selesai" tetapi tokoh itu dilihat masih terbeban dengan isu-isu berkenaan kerana ia terus diulas melalui media sehingga memberi gambaran yang tidak tepat.

"Tok guru sendiri sudah selesaikan isu tersebut. Dia sudah beritahu tidak mahu pergi haji. Ariffahmi juga sudah letak jawatan, jadi dikira perkara ini sudah selesai," katanya.

"Isu jadi besar bila dimainkan media, ditambah lagi dengan orang Umno yang ambil kesempatan untuk desak dia letak jawatan."

Friday, December 04, 2009

Pas Kelantan Sokong Penuh Tok Guru Nik Aziz

PAS Kelantan pada Jumaat menyatakan pendirian dan sokongan penuh terhadap kepimpinan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam menangani kemelut yang berlaku dalam pentadbiran dan politik di negeri itu termasuk tuntutan royalti minyak daripada kerajaan pusat.

"PAS Kelantan tetap memberi sokongan dan taat setia yang tidak berbelah bagi terhadap kepimpinan Nik Aziz dalam pentadbiran dan parti," kata Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri Mohd Zaki Ibrahim ketika berucap di majlis perhimpunan bagi menyatakan sokongan kepada Nik Abdul Aziz yang dihadiri kira-kira 3,000 penyokong di Dataran Ilmu di sini.

Perhimpunan itu diadakan sempena kuliah mingguan Mursyidul Am PAS itu di dataran itu yang bermula 8 pagi. Hadir sama, Exco kanan kerajaan negeri, Datuk Husam Musa yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri.

Beberapa sepanduk dan kain pemidang turut dipasang di sekitar lokasi itu sebagai tanda sokongan dengan sebilangan anggota Pemuda parti memakai lilit kepala berwarna merah yang bertulis "We Love Tok Guru".

Mohd Zaki yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Kelaboran, kemudiannya menyerahkan memorandum sokongan kepada Nik Abdul Aziz.

Friday, November 27, 2009

Jangan Larang Bapa Saya Letak Jawatan: Nik Abduh

Anak Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap tiada pihak yang yang melarang ayahnya meletak jawatan jika beliau berhasrat berbuat demikian "kerana ayahanda telah tua dan keletihan".

"Ayahanda telah tua dan keletihan. Dia telah memberi yang terbaik. Jika suatu hari dia menyebut hasrat meletakkan jawatan, jangan ada yang bodoh datang mengatakan tidak dan jangan," tulis Nik Abduh Nik Aziz dalam blognya semalam..

"Jika tidak, saya akan memanggilnya, 'Wahai si bodoh!', tulis Nik Abduh Nik Aziz yang juga exco Dewan Pemuda PAS pusat.Tulisan Nik Abdul itu menyemarakkan lagi spekulasi mengenai kemungkinan berlakunya peralihan kuasa dalam barisan kepimpinan di Kelantan. Nik Aziz yang juga mursyidul Am PAS, memegang jawatan menteri besar Kelantan sejak 19 tahun yang lalu.Sebelum ini, terdapat cadangan supaya Nik Aziz menamakan bakal penggantinya lebih awal supaya tidak timbul kekalutan apabila tiba masanya beliau melepaskan jawatan.

Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah dilaporkan berkata, proses peralihan yang lebih panjang secara terancang dapat memastikan kestabilan dalam parti.

Bagaimanapun, exco Kanan negeri, Datuk Husam Musa, antara yang disebut-sebut sebagai pengganti Nik Aziz pula dilaporkan tidak berhasrat dan tidak mahu namanya dikaitkan dengan perkara itu.

Satu lagi nama yang disebut-sebut, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang juga timbalan pesuruhjaya PAS negeri.Beliau yang baru pulang daripada perkhemahan Pemuda PAS di Sepang baru-baru ini juga akur terhadap desas-desus peletakan jawatan yang mengocak politik Kelantan mahu dinafikannya sebelum ini.

Katanya, melalui kiriman SMS yang diterimanya, terdapat juga ura-ura peletakan jawatan seorang pemimpin kesayangan Nik Aziz.

Dalam artikel panjang berjudul 'Abdul Ariffahmi Abdul Rahman – Moga Awan Berarak Lalu', Nik Abduh mempertahankan bekas ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu yang didakwanya tidak harus dibiarkan bersendirian mempertahankan diri.

Beliau dlihat menyerang balas bekas pegawai perhubungan korporat PMBK, Syed Aziz Syed Abdul Aziz yang dipecat Abdul Ariffahmi pada 11 November lalu dan kemudiannya mendedahkan di blog dakwaan salah urus menantu Ni Aziz itu.

