Showing posts with label MH370. Show all posts
Showing posts with label MH370. Show all posts

Friday, August 25, 2017

Tragedi Yang Dipolitikkan- DS Najib Jadi Sasaran

1. Apabila manusia tidak mahu menerima takdir, maka sesuatu yang berkaitan dengan takdir dimanipulasi malah dijadikan isu politik.

2. Tragedi MH370 dan MH17, cuba dikaitkan dengan Dato Seri najib Razak, dengan dakwaan, atas sebab Perdana Menteri ke-6 itu menjadi Perdana Menteri, maka dua kemalangan udara itu berlaku.

3. Datuk Seri Najib tidak mengambil pendekatan mengkambing hitamkan pihak lain berhubungan dengan tragedi itu, tidak sama dengan tragedi 9/11, runtuhnya Twin Towers New York, kononnnya dilakukan oleh pengebom berani mati ekterimis islam, khususnya kumpulan Al-Qaeda.

4. Datuk Seri Najib sebagai seorang penganut agama islam, menerima tragedi itu sebagai suratan takdir, dan kemalangan seumpama itu boleh berlaku di mana-mana. 

5. Tragedi kapal terbang terhempas, ditembak jatuh bukan kejadian yang pelik, malah berdekad lamanya, masyarakat dunia menyaksikan berpuluh-puluh kemalangan telah berlaku.

6. Dengan kemudahan google, sesiapa sahaja boleh mengakses dan mengetahui, pesawat negara mana terhempas, ditembak jatuh, dan apa yang pasti pesawat-pesawat negara maju seperti Amerika, Perancis Great Britin, Russia, China, Jepun, Korea Selatan, malah di negara jiran Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina, telah mendapat musibah serupa.

7. Mengapa tragedi seperti MH370 dan MH17 dikaitkan dengan Najib? sebabnya, rakyat Malaysia kekurangan isu yang boleh memalitkan Perdana Menteri ke-6 negara itu.

8. Memang benar, banyaknya isu-isu dalam negara yang berlaku, yang disebabkan oleh karenah pihak lain, antara lain isu-isu rasuah, isu-isu penipuan, isu-isu penyelewengan, yang disebabkan oleh pihak-pihak tertentu yang diwarisi daripada pemerintahan terdahulu.

9. Mereka yang melakukan jenayah rasuah, penyelewengan adalah mereka yang telah lama bertugas sebelum Dato Seri Najib Razak dilantik ke jawatan Perdana Menteri. Perbuatan jenayah mereka terbongkar dan terdedah, semasa pemerintahan beliau. Daripada segi lojiknya, mengapa DS Najib dipersalahkan, sedangkan budaya sedemikian hanya diwarisi? Seharusnya, rakyat berterima kasih, kepada Perdana Menteri ke-6 itu, kerana di masa pemerintahan beliau, perkara-perkara jelek terbongkar dan terdedah.

10. Seorang aktivitis politik UMNO telah menyeneraikan 72 isu negatif terdedah dan terbongar semasa pemerintahan DS Najib Razak. Seharusnya, kita perlu bertanya, mengapa semasa pemerintahan Perdana Menteri ke-6 itu, isu-isu sedemikian terbongar atau berlaku? Selain takdir, dan kesilapan manusia, 68 isu negatif yang terbongar dan terdedah itu, merupakan perbuatan individu-individu tertentu yang diwarisi pemerintahan Dato Seri Najib.

11. Mengambil iktibar kepada perbuatan-perbuatan jelek yang terbongkar, mungkin sudah tiba masanya, setiap penggantian Perdana Menteri, maka perlu diikuti penggantian kakitangan, kerana pemimpin yang mengambil alih terpalit dengan perbuatan buruk kakitangan yang diwarisi, seperti kata peribahasa, lain yang makan nangka lain pula yang kena getah.

12. Bagi mereka yang dilantik semasa Dato Seri Najib, umpamanya perlantikan Tan Sri isa Samad yang terpalit dengan skandal Felda, merupakan diluar kawalan beliau, kerana kedudukan Isa dalam segi pengelaman politik, hampir setara dengan pengelaman Peradana Menteri ke-6 itu. Jikapun berlaku, salah laku, ianya bukan atas kawalan Perdana Menteri. Rakyat kena berfikir matang dan telus, meskipun DS Najib Razak merupakan Perdana Menteri, beliau tidak mempunyai kuasa segala-galanya, namun, apabila berlaku sesuatu yang jelek, maka beliau ikut terpalit. 

13. Biarpun beliau ikut terpalit, namun, rakyat kena faham, ianya bukan atas kuasa beliau, akan tetapi atas kedudukan beliau sebagai pemimpin nombor satu.

Thursday, August 06, 2015

Misteri MH370 Akhirnya Tidak Misteri Lagi


Pulau Reunion 2500km daripada lokasi asal pencarian
1. Kehilangan misteri pesawat Boeing 777 MH370 yang membawa penumpang bersama kru seramai 239 yang sepatutnya mendarat di destinasi terakhir Beijing pukul 6.30 waktu Beijing, 8 Mac 2014, hanya diketahui benar-benar terhempas di Lautan Selatan pada 5 Ogos selepas pencarian 515 hari.

2. Selama 515 berbagai teori dilemparkan kepada pesawat tersebut, manakan tidaknya, meskipun sebanyak 28 negara terlibat dalam pencarian termasuk negara adi teknologi Amerika, namun tiada secebis buktipun diketemui, hanya pada 29 julai dijumpai flagferon di Pulau Reunion sebuah pulau kecil di Lautan Hindi.

3. Memang pasukan pencari yang diketuai Malaysia mengumumkan pada 24 Mac 2014 bahawa pesawat malang tersebut telah berakhir di Lautan Hindi berasaskan analisa data Doppler Effect yang dipantau di UK.

4. Berbagai kaedah dan cara serta teknologi digunakan, tiada sebarang klu berkaitan pesawat malang tersebut, namun berkat kesabaran, maka pada 5 Ogos, akhirnya pesawat malang itu disahkan benar-benar berakhir di Lautan Hindi.

5. Sebuah pesawat laluan Kuala Lumpur-Beijing kemudian berakhir di kawasan yang berlawanan arah, merupakan kejadian pelik yang perlu dirungkai.

Saturday, June 28, 2014

MH370: Misi Kubur Tidak Bernisan

Pihak pencari masih percaya, bahawa pesawat malang MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk kru yang hilang pada 8 mac 2014 selepas berlepas 12.41 pagi laluan Kuala Lumpur Beijing telah berakhir di Lautan Hindi.

