Saturday, April 22, 2023

SAMBUTAN RAYA TIDAK SEMERIAH SEBELUM PANDEMIK COVID-19

MUNGKIN rakyat taruma kesan pandemik Covid-19 sehinggakan sambutan hari raya tahun ini tidak semeriah sebelum virus pembunuh itu melanda negara.

Pantang bagi virus itu mana-mana kelompok manusia berkumpul, kerana pada keadaan itu lah cepatnya merebak.

Tidak sedikit keluarga kehilangan orang tersayang kerana virus itu, kerana jangkitan termasuk terjangkit pada majlis kumpul-kumpul seperti sambutan hari raya.

Amaran tentang varian baru virus itu pada sambutan raya kali ini, mengingatkan ramai rakyat tentang bahayanya virus pembunuh itu.

Ajal maut adalah ketentuan Ilahi, namun manusia juga diseru beriktihar. Iktihar itu termasuk lah mengurangkan aktiviti berkumpul seperti majlis rumah terbuka.

Benar kah sambutan raya tidak semeriah tahun ini semata-mata kerana mereka yang menyambutnya teringat virus Covid19? Atau kah faktor lain?

Penulis berkongsi dengan pengalaman penjual sarung ketupat yang mana pada tahun ini pendapatan menerusi menjual sarung ketupat tidak seperti sebelum PKP. Masa itu, sekurang-kurangnya jualan purata RM250 sehari, tahun ini, hanya antara RM20-RM40 sehari. Tidak pasti apa kah sebabnya sangat rendah mereka yang membeli sarung ketupat yang dianyam menggunakan daun kelapa muda itu, sedangkan hari raya sinonim dengan KETUPAT!!!.

Apa kah rakyat sudah menggantikan ketupat dengan juadah lain seperi lemang? Kerana penulis sepanjang 30 hari ramadan kali ini melihat tukang tuai bambo di Taman Tun Puad Bukit Padang, Kota Kinabalu berberkas-berkas bambo diangkut. Penulis tidak pasti, apa kah DBKK yang mengawal Taman itu membenarkan penuaian bambo itu?,

Penulis sejak sekian lama apabila tiba hari raya hanya membeli kuih muai yang siap di bungkus di pasaran. Jarang sekali membuat kuih mui sendiri. Pada kali ini, penulis sangat perasaan betapa berbezanya harga jualan berbanding sebelum PKP, kerana “cookies” yang sama, balang yang sama ukuran, telah naik harga 5 kali ganda.

Meriahnya sambutan raya relatif. Bagi mereka yang mempunyai kelebihan tentunya akan menjemput handai taulan, rakan-sahabat berkunjung ke rumah terbuka mereka, kerana dapat menyediakan juadah yang biasa dihidangkan, seperti rendang, ketupat,lemang, nasi kuning atau kuih-kuih tradisi. Bagi yang tiada persediaan sekadar menggunakan WhatsApp menghantar GIF ucapan hari lebaran, yang kreatif menghantar video dan grafik bergambar.

Menghantar ucapan menggunakan kaedah alam maya, tidak mengurangkan erti hari raya, tidak mengurangkan hubungan antara manusia, kerana ucapan seperti itu membuatkan sipengirim dan sipenerima saling ingat antara satu sama lain.

Benar lah kerana perubahan zaman, perilaku manusia juga turut berubah. Kini, sudah menjadi normal, apabila manusia dapat berhubung menerusi alam maya, tanpa pertemuan fizikal bukan lagi abnormal. Covid-19 benar-benar mengubah tingkah laku manusia. Kerana perubahan tingkah laku itu kemeriahan raya dengan membandingkan sebelum PKP sangat relatif kerana keadaan yang sudah berubah, walaupun ramai merasakan bahawa perubahan kemeriahan ada hubungan dengan kos sara hidup yang meningkat.

No comments:

Blog Archive