Nik Abduh menyifatkan tulisan Syed Azidi - penulis blog Kickdafella itu - sebagai "hukuman melalui tulisan" dan "sama seperti hakim yang menghukum dalam keadaan mabuk kedarah arak terlarang."

Nik Abduh - yang sebelum ini yang mencetuskan kontroversi apabila mengkritik sesetengah pembantu Nik Aziz sebagai "ulama mi celup" - kini dilihat konsisten mengulanginya.

"Saya tahu mereka tidak menyetujui pelantikan (Abdul) Ariffahmi. Tetapi mereka telah berusaha untuk membantu menjadikannya harapan yang terlangsai buat ayahanda.

"Tetapi ada yang tidak begitu. Ada yang hanya berusaha untuk membersih diri sendiri dan meninggalkan ayahanda dalam perangkap dan kekeliruan.

Nik Abduh juga mengumumkan hasranya melepaskan semua jawatan politik dan ahli Majlis Perbandaran Kota Bharu bermula tahun depan bagi "membuka buku baru".

Friday, November 13, 2009

Nizar News: Pendedahan Syarikat Penaja Naik Haji Nik Aziz

Saya baru sahaja diberitahu bahawa syarikat yang ingin menghantar Nik Aziz untuk mengerjakan ibadah haji adalah Abroad Technology Centre Sdn Bhd, syarikat ini mendapat hak ekslusif memasang Billboard di seluruh Kelantan di bawah Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Seperti yang kita sedia maklum bahawa PMBK diterajui oleh menantu Nik Aziz bernama Ariffahmi. Pakej yang telah diberi oleh Abroad Technology ini berharga RM65,000 satu kepala kepada Nik Aziz dan keluarga.

Yang akan mengikuti rombongan haji tajaan syarikat yang telah disebut di atas tadi ialah, Nik Aziz dan isteri, Menantu Nik Aziz (Ariffahmi) dan isteri, setiausaha sulit Nik Aziz beserta dengan Nordin (tuan punya Abroad Technology) dan isteri!

Kesemua pakej rombongan diatas dibuat bayarannya melalui TH Travel Sdn Bhd!

Syarikat ini menaja Nik Aziz dan keluarga semata-mata untuk membalas BUDI-BAIK yang telah diberikan oleh PMBK melalui hak ekslusif pemasangan Billboard seluruh Negeri Kelantan. Apakah harus kita panggil dengan URUSNIAGA ini? Sedekah atau Rasuah!

Info ini telah diberi oleh YB Dato Alwi Che Mat yang merupakan Ketua Pembangkang DUN Kelantan, Dato Alwi juga mempunyai semua dokumen-dokumen berkenaan seluruh urusniaga ini. Nantikan pendedahan seterusnya!

Friday, October 02, 2009

Nizar-Pas; Sokong Hassan Ali Bidas Khalid Samad

Nizar-Pas tak setuju pendirian Khalid Samd-Pas seperti yang ditulis dalam blog wakil rakyat Shah Alam itu.

Bagi Nizar- Hassan Ali betul dan berjaya sebagai persuruhjaya Pas Selangor.Nizar berkata- Nik Aziz pun selalu berkata kesetian kepada pemimpin adalah tiang kekuatan Pas selama ini, kerana itu Pas sekarang semakin mendapat perhatian dan sokongan rakyat.Berikut adalah paparan Khalid samad melalui bolgnya yang menemplak Hassan Ali.

Wala' atau kesetiaan kepada pemimpin yang sebenar tidak harus mengenepikan kepentingan strategi, dengan mengutamakan dasar-dasar yang boleh dipertikaikan semata-mata, seperti isu Melayu-Islam, kata seorang pemimpin PAS Selangor.

Khalid Samad berkata, strategi yang ditetapkan PAS telahpun mengambil kira dasar-dasar yang didukungnya, maka pemimpin-pemimpinnya perlu akur dengan arahan berkenaan.

Beliau turut menyindir pemimpin parti Islam itu yang didakwanya cuba berselindung di sebalik slogan yang menarik seperti "dasar mesti sentiasa diutamakan berbanding strategi" dan "PAS dijunjung atas kepala, Tahaluf Siyaasi (kerjasama politik) hanya di paras bahu".

Menulis di dalam blognya hari ini, Khalid juga berkata pemimpin-pemimpin PAS perlu berusaha mengukuhkan Pakatan Rakyat dan bukannya "sengaja mencari perbalahan."

"Mereka yang berusaha untuk menggagalkan PR (Pakatan Rakyat) dengan membawa soal Melayu-Islam, merekalah yang tidak wala'... walaupun mereka merupakan pemimpin!" tegasnya dalam tulisan di www.khalidsamad.com itu, tanpa menamakan individu yang dimaksudkan.

Ini merupakan tulisannya yang kedua di laman tersebut, yang dilihat cuba menjelaskan pendiriannya berhubung pergeseran yang timbul di antara beliau dengan pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali berhubung soal wala' (patuh) kepada kepemimpinan parti.

"Dan disinilah perlunya wala' yang sebenar. Iaitu patuh kepada arahan berhubung strategi, persoalan yang boleh dipertikaikan, tidak seperti hukum dan dasar. Namun ianya tidak dipertikaikan kerana keputusan telah pun dibuat dan kita wala'," tulisnya lagi hari ini.

'Ambil kira dasar'

"Untuk makluman, semua strategi ditetapkan mengambil kira dasar yang ingin diperjuangkan. Oleh itu tidak akan bercanggah satrategi dan dasar sekiranya dikaji dan difahami dari sudut menyeluruh.

"Ianya hanya kelihatan bercanggah, seperti Perjanjian Hudaibiyyah, tetapi sekiranya difahami dari sudut yang tepat, tiada penggadaian dasar yang telah dilakukan. Kukuhkan PR dan jangan sengaja mencari perbalahan. Tak perlu timbul soal 'atas bahu ataupun atas kepala'," katanya lagi dalam tulisan yang sarat dengan kiasan berkenaan.

Jelasnya lagi, strategi yang dimaksudkan dalam tulisan tersebut adalah gabungan Pakatan Rakyat yang disifatkan seperti perjanjian damai Hudaibiah di antara penduduk Mekah pada tahun 628.

Beliau turut mendakwa terdapat golongan tertentu di dalam PAS yang ingin melaga-lagakan antara PAS Selangor dan Pakatan Rakyat Selangor dengan membangkitkan soal perjuangan Islam.

"Saya dengar akan ada usaha untuk terus melagakan PAS Selangor dengan PR Selangor... Maka akan berkatalah golongan ini 'Islam dijunjung di kepala, tahalluf (kerjasama) dijunjung di paras bahu'," katanya, juga tanpa menamakan golongan terlibat.

Mesti patuh strategi

"Saya harap yang membaca memahami; yang ingin pertahankan PR di Selangor adalah sama seperti mereka yang mampu melihat kebijaksanaan Perjanjian Hudaibiyyah dan akur dengannya. "Yang melenting-lenting dengan ucapan bersemangat adalah seperti mereka yang membantah Perjanjian tersebut dan ingin terus mempertikaikannya. Kalau anda salah seorang dari mereka, hentikanlah," katanya lagi.

Khalid turut menempelak individu-individu berkenaan yang mengetepikan kepentingan parti apabila tidak mengutamakan strategi dan perjanjian yang telah ditetapkan oleh PAS Pusat.

"Harap faham. Strategi yang ditetapkan mesti dipatuhi. Perjanjian yang merupakan sebahagian dari strategi, mesti dituruti.

"Kalau kita ketepikan strategi dan perjanjian yang telah ditetapkan oleh PAS Pusat, atas apa alasan sekalipun, kita meletakkan PAS di tapak kaki kita, bukan di kepala ataupun di bahu kita!

"Atau apakah mungkin ada yang tidak kenal mana tapak kaki, yang mana bahu dan yang mana kepala?," soalnya.

Monday, September 28, 2009

Lambang Bulan: Habis Manis Sepah Dibuang: Ibrahim Ali Tak Patut Buat 10 Hujah

Nik Aziz sudah memang layak untuk meletakan jawatan kerana makin lama TG memegang kuasa MB semakin banyak TG akan melalut.TG macam Samy Vellu yang kalau dah lama memegang kuasa makin besar kepala dan melalut.Inilah akibat kerana terlalu lama berada ditampuk kuasa.

Kerana itulah perang mulut' antara Datuk Ibrahim Ali dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengulangi desakan supaya Ahli Parlimen Pasir Mas itu meletakkan jawatannya semakin memuncak.

Hari ini, Ibrahim yang bertanding sebagai calon Bebas dengan 'meminjam' logo Pas pada pilihan raya umum lalu menggariskan 10 hujah kenapa Nik Abdul Aziz mesti mengosongkan kerusi Menteri Besar Kelantan yang disandangnya sejak 1990.

