Showing posts with label Rumah Terbuka Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Rumah Terbuka Hari Raya. Show all posts

Saturday, April 22, 2023

SAMBUTAN RAYA TIDAK SEMERIAH SEBELUM PANDEMIK COVID-19

MUNGKIN rakyat taruma kesan pandemik Covid-19 sehinggakan sambutan hari raya tahun ini tidak semeriah sebelum virus pembunuh itu melanda negara.

Pantang bagi virus itu mana-mana kelompok manusia berkumpul, kerana pada keadaan itu lah cepatnya merebak.

Tidak sedikit keluarga kehilangan orang tersayang kerana virus itu, kerana jangkitan termasuk terjangkit pada majlis kumpul-kumpul seperti sambutan hari raya.

Amaran tentang varian baru virus itu pada sambutan raya kali ini, mengingatkan ramai rakyat tentang bahayanya virus pembunuh itu.

Ajal maut adalah ketentuan Ilahi, namun manusia juga diseru beriktihar. Iktihar itu termasuk lah mengurangkan aktiviti berkumpul seperti majlis rumah terbuka.

Benar kah sambutan raya tidak semeriah tahun ini semata-mata kerana mereka yang menyambutnya teringat virus Covid19? Atau kah faktor lain?

Penulis berkongsi dengan pengalaman penjual sarung ketupat yang mana pada tahun ini pendapatan menerusi menjual sarung ketupat tidak seperti sebelum PKP. Masa itu, sekurang-kurangnya jualan purata RM250 sehari, tahun ini, hanya antara RM20-RM40 sehari. Tidak pasti apa kah sebabnya sangat rendah mereka yang membeli sarung ketupat yang dianyam menggunakan daun kelapa muda itu, sedangkan hari raya sinonim dengan KETUPAT!!!.

Apa kah rakyat sudah menggantikan ketupat dengan juadah lain seperi lemang? Kerana penulis sepanjang 30 hari ramadan kali ini melihat tukang tuai bambo di Taman Tun Puad Bukit Padang, Kota Kinabalu berberkas-berkas bambo diangkut. Penulis tidak pasti, apa kah DBKK yang mengawal Taman itu membenarkan penuaian bambo itu?,

Penulis sejak sekian lama apabila tiba hari raya hanya membeli kuih muai yang siap di bungkus di pasaran. Jarang sekali membuat kuih mui sendiri. Pada kali ini, penulis sangat perasaan betapa berbezanya harga jualan berbanding sebelum PKP, kerana “cookies” yang sama, balang yang sama ukuran, telah naik harga 5 kali ganda.

Meriahnya sambutan raya relatif. Bagi mereka yang mempunyai kelebihan tentunya akan menjemput handai taulan, rakan-sahabat berkunjung ke rumah terbuka mereka, kerana dapat menyediakan juadah yang biasa dihidangkan, seperti rendang, ketupat,lemang, nasi kuning atau kuih-kuih tradisi. Bagi yang tiada persediaan sekadar menggunakan WhatsApp menghantar GIF ucapan hari lebaran, yang kreatif menghantar video dan grafik bergambar.

Menghantar ucapan menggunakan kaedah alam maya, tidak mengurangkan erti hari raya, tidak mengurangkan hubungan antara manusia, kerana ucapan seperti itu membuatkan sipengirim dan sipenerima saling ingat antara satu sama lain.

Benar lah kerana perubahan zaman, perilaku manusia juga turut berubah. Kini, sudah menjadi normal, apabila manusia dapat berhubung menerusi alam maya, tanpa pertemuan fizikal bukan lagi abnormal. Covid-19 benar-benar mengubah tingkah laku manusia. Kerana perubahan tingkah laku itu kemeriahan raya dengan membandingkan sebelum PKP sangat relatif kerana keadaan yang sudah berubah, walaupun ramai merasakan bahawa perubahan kemeriahan ada hubungan dengan kos sara hidup yang meningkat.

Tuesday, September 06, 2011

Rumah terbuka Hari Raya: Jadi isu politik di Sabah

Semalam selepas rumah terbuka Dewan Undangan Sabah (Dun Sabah, Speaker DUN Sabah DSP Salleh Said yang juga merangkap Timbalan Pengerusi UMNO Sabah, diminta memberi komen mengenai "no show" pemimpin Kanan LDP di Majlis Rumah Terbuka Kabinet negeri yang juga merupakan Rumah Terbuka Ketua Menteri Sabah-DSP Musa Aman.

Salleh berkata, mungkin para pemimpin Kanan tersebut mempunyai komitmen lain, namun yang menjadi negatifnya adalah apabila Hos Rumah terbuka DUN-Sabah tersebut membuat spekulasi dengan mengatakan, jika ketidak hadiran tersebut merupakan boikot, maka ianya tidak sihat dalam konteks hubungan antara parti dalam komponen BN.
Akan tetapi apabila Salleh menambah komennya bahawa pemimpin Kanan LDP menghadiri Rumah Terbuka ADUN Kimanis Datuk Rahim Ismail di Papar yang turut dihadiri oleh Datuk Safie Apdal, maka ianya menjadi isu politik.

Rumah Terbuka bertujuan murni agar supaya para pemimpin dapat berinterkasi antara satu sama lain selain bersama rakyat biasa dari semua peringkat. Namun apabila tujuan murni itu dijadikan isu politik, maka tujuan asalnya akan terpadam dengan sendirinya.

Rumah Terbuka Hari Raya adalah terbuka kepada semua, tiada sedikitpun unsur paksaan kepada sesiapa yang hadir. Jadi, seharusnya NO SHOW pemimpin tertentu tidak seharusnya dihighlight, kerana ianya akan menjadi polimek politik.

Rumah terbuka Perdana Menteri, ramai juga para pemimpin yang tidak sempat hadir, namun ianya bukan bermakna para pemimpin tersebut memboikot rumah terbuka PM.

Seingat AYT, sejak Rumah Terbuka bermula pada tahun 80-an, apakah Rumah Terbuka Hari Raya, Tahun Baru Cina, Hari Natal, Tadau Keamataan, Gawai atau Deepavali, inilah kali pertama Rumah Terbuka dijadikan isu politik.

Sementara itu Presiden LDP Datuk VK Liew apabila diminta memberi ulasan mengenai andaian yang diutarakan oleh Timbalan Perhubungan Umno Negeri Sabah tersebut, Presiden LDP itu berkata "Sebagai ahli politik yang matang kami tidak pernah memboikot mana-mana acara kerajaan" lagipun tambahnya, LDP telah mengutus Ketua Pemuda LDP Chin Shu Ying (Naib Presiden parti) dan seorang Ketua Bahagian Datuk Lee Chue Wen untuk menghadiri Rumah Terbuka Ketua Menteri bersama kabinet Negeri beragama islam yang berlangsung pada Hari Raya Kedua, di Stadium Likas, kerana pada masa yang sama, saya mempunyai majlis yang serupa di Kawasan saya di Parlimen Sandakan" ujarnya.

VK Liew agak terkilan, kerana Speaker DUN Sabah tersebut, tidak mendapat fakta yang benar sebelum membuat spekulasi, bahawa parti LDP melakukan boikot.

Blog Archive