Satu-satunya fakta yang diguna adalah maklumat satelite yang dianalisa, yang menggunakan Doppler Effect bahawa pesawat malang itu menunju ke Lautan Hindi sebelum hilang.

Tiada siapa yang boleh memberi maklumat termasuk analisa teknologi canggih, mengapa pesawat itu terbang bertolak belakang daripada laluan asal. Apa yang ada, suatu persepsi, bahawa kehilangan pesawat itu merupakan satu misi kubur tidak bernisan.

Melihat pergerakan pesawat itu semasa berpatah balik, terbang daripada ketinggian normal 35,000 kaki ke atas permukaan laut lalu bertukar ke paras 45,000 kaki merupakan satu tindakan yang disengajakan. Pada ketinggian 45,000 kaki, jika sesiapa yang tidak sempat memasang corong oksigen maka akan pingsan serta merta, dan jika sempat seseorang itu hanya boleh bertahan selama maksima 15 minit, sebelum pingsan. Pesawat itu dikatakan berada pada ketinggian 45,000 kaki selama 23 minit, ertinya sesiapa sahaja dalam pesawat itu pengsan.

Laporan terkini daripada Australia, bahawa pesawat itu menunju Lautan Hindi mengunakan autopilot bersama penumpang yang sudah pengsan sebelum pesawat kehabisan minyak, lalu terjunam ke dasar laut; menguatkan anggapan bahawa pesawat yang dikemudi Kapten Zaharie Ahmad Shah itu bermisikan kubur tanpa nisan.

Saturday, June 07, 2014

MH370: Tiga Bulan Tanpa Khabar

Esok, genaplah tiga bulan kehilangan pesawat penerbangan Malaysia (MAS) B777-200ER MH370 bersama 227 penumpang dengan 12 krew; termasuk Juruterbang berpengalaman- Kapten Zaharie Ahmad Shah.

8 Mac 2014 jam 12.41 pagi waktu Malaysia daripada KLIA berlepaslah MH370 menuju Beijing dan di jadual mendarat pada pukul 6.30 pagi hari yang sama; namun hingga kini menjadi cerita misteri; kerana pesawat itu tidak pernah sampai di destinasinya.

24 Mac merupakan hari yang menyedihkan, selepas Perdana Menteri mengumumkan bahawa MH370 tidak mendarat di Beijing sebaliknya berakhir di Lautan Hindi.

Berasaskan keputusan itu, berbagai negara yang diketuai Australia menggunakan berbagai teknologi tercanggih yang ada pada abad ini, digunakan untuk mengesan di mana pesawat itu terjunam; selain mengetahui lokasinya, juga yang amat penting menemukan serpihan bangkai pesawat, termasuk penumpang; namun dunia telah tahu, bahawa sehingga kini, tiada apa-apa maklumat berkaitan pesawat itu, selain bacaan satelitte, yang cuba dirungkai, dan mengwujudkan teori/perkiraan bahawa pesawat itu berakhir di Lautan Hindi, atas sebab kehabisan minyak.

Kesaksian pasangan warga British, Catherine Tee bahawa dia melihat sebuah pesawat terbakar di pagi 8 Mac semasa dia dan suaminya berlayar daripada India ke Phuket Thailand, boleh disangksikan, atas sebab, jika pesawat itu mengalami kebakaran sepertimana didakwa, sudah pasti enjin pesawat itu tidak mampu menghantar "ping" atau isyarat sehingga 8.11 pagi, lebih kurang 7 jam selepas berlepas.

Yang jelas, apapun anggapan atau kesaksian berkaitan pesawat malang itu, yang pasti sehingga kini, tiada kepastian, apa sebenarnya yang berlaku kepada pesawat itu.

Tuesday, May 27, 2014

MH370: Selepas 80 Hari- Apa Yang Terbaharu?

MH370 sebuah pesawat Boeing B777-200ER yang membawa 239 penumpang termasuk kru yang hilang kurang sejam selepas berlepas pada 12.41 pagi 8 Mac 2014, laluan Kuala Lumpur-Beijing kini memasuki hari ke-80 tanpa apa-apa klu di mana pesawat itu.

Pada 24 Mac lalu, diambil keputusan bahawa pesawat itu berakhir di Lautan Hindi, berasaskan data Immarast yang dikeluarkan hari ini, di mana data itu dianalisa menggunakan Doppler Effect- kaedah yang menggunakan gelombang untuk menentukan lokasi sesebuah pesawat.

Walaupun, berbagai alat canggih digunakan di lokasi di mana pesawat malang itu dipercayai berakhir, namun sehingga kini gagal mendapatkan sebarang petanda di mana sebenarnya pesawat malang itu.

Sebuah pesawat secanggih B777; kehilangannya memang misteri. Pembuat pesawat itu boeing, pembuat enjin Rollroyce, seharusnya mempunyai sokongan aftersales, yang mampu mengesan pesawat seperti itu. Namun yang aneh, mengapa kecanggihan pesawat seperti B777 tidak dilengkapi peralatan seperti itu? apakah pembuat pesawat itu, dan atau pembuat enjin pesawat menyembunyikan sesuatu, sepertimana pendapat mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir.

Berasaskan kepada cara kehilangan pesawat itu, di mana selepas berlepas, kemudian apabila berlaku perggantian ruang udara; disaat itulah diambil peluang untuk menghilangkan pesawat itu. Keadaan ini, tidak mencerminkan bahawa pesawat itu mengalami masalah teknikal; sebaliknya, tindakan itu memang dirancang.

Faktor-faktor yang mengarah kepada tindakan yang dirancang adalah tindakan melencongkan pesawat itu berlawanan dengan arah sebenarnya; kemudian pesawat diterbangkan pada ketinggian 45,000 kaki atas permukaan laut, di mana tujuan menerbangkan pada ketinggian itu, adalah untuk memastikan penumpang yang tidak berpeluang memakai corong oksigen; akan pengsan malah boleh mengalami kematian.

Pesawat dikendalikan oleh juruterbang- Kapten dan pembantu kapten. Jika kapten bertindak sepertimana gambaran di atas, apa kah pembantu kapten/pembantu juruterbang juga, berkonspirasi "mati" bersama? sesuatu yang jarang berlaku; kerana keadaan seperti itu biasanya hanya berlaku pada dua insan yang sangat kecewa sepertimana pasangan dua sejoli- wanita dan lelaki yang sedang putus cinta.

Apa yang berlaku pada MH370, sesuatu diluar kotak kita berfikir, walaupun boleh diteka apa sebenarnya yang berlaku dengan pesawat itu. Namun tekaan itu, sukar kita buktikan, atas sebab kelemahan kita dalam teknologi. 

Mengendali pesawat tanpa juruterbang, bukan perkara baru pada zaman ini. Ertinya kemampuan teknologi memintas navigasi pesawat bukan lagi perkara mustahil; apatah lagi, teknologi itu sudahpun dicipta, ekoran kejadian 9/11 serangan Twin Tower New York.

Memandangkan kehilangan pesawat itu masih misteri sehingga kini, hanya melalui tindakan terancang untuk menghilangkan pesawat itu adalah jawapan kepada hilangnya pesawat itu.

Sunday, May 18, 2014

MH370: Tidak Boleh Hilang Begitu Sahaja: Tun Dr Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yakin syarikat Boeing dan agensi-agensi tertentu mempunyai keupayaan untuk mengambil alih "kawalan tanpa gangguan" daripada kapal terbang komersial.

Katanya pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 merupakan salah satu daripada kapal terbang yang diambil alih.

"Sangat jelas Boeing dan agensi tertentu mempunyai keupayaan untuk mengambil alih "kawalan tanpa gangguan" penerbangan komersil yang mana MH370 salah satu darinya.

"Boleh atau tidak juruterbang MH370 hilang kawalan setelah seseorang secara langsung atau dari jarak jauh mengaktifkan alat untuk merampas kawalan pesawat itu," katanya dalam tulisan terbaru di blognya.

Katanya, dengan alasan tertentu, media tidak akan melaporkan apa-apa melibatkan Boeing atau Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika.

Dr Mahathir juga mendesak Boeing menjelaskan berkaitan apa yang dinamakan sebagai sistem 'pendaratan automatik anti keganasan'.

"Tidak dapat saya bayangkan juruterbang melakukan pendaratan di lautan yang bergelora dan secara senyap tenggelam bersama pesawat itu," katanya.

Perdana Menteri paling lama berkhidmat itu juga yakin ada "seseorang sedang menyembunyikan sesuatu" dalam misteri kehilangan MH370 ini.

"Adalah tidak adil kalau MAS dan Malaysia dipersalahkan," katanya lagi.

Dalam tulisan yang bertajuk 'Boeing Technology - What Goes Up Must Come Down', Dr Mahathir berkata apa yang naik pasti akan turun.

"Mereka boleh mendarat dengan selamat atau terhempas. Tetapi kapal terbang tidak boleh hilang begitu saja," tambah beliau.

Dr Mahathir juga berpendapat adalah membuang masa dan wang untuk mencari serpihan, tumpahan minyak atau mengesan bunyi dari kotak hitam.

"Ini bukan kemalangan luar biasa selepas kehabisan minyak.

"Pesawat ini berada di satu tempat, mungkin tanpa logo MAS,"katanya.

Tulisan Dr Mahanthir ini memberikan teori konspirasi baru terhadap misteri kehilangan penerbangan MH370 yang telah masuk hari ke 72 hari ini.

MH370: Kalau Terhempas, MAKA........

Benarlah kata Tun Dr Mahathir, bahawa pesawat jenis Boeing tidak selamat untuk dinaiki; atas sebab sepatutnya, peralatan yang seharusnya berada dalam pesawat itu akan berfungsi, jika berlaku kemalangan; untuk memudahkan pasukan pencari atau kapal atau pesawat yang berhampiran dapat menangkap isyarat daripada pesawat yang mengalami musibah itu.

Pesawat Penerbangan Malaysia B777-200ER MH370, selain dilengkapi 2 kotak hitam yang berfungsi untuk merekod perjalanan dan arah pesawat dan juga merekod percakapan dalam cockpit. Selain dua alat itu, pesawat juga dilengkpi dengan ULB= Under Water Locator Beacon; di mana alat ini akan menghantar signal apabila bersentuhan dengan air. Pesawat juga dilengkapi dengan ELT=Emergency Locator Transmitters, di mana akan juga menghantar signal jika pesawat terhempas.

ULB dilengkapi dengan bateri sendiri, tidak akan aktif, kecuali apabila bersentuhan dengan air, manakala ELT akan berfungsi jika hentakan kuat berlaku, misalnya pesawat terhempas.

Selama 72 hari kehilangan pesawat MH370 sejak pagi 8 mac, dua alat ini tidak pernah dibincangkan. Namun, sejak beberapa hari ini, pasukan pencari baru tersedar, berkaitan dengan dua alat tersebut.

Atas sebab fungsi dua alat tersebut, hanya untuk masa tempoh singkat, hanya 48 jam dari masa pesawat mengalami kemalangan, maka perbincangan berkaitan dengan fungsi alat itu telah basi.

Satu persoalan besar, jika pesawat itu terhempas, setidak-tidak ada kapal atau pesawat dapat menangkap signal daripada pesawat itu kerana ULB dan ELT akan berfungsi. Oleh sebab tiada signal seumpama itu, maka atas sebab itu, dua alat itu tidak pernah dibincangkan.

Kini, timbul teori, bahawa pesawat yang membawa 239 penumpang termasuk kru itu, sebenarnya tidak terhempas seperti mana keputusan awal, sebaliknya pesawat itu telah mendarat dengan selamat di suatu lokasi tertentu.

Pangkalan Amerika Diego Garcia, boleh dijangkau pesawat itu berasaskan minyak yang ada dalam pesawat. Apa kah pesawat itu, memang berada di situ?

Perkembangan Terbaru MH370: Sebenarnya Tidak Terhempas

Pada 12 Mac, empat hari selepas kehilangan pesawat bersama 239 penumpang termasuk kru itu hilang, AYT pernah menulis DISINI bahawa jika pesawat itu terhempas di laut, maka suatu alat yang disebut Emergency Locator Transmitters (ELT) yang teraktif dan mengeluarkan signal, seperti mana signal kotak hitam; namun ELT tidak pernah dibincangkan sebelum ini.

Perkembangan terbaru mengenai kehilangan pesawat malang itu ada yang menganggap bahawa pesawat itu sebenarnya tidak terhempas di Lautan Hindi, sebaliknya telah mendarat di suatu lokasi rahsia dan pesawat itu masih selamat.

Sangkaan bahawa pesawat itu masih selamat, sebenarnya telah dilaporkan oleh sebuah surat khabar Russia sebaik sahaja kehilangan pesawat itu yang memetik perisik negara itu, bahawa pesawat itu sebenarnya telah mendarat di suatu lokasi di Pakistan. Walau bagaimanapun laporan itu dinafikan oleh Kerajaan Malaysia.

ELT ialah suar (api isyarat) kecemasan yang digunakan dalam pesawat untuk menyuruh pihak berkuasa penyelamat berada dalam keadaan berjaga-jaga dan memberi petunjuk tentang lokasi dan jenis pesawat yang mengalami masalah.

Anggapan bahawa MH370 tidak terhempas berikut faktor yang menyokong anggapan itu. Dalam temubual eksklusif dengan Bernama, bekas Ketua Juruterbang MAS, Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berkata, walapun pelik bahawa ELT MH370 tidak menghantar apa-apa isyarat, seseorang harus faham bahawa ELT akan memancarkan isyarat bergantung kepada hentaman.

``Sudut hentaman amat penting untuk membolehkan alat itu aktif secara automatik. Sebab mengapa mereka mempunyai petunjuk hentaman tertentu ialah supaya apabila pesawat membuat pendaratan dalam situasi sukar di landasan, ELT tidak akan berfungsi.

``Jika ELT benar-benar sensitif, setiap kali pesawat hendak membuat pendaratan dalam situasi sukar, ELT akan aktif secara automatik. Oleh itu, ia memberi nilai prapenentuan untuk alat itu berfungsi,'' beliau menjelaskan.

Beliau berkata dalam insiden pesawat Air France (AF), ELT tidak aktif dan pesawat itu terhempas pada kelajuan perlahan, kira-kira 100 kilometer sejam, dan tidak memberi tindak balas yang mencukupi untuk mengaktifkan ELT.

ELT direka khusus untuk aktif secara automatik akibat ledakan tertentu seperti hentaman atau tersentuh dengan air, serupa seperti alat pengesan kotak hitam.

``Walaupun pesawat (Air France 447) tersentuh air, tetapi ia kemudian tenggelam, isyarat tidak dipancarkan. Sentuhan air akan menjejaskan jarak, trajektori, daya kekuatan ELT. Oleh itu, jarak pemancaran ELT mungkin terbatas akibat air,'' kata beliau dan menambah bahawa Sistem Pelaporan dan Komunikasi Pesawat (ACARS) yang memancarkan isyarat.

Menurut Nik Ahmad Huzlan, sebelum AF447 terhempas ke dalam Lautan Atantik, pelbagai isyarat dipancarkan oleh ACARS kerana ia telah mengesan satu demi satu kerosakan yang memudahkan lokasi pesawat di dasar laut dikesan.

Nik Ahmad Nuzlan menjelaskan bahawa ELT tidak berkaitan dengan alat transponder pesawat sambil berkata ia berfungsi sendiri dan jangka hayat bateri boleh bertahan hanya 48 jam selepas aktif secara sendiri kerana isyaratnya yang kuat dan keupayaannya dikesan dari jarak jauh, tidak seperti isyarat ping.

ELT, apabila aktif secara sendiri, akan memancarkan isyarat kepada tiga frekuensi yang boleh dikesan oleh mana-mana pesawat atau kapal yang membuat pemantauan melalui satelit.

Yang pertama ialah frekuensi 243-MHz bagi kapal. Mana-mana kapal yang melalui kawasan itu boleh mengesannya melalui radio. Yang kedua ialah frekuensi 121.5-MHz, iaitu bagi pesawat, kata beliau.

``Dan satu lagi isyarat akan dipancarkan ke satelit melalui frekuensi 406-MHz. Jadi, ada tiga frekuensi dan tiada satu pun daripadanya yang dapat dikesan,'' katanya.

Mengenai empat isyarat ping yang dikesan di selatan Lautan Hindi pada 5 dan 8 April lepas, beliau berkata sebab mengapa tiada lagi isyarat ping dikesan selepas itu ialah jangka hayat bateri kotak hitam hampir berakhir pada masa itu.

``Oleh itu, keempat-empat isyarat ping yang dikesan ialah dari kotak hitam. Tetapi mengapa amat sukar untuk menemui bangkai pesawat? Ini kerana isyaratnya tidak tidak cukup kuat untuk melingkungi kawasan segi tiga. Jika isyaratnya kuat dan boleh dikesan pada setiap penjuru kawasan pencarian di laut, garisan persilangan boleh dikenal pasti dan usaha mencari akan lebih mudah,'' katanya.

Ditanya kemungkinan MH370, yang berdasarkan analisis berakhir di selatan Lautan Hindi, masih tidak terjejas, Nik Ahmad Huzlan berkata ada kemungkinan kerana pesawat berat dan direka khusus untuk tidak terapung di atas permukaan air.

``Air boleh memasuki ruang peralatan pendaratan, enjin dan harus ingat, enjin pesawat amat berat. Oleh itu, air boleh masuk dan menenggelamkan pesawat. Paling lama pesawat boleh terapung di atas permukaan air ialah lima minit,'' tambah beliau.

Sementara itu, ketika ditanya tentang perlunya mengkaji dan membuat penghuraian semula analisis oleh firma satelit United Kingdon, Inmarsat dan Badan Penyiasatan Kemalangan Udara (AAIB), katanya ia harus dilakukan walaupun tiada isu mengenai analisis mengenai kesan doppler berdasarkan isyarat ping.

``Saya berpegang kepada beberapa perkara. Yang pertama, lingkaran jarak keupayaan pesawat berdasarkan bekalan minyak yang masih ada. Yang kedua, ialah mengenal pasti lokasi terbit subuh kerana sesiapa yang mengemudi MH370 pada masa itu akan mencari kawasan matahari terbit.APA KAH PESAWAT TIDAK BERPATAH BALIK? DAN MENERUSKAN PENERBANGANNYA?

``Jadi di mana faktor subuh berkaitan dengan isyarat ping, berkaitan dengan lingkaran jarak, iaitu di situlah MH370 berada. Mengapa mendarat pada siang hari? Jadi, lautan boleh dilihat dan lebih mudah untuk mendarat di atas permukaan laut,'' katanya.

Friday, May 09, 2014

MH370: Dua Bulan Masih Misteri

Benarlah anggapan awal, bahawa kehilangan pesawat MH370 akan menjadi misteri abad ini. Sudah dua bulan, tiada sebarang klue berkaitan pesawat yang membawa 239 penumpang termasuk kru itu.

Berbagai cara digunakan, malah semua teknologi mutahkir digunakan, malah yang melucukan "bomoh"pun ikut berperanan; namun tiada juga dapat memberikan maklumat di mana pesawat malang itu.

Asas kepada pencarian pesawat itu, adalah jumlah minyak yang di bawahnya. Dikatakan pesawat itu semasa berlepas dibekalkan minyak yang cukup untuk 7.5 jam penerbangan; atas sebab itu bulatan pada grafik, merupakan lokasi kemungkinan pesawat itu berakhir.

Berasaskan perkiraan matematik dengan menggunakan Doppler Efect, kaidah yang menggunakan gelombang yang diterima satellite, maka pasukan pencari memperkirakan pesawat itu menunju arah barat laut atau selatan. Akan tetapi, berasaskan perkiraan terakhir, maka pada 24 Mac, selepas 16 hari kehilangan pesawat itu, diputuskan bahawa pesawat itu menuju selatan dan berakhir di Lautan Selatan.

Teori manusia dengan menggunapakai maklumat teknologi, tidak banyak membantu pencarian pesawat itu; atas sebab itu lebih dua bulan kehilangannya, maka ianya masih misteri.

Satu pertanyaan, benarkah pesawat itu berakhir di Selatan? atau tempat lain?

Wednesday, May 07, 2014

MH370: Laluannya Sungguh Mencurigakan

Jika benarlah laluan pesawat MH370 seperti pada grafik di atas, ianya memperlihatkan bahawa pengendali pesawat itu memang mengelak laluan darat, atas sebab mengelak radar. Di lihat juga, semasa pesawat itu berpatah balik, melakukan gerakan tajam, memang bertujuan untuk mengelirukan radar.

Pesawat itu hilang, semasa pertukaran kawalan antara menara Kuala Lumpur dan Ho Chi Minh, pada jam 1.22 pagi. Tujuan melakukan gerakan pada masa pertukaran itu, semata-mata untuk mengelabui radar.

Melihat genap 2 bulan pesawat bersama 239 penumpang dan kru itu hilang, tiada sebarang klu atau apa-apa yang boleh dihubungkan dengan pesawat itu, menyokong bahawa kehilangan pesawat itu merupakan satu rancangan misteri kehilangan pesawat abad ini.

Melihat cara pesawat itu diterbangkan, hanya pengendali atau juruterbang yang berkemahiran mampu melakukannya. Juruterbang pesawat itu adalah seorang yang mempunyai pengalaman dan mampu menerbangkan pesawat dalam keadaan ekstrim.

Namun, persoalannya mengapa ianya dilakukan? Hanya jika dalam pesawat itu terdapatnya barang yang sangat berharga, yang perlu dilenyapkan atau tidak boleh jatuh ke tangan orang lain. Pertanyaan? apa kah hubungannya dengan juruterbang? Juruterbang itu bukannya pakar tentera? dan tiada rekod menunjukkan bahawa dia ada hubungan dengan kuasa besar yang ada kaitan dengan ketenteraan. Kecualilah pesawat itu membawa satu barang yang sangat berharga yang ada kaitan dengan teknologi ketenteraan, kerana hanya itu sahaja pihak tertentu sanggup bertindak termasuk membunuh. Kalau demikian, apa hubungannya dengan juruterbang? sedangkan berbagai laporan, tidak mengaitkan juruterbang itu dengan fahaman yang boleh menjurus kepada tindakan nekad.

Jika demikian halnya, maka kemungkinan besar pesawat itu dikawal secara elektronik; kerana pesawat seperti itu dilengkapi peralatan yang boleh diambil alih oleh kawalan elektronik. Yang menyokong anggapan itu adalah, pesawat itu dikatakan terbang 45,000 kaki atas permukaan laut, satu tindakan yang bertujuan membunuh; atas sebab pada ketinggian itu, jika seseorang tidak sempat memasang corong oksigen, maka serta merta akan pingsan, lagipun pesawat itu terbang pada ketinggian itu selama 23 minit semasa menlintasi daratan Semenanjung. Hanya, kawalan elektronik sahaja mampu menerbangkan pesawat setinggi itu. Selepas itu, pesawat terbang rendah, dikatakan sehingga 5,000 kaki atas permukaan laut semasa melintasi Pulau Pinang dengan kelajuan maksimum, ertinya pesawat bukannya dikendalikan oleh manusia yang masih hidup.

Kemudian pesawat melencong ke arah selatan di hujung pulau Sumatera, di mana radar Indonesia, tidak dapat mengesannya. Hanya pengetahun mengenai kemampuan radar negara-negara yang dilalui sahaja mampu melakukan itu. Ertinya, kawalan elektronik yang mampu mengelak radar sahaja boleh melakukan gerakan pesawat itu. Nah, melihat keadaan itu, siapa di dunia ini mempunyai kemampuan seumpama itu?????

Tuesday, May 06, 2014

Kehilangan MH370: Apa Kah Memang Dirancang Dari Awal?

Mengkaji bagaimana pesawat MH370 hilang secara misteri, seolah-olah dirancang. Mendengar rakaman perbualan antara juruterbang dan menara kawalan, tidak menunjukkan sebarang masalah pada pesawat itu. Pada jam 1.19 pagi, Juruterbang masih dapat membalas pertanyaan menara kawalan dengan Good Night Malaysian Three Seven Zero, 2 minit kemudian, pesawat hilang daripada radar, ketika mana mahu memasuki ruang udara Vietnam. Pergantian kawalan terhadap pesawat itu, dimanafaatkan oleh perancang kehilangan pesawat itu untuk menukar arah. Jam 1.38 menara Vietnam, membuat pertanyaan, berkaitan pesawat itu, merupakan masa yang lama, dan pesawat itu dengan kelajuan 800km/jam, sudah merentasi dataran Semenanjung; jika benarlah berpatah balik selepas sahaja mengucapkan salam perpisahan dengan menara Kuala Lumpur.

Pesawat semasa berpatah balik, dikatakan terbang melepasi limit pesawat itu  43,000 kaki atas permukaan laut, sebaliknya terbang 45,000 kaki. Pada ketinggian itu, kalau penumpang tidak memakai corong oksigen, pasti pingsan. Keupayaan bekalan oksigen hanya 15 minit, namun pesawat itu terbang 23 minit. Sesiapa yang mengendali di cockpit, boleh bertahan atas sebab ada dua corong oksigen yang boleh membekal oksigen selama 30 minit. 

Melihat grafik laluan pesawat itu, memang cara penerbangannya adalah satu perancangan untuk mengelak radar; tetapi selepas menuju barat, mengapa ke Selatan? apa kah disebabkan selatan meliputi laut, yang kurang trafik udara/ juga selatan adalah kawasan yang terpencil dengan kedalaman lautan yang dalam? Atas sebab itu menjunamkan pesawat itu di kawasan itu, tidak mungkin menjumpainya? atau pesawat itu terbang lurus selepas berpatah balik? dan ada kebenaran dakwaan Russia bahawa pesawat itu telah mendarat di satu lokasi yang dikuasai Taliban di Kandahar?

Monday, May 05, 2014

Disebalik Kehilangan MH370

Pada pagi 8 Mac kira-kira 12.41 tengah malam, pesawat Penerbangan Malaysia B777-200ER MH370 yang dikemudikan oleh Kapten berpengalaman Zaharie Ahmad Shah, bersama 238 penumpang termasuk kru berlepas daripada landasan 32R KLIA tujuan Bejing. Berasaskan jadual, pesawat itu patut mendarat pada pukul 6.30 pagi hari yang sama; namun sehingga kini tidak pernah sampai-sampai; malah ianya menjadi satu misteri. Selepas hilang daripada radar pada 1,22 pagi hari yang sama, tidak diketahui ke mana pesawat itu; walaupun berbagai teknologi digunakan, termasuklah grafik di atas, kononnya, destinasi pesawat itu, sebelum berakhir di Lautan Hindi.
Berbagai asset digunakan termasuk Bluefine 21, robot milik Amerika, yang dikatakan mampu memeta dasar laut, namun alat itu sehingga kini gagal menjumpai secebispun yang boleh menjadi harapan menjumpai bangkai pesawat malang itu.

Melihat kepada laluan yang ditempuh pesawat itu, sepertimana lakaran yang dibuat oleh pasukan pencari, nampaknya, pesawat itu dikendalikan oleh seseorang yang mahir dalam penerbangan. Juga, melihat kepada lakaran laluan pesawat itu, seolah-olah mengambarkan sesuatu yang pelik, atas sebab selepas menempuh ke arah barat, kemudian berbelok ke arah Perth, Australia, sedangkan laluan mudah adalah garis lurus yang boleh sampai ke Diego Garcia. 

Kalaulah pengendali pesawat itu mahu menjadikan pesawat itu terhempas ke laut, tidak perlulah memilih laluan itu, atas sebab laluan asalnya juga boleh melencong ke arah laut. 

Oleh kerana kehilangan pesawat itu hampir memasuki tempah 2 bulan, dan tiada sebarang klu dijumpai, memanglah adalah kebenaran, besar kemungkinan pesawat itu telah mendarat di suatu lokasi dan kawasan pencarian yang dikatakan bahawa pesawat itu berakhir di situ adalah kawasan salah. 

Adalah mustahil, bagi teknologi yang ada pada masa kini, sebuah pesawat berbadan lebar seperti B777 terlalu sukar untuk dikesan; sedangkan material pada pesawat itu, diketahui betul oleh pembuatnya.

Sunday, May 04, 2014

MH370: Melihat Laluan Pesawat Itu- Memang Ada Misi Rahsia

Jika benar laluan di atas adalah laluan yang diambil pesawat itu, secara lojik, memang ianya satu tindakan yang memang dirancang. Secara rasminya pesawat yang membawa 239 penumpang bersama kru itu berlepas daripada landasan 32R KLIA jam 12.41.43 pagi 8 Mac tujuan Beijing dan kontak terakhir dengan ground controller adalah jam 01.07.49. Imej radar jam 01.21.04 berada pada laluan IGARI timur laut Kelantan, dan hilang daripada imej radar pada 01.21.13. Pada 01.19.24 Menara Kuala Lumpur menasihatkan agar pesawat itu menghubungi Penguasa udara Ho Chi Minh dan dibalas dengan Good night Malaysia Three Seven Zero. Pada pukul 01.38 HCM membuat pertanyaan, sebab tiada kontak dengan pesawat itu, sejak itu, sehingga kini, pesawat itu hilang tanpa diketahui di mana lokasinya.   
Dikatakan, semasa pertukaran kawalan antara Menara Kuala Lumpur dengan Ho Chi Minh, berlakukan perubahan laluan dengan mendadak. Pesawat dikatakan terbang melepasi limit, 45,000 kaki atas permukaan laut, kemudian terbang serendah 5,000 kaki, melalui laluan seperti pada grafik. Jika demikian keadaannya, memang telah berlaku satu misi yang tidak diketahui, yang menyebabkan pesawat itu hilang misteri.

Melihat cara pesawat itu dikendalikan, hanya seseorang yang berpengalaman yang mampu melakukannya, atau memang pesawat itu dibawa kendalian "drone" sehingga mampu mengelak radar.  Melihat laluan pesawat itu, benar-benar dihujung Pulau Sumatera, ianya memang mahu mengelak radar Indoensia. Namun mengapa laluan pesawat itu dibelokkan ke arah Perth? tidak secara lurus? kalau lurus atau sebelah kanan, maka akan sampai ke Diego Garcia.

Mendengar rakaman antara menara Kuala Lumpur dengan juruterbang pesawat itu, hanya berakhir 2 minit sebelum pesawat itu hilang secara tiba-tiba; jika berlaku masalah enjin atau masalah lain, sudah tentu juruterbang, punya masa membuat panggilan, namun ianya tidak berlaku. Laporan awal, mengatakan bahwa transponder pesawat itu ditutup pada 1.07 kemudian 1.22 sebaik Juruterbang menjawab Good night Malaysian Three Seven Zero. Ertinya pesawat dalam keadaan normal, dan apabila berlaku pertukaran ruang udara, maka berlakulah tindakan menjadikan pesawat itu misteri. Apa yang pelik, juruterbang pesawat itu mengulangi tiga kali bahawa pesawat itu terbang pada ketinggian 35,000 kaki atas permukaan laut, pertama jam 00.50.06; 01.01.16; 01.07.55 dan juruterbang masih menjawab pada 01.19.24 sebelum hilang pada 01.21.13. 

Kesilapan tetap kesilapan, kalau tidak berlaku kesilapan antara menara KL dan HCM, maka kemungkinan pesawat itu tidak dapat meneruskan misi misterinya.

MH370: Melihat Route Pesawat Itu- Memang Pesawat Itu Mempunyai Misi Misteri


Mendekati dua bulan, usaha pencarian MH370 masih tidak membuahkan hasil. Meskipun tiada kepastian, pihak pengurusan MAS, telah mengagihkan pampasan bernilai USD50,000 bagi setiap penumpang kepada keluarga terdekat. Laporan yang dikeluarkan semalam, sebenarnya laporan itu untuk ICAO yang bertarikh 9 April, tidak menunjukkan apa-apa, kecuali keterangan bagaimana pesawat yang membawa 239 penumpang bersama kru hilang, di mana sebahagian laporan berasaskan data yang ada dan sebahagian berasaskan perkiraan atau projeksi.

Dalam laporan itu, tidak disebutkan mengapa pesawat itu bertukar laluan; mengapa berakhir di Lautan Hindi dan banyak lagi mengapa yang menyelubungi kehilangannya.

Melihat route/laluan yang diprojeksi, tidak syak lagi, bahawa pesawat itu mempunyai misi misteri; yakni misteri kematian tanpa nisan.

Friday, May 02, 2014

MH370:Laporan- Tiada Petunjuk Baru- Kehilangan Masih misteri

Laporan daripada kerajaan setebal lima muka surat, tidak memberi sebarang petunjuk baru berkaitan kehilangan MH370, melainkan hanya berisi laporan yang disiarkan sebelum ini.

Laporan yang bertarik 9 April itu sama dengan laporan yang dihantar kepada International Civil Aviation Organization (ICAO) sebelum ini.

Selepas 55 hari kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia B777-200ER MH370 bersama 239 penumpang termasuk kru; di mana pesawat itu sehingga kini masih misteri.

Hanya sesuatu yang pelik, pihak berkuasa memerlukan lebih 4 jam selepas pesawat itu hilang daripada radar 1.38 pagi untuk bertindak, sementara pihak tentera memerlukan lebih 8 jam memberitahu berkaitan pesawat malang itu.

Thursday, May 01, 2014

MH370: Laporan Pilot B777 Laluan Narita, Jepun Ghaib daripada Laporan Kerajaan

Pilot on Way to Japan Says He Made Contact with Missing Malaysian Flight

Mar. 8, 2014 9:54pm Dave Urbanski

A Boeing 777 pilot flying 30 minutes from the missing Malaysia Airlines plane told the New Straits Times in Kuala Lampur, Malaysia that he made contact with MH370 minutes after Vietnamese air traffic control asked him to message the plane.

The captain, who declined to give his name, said his Narita, Japan-bound plane was well into into Vietnamese airspace when controllers — who could make contact — requested that he relay with his plane’s emergency frequency a message to MH370 so that it would establish its position.


This screengrab from flightradar24.com shows the last reported position of Malaysian Airlines flight MH370, Friday night March 7, 2014. The Boeing 777-200 carrying 239 people lost contact over the South China Sea on a flight from Kuala Lumpur to Beijing, and international aviation authorities still hadn’t located the jetliner several hours later. (Image source: AP/flightradar24.com)

“We managed to establish contact with MH370 just after 1:30 a.m. and asked them if they have transferred into Vietnamese airspace,” the pilot reportedly told New Straits Times. “The voice on the other side could have been either Captain Zaharie (Ahmad Shah, 53,) or Fariq (Abdul Hamid, 27), but I was sure it was the co-pilot.

“There were a lot of interference… static… but I heard mumbling from the other end.

“That was the last time we heard from them, as we lost the connection,” the pilot said, adding that he thought nothing of the lost contact since it happens frequently — until he learned of MH370 never landing.

“If the plane was in trouble, we would have heard the pilot making the Mayday distress call,” the pilot said. “But I am sure that, like me, no one else up there heard it.

“Following the silence, a repeat request was made by the Vietnamese authorities to try establishing contact with them.” source Laporan Kerajaan Disini   Laporan NST Disini

Wednesday, April 30, 2014

MH370: Imej melalui Scan oleh GeoResonance

 

Syarikat eksplorasi GeoResonance yang di Adeliade, Australia sebenarnya mengesan imej melalui kaedah "scan" yang dapat mengesan material seperti hidrokarbon, besi, aluminum, tembaga dan sebagainya mendapati bahawa material didapati itu menyerupai material yang terkandung dalam pesawat seperti B777.

Imej daripada dasar laut itu dikesan pada 10 Mac, dua hari selepas pesawat MH370 hilang pada pagi 8 Mac bersama 239 penumpang termasuk kru laluan Kuala Lumpur Beijing. 

Untuk membuktikan bahawa imej itu menyerupai imej pesawat MH370 yang hilang itu, syarikat carigali minyak itu membandingkannya dengan imej pada 5 Mac; pada 5 Mac, tidak terdapatnya imej seperti itu; atas sebab itu, syarikat itu emenghantar laporan itu kepada pihak pencari pada 14 Mac, namun tidak mendapat perhatian.

Selepas 53 hari operasi pencari MH370 tidak berkesudahan, maka syarikat itu mengumumkan sendiri temuan itu, bagi membuka ruang untuk merungkai kehilangan pesawat malang itu.

Lokasi di mana imej itu dikesan adalah 118 batu selatan Bangladesh dan berada di Teluk Bengala kira-kira 5000 km daripada lokasi pencarian rasmi.

Lokasi ini juga, adalah lokasi di mana pesawat Arab Saudi daripada Jeddah tujuan Kuala Lumpur pada pagi 8 Mac melaluinya. Seorang penumpang rakyat Malaysia Makcik Dalelah, 53 tahun yang baru pulang daripada mengerjakan umrah MELIHAT bangkai pesawat di atas air yang hampir-hampir tenggelam. Dakwaan Makcik itu, hanya dilaporkan pada 14 Mac, atas sebab, beliau tidak tampil ke depan pada hari yang sama, kerana dilarang oleh menantunya seorang anggota polis, kerana khuatir mak mentuanya dituduh membuat laporan palsu. 

Tuesday, April 29, 2014

MH370: Apa Kah Dakwaan Makcik Dalelah Akan Terbukti Benar

Adakah dakwaan seorang wanita rakyat Malaysia yang baru pulang dari menunaikan umrah pada 8 Mac lalu yang ternampak sebuah bangkai pesawat yang besar berwarna perak di perairan Laut Andaman berkait dengan dakwaan terbaru sebuah syarikat penerokaan Australia yang telah menemui bangkai pesawat MH370 Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Pada 21 Mac lalu, wanita tersebut, Raja Dalelah Raja Latife, 53 mendakwa melihat bangkai sebuah pesawat yang sebahagiannya tenggelam dan sebahagian lagi timbul di perairan Laut Andaman ketika pesawat yang dinaikinya itu melintasi kawasan berkenaan pada pagi 8 Mac lalu.

Raja Dalelah yang ketika itu berada dalam pesawat milik Penerbangan Saudi SV2058 yang berlepas dari Jeddah pada jam 3.30 pagi waktu Arab Saudi (8.30 pagi waktu Malaysia) telah melewati kawasan bandar Chennai di India sebelum memasuki ruang udara di perairan Laut Andaman.

Dalam satu laporan berita daripada7News Australiasemalam pula, menyatakan bahawa syarikatGeoResonanceyang membuat pencarian sendiri pesawat tersebut sejak 10 Mac lalu telah mengesan objek yang berkemungkinan sebuah bangkai pesawat di Teluk Bengal berdekatan dengan perairan Laut Andaman.

Menurut jurucakap GeoResonance, David Pope, pihak penyelidiknya telah mengesan elemen pada dasar lautan yang dikatakan konsisten dengan elemen pesawat.

"Teknologi yang kita gunakan pada asalnya direka untuk mencari kepala peledak nuklear, kapal selam. Pasukan kami di Ukraine memutuskan kita perlu cuba dan bantu," katanya seperti yang dipetik 7News.

Pencarian syarikat berpangkalan di Adelaide itu melibatkan kawasan seluas 2,000,000 km persegi di perairan di mana lokasi itu dikatakan terhempas, menggunakan imej dari satelit dan pesawat.

Menurutnya objek tersebut sememangnya tiada sebelum kejadian tersebut.

Berdasarkan kedua-dua dakwaan itu mungkinkah ini merupakan satu petunjuk baru dalam misi pencarian pesawat yang masih lagi gagal ditemui sehingga pada hari ini.

MH370: Sepintas Lalu Yang Berlaku Sebelum Hilang Misteri


Pesawat semasa berada ketinggian 35,000 kaki atas permukaan laut di timur Kota Bharu Kelantan, pesawat mengalami kebakaran, sehingga asap memasuki ruang kabin dan kemudian kokpit. Kebakaran memusnahkan panel komunikasi, atas sebab itu transponder pesawat terputus tanpa disadari juruterbang. 

Dalam keadaan demikian, naluri seorang juruterbang adalah menerbangkan pesawat itu ke arah lapangan terbang terdekat yang dia tahu boleh menampung pendaratan pesawat yang dipandunya. Dalam isu MH370, lapangan terbang terdekat adalah LTA Pulau Pinang dan Langkawi. Bukti, bahwa juruterbang mengarah ke dua LTA itu, apabila radar tentera mengesannya pada 2.40 pagi.

Atas sebab semua alat komunikasi terputus, maka mengambil keputusan mendarat, boleh mengundang bahaya besar, bukan sahaja kepada pesawat malah di lapangan terbang itu sendiri. Apabila gagal berkomunikasi dengan sebarang menara, maka juruterbang memutuskan untuk mendaratkan pesawat di laut Andaman, Selat Melaka tidak dipilih atas sebab kesibukan laluan itu.

Pesawat terpaksa berlegar-legar untuk menghabiskan minyak sebelum melakukan pendaratan atas air, atas sebab mendarat dengan minyak yang banyak boleh menyebabkan pesawat meletup. Apabila minyak habis, barulah pesawat mendarat, sekitar pukul 8 pagi hari nahas itu. Kali terakhir blips/pings pesawat diterima satellite adalah pukul 8.11 pagi, adalah mendokong teori bahawa pesawat mendarat dengan tangki kosong.

Sekiranya kesaksian seorang wanita yang baru pulang menjalankan umrah diambil kira, mungkin menemui pesawat akan lebih cepat.

Ikuti cerita Makcik itu:

Seorang wanita rakyat Malaysia yang baru pulang dari menunaikan Umrah di tanah suci Mekah mendakwa yang dia telah melihat bangkai sebuah pesawat yang besar berwarna perak di perairan Laut Andaman ketika pesawat yang dinaikinya melintasi kawasan berkenaan pada pagi 8 Mac lalu.

Wanita berkenaan Raja Dalelah Raja Latife, 53, berkata ketika dia menyaksikan objek besar yang sebahagian daripada badan yang didakwa sebagai pesawat itu tenggelam dan sebahagian lagi timbul, dia telah memaklumkan kepada ramai pihak di dalam penerbangan berkenaan tetapi telah dipandang ringan.

Dalelah berkata dia menaiki pesawat Penerbangan Saudi SV2058 yang berlepas dari Jeddah pada jam 3.30 pagi waktu Arab Saudi (8.30 pagi waktu Malaysia) dan ketika pesawat itu melintasi bandar Chennai di India dan memasuki ruang udara Laut Andaman, dia melihat menerusi tingkap pesawatnya satu objek besar menyerupai pesawat terdampar di atas laut.

“Saya nampak macam kapalterbang. Sepanjang perjalanan pulang saya sentiasa melihat ke luar kerana saya tidak dapat tidur langsung dan ketika lawatan saya ke Beijing dua tahun lalu juga dia tidak dapat tidur di dalam pesawat dan sentiasa berjaga," kata ibu kepada 10 orang anak ini.

Raja Dalelah, yang berasal dari Kota Tinggi, Johor menambah, sewaktu dia terlihat objek besar berwarna perak yang seakan-akan sebuah pesawat di atas lautan itu, skrin tv di hadapannya menunjukkan yang mereka sedang melintasi Laut Andaman.

“Sebelum itu saya nampak beberapa buah kapal dan kemudian pulau-pulau kecil dan selepas itulah saya ternampak objek berwarna perak di atas air. Saya mengejutkan rakan saya di sebelah untuk melihat apa yang saya saksikan tetapi malangnya mereka mentertawakan saya," ujarnya lagi.

Raja Dalelah, bagaimanapun yakin apa yang disaksikannya itu adalah bangkai sebuah pesawat yang besar. "Buat apa saya nak bercakap bohong saya baru sahaja balik dari umrah," katanya lagi.

Hanya pada 14 Mac lalu dia telah membuat laporan polis akan apa yang didakwa telah disaksikannya itu dengan harapan akan ada pihak yang mengambil apa yang dikatakannya itu secara serius.

Malah Raja Dalelah masih boleh menjelaskan apa yang disaksikannya itu secara terperinci.

Katanya, pesawat yang dilihatnya itu separuh terapung dan sebahagian besar lagi badan pesawat itu berada di dalam air dengan keadaannya yang senget sebelah.

“Saya melihat jam pada waktu itu menunjukkan pukul 9.30 pagi (2.30 petang waktu Malaysia),” kata beliau.

Raja Dalelah berkata, bila tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 4 petang dia telah menceritakan apa yang disaksikannya itu kepada anaknya.

“Pada waktu itulah mereka memberitahu saya yang pesawat MAS MH370 hilang dan sedang dicari.Menantu saya seorang pegawai polis yakin yang saya telah menyaksikan sebuah pesawat yang terhempas dan meminta saya supaya membuat laporan polis," katanya sambil menambah

"anak-anak saya yang lain khuatir yang saya mungkin akan ditahan kerana membuat laporan palsu kerana