Berikut adalah 10 hujah yang dikemukakan oleh Ibrahim:

  • Nik Abdul Aziz sudah terlalu lama bergelar wakil rakyat dan Menteri Besar. Beliau adalah 'barang lama' manakala naluri manusia pula sentiasa berkehendakkan sesuatu yang baru.
  • Beliau sudah nyanyuk kerana bercakap tanpa usul periksa apabila menerima maklumat selain melupakan jasa Ibrahim yang bekerjasama sewaktu kerajaan Pas Kelantan berada pada kedudukan getir.
  • Kerap uzur sedangkan kesihatan yang baik adalah syarat utama untuk menjadi ahli politik.
  • Tidak menumpukan kepada tugasnya sebagai Menteri Besar kerana asyik berceramah selain diperalat oleh beberapa individu dalam Pas Kelantan.
  • Tidak cekap mentadbir dan jauh sekali mempunyai idea dan kreativiti yang amat diperlukan dalam era dunia tanpa sempadan.
  • Menjadi alat kepada DAP walaupun parti itu secara terang-terangan menentang pelaksanaan negara Islam yang menjadi cita-cita Pas.
  • Menjadi alat kepada pakatan pembangkang untuk menghalalkan agenda memecahkan perpaduan umat Islam dan bangsa Melayu selain mempergunakan Islam untuk kepentingan politik.
  • Ramai pemimpin Pas Kelantan dan pusat mahu beliau meletak jawatan cuma mereka tidak berani bersuara.
  • Mempunyai sikap riak dan takbur kerana menganggap hanya beliau sahaja yang betul dari segi Islam sehingga sanggup menghukum bahawa ibadah orang yang tidak sehaluan dengannya tidak diterima Tuhan.
  • Gagal mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat Kelantan walaupun mempunyai kekuatan modal insan yang rajin bekerja selain kaya dengan hasil bumi, budaya mahupun kepelbagaian makanan.
Sewaktu dihubungi Utusan Malaysia, Ibrahim menjelaskan tindakan beliau itu tidak bermotifkan dendam peribadi sambil mengakui beliau juga mempunyai kelemahan. "Walaupun pahit saya kena bercakap sebab orang lain tak berani, saya tahu perkara ini akan menyebabkan saya 'dibelasah' dalam blog tapi saya menerimanya dengan senang hati.

"Saya tiada masalah peribadi dengan Nik Aziz, beliau nak kecam saya, hukum saya masuk neraka pun saya tak kecil hati tetapi saya kena tegur untuk kebaikan agama bangsa dan negara," katanya. Semalam, Nik Abdul Aziz mengulangi desakan supaya Ibrahim meletak jawatan jika mahu amal solehnya diterima Allah kerana rezeki yang diperoleh melalui jawatan tersebut adalah 'tidak betul'. Desakan itu dibuat ekoran tindak tanduk politiknya yang semakin bertentangan dengan hala tuju Pas.

Friday, August 14, 2009

Dap boleh hina islam kata Nik Aziz

Nik Aziz berkias lagi. Kali ini Dap koboi Pas boleh menghina islam. lampu hijau Nik Aziz dah berikan. Alasanya Dap itu bukan islam. Asalkan bukan islam dan rakan Pas, maka boleh hina islam.

Kiasan kedua: Kenapa serang batang tubuh orang, seranglah dasar parti yang orang itu pimpin. Tetapi ada pengecualian, jika rakan Pas, Nik Aziz kata boleh, kerana itu suatu masa dahulu apabila Anwar menyerang pribadi Tun Mahathir dan Najib, Nik Aziz kata boleh.

Apabila orang melayu bukan penyokong Pakatan atau ahli pakatan menyerang pribadi seseorang boleh, akan tetapi apabila bukan penyokong pakatan atau ahli pakatan, tidak boleh, kerana Nik Aziz malu dengan orang melayu.

Perjuangan Nik Aziz terlalu terpesong, bermula dengan mengatakan Tuhan itu mencarut, Ahli Umno tidak beriman, kafir, kerana berkerjasama dengan orang bukan islam. Coba tilik-tilik ada kah parti-parti bukan islam yang bergabung dalam BN pernah menghina islam?

Nik Aziz terlalu taksub dengan Dap, terlupa pada suatu ketika Lim Kit Siang nak salam Hadi Awangpun tak nak, sekarang bukan lagi salam, akan tetapi menghina bangsa, raja, agama pun halal bagi Nik Aziz.

Diharapkan lah bagi mereka-mereka yang masih menyokong Pas, kena fikir-fikir dan telaah baik-baik, apa kah tindak tanduk Nik Aziz ini. Jangan kerana seorang, melayu dipijak-pijak di bumi sendiri.

Blog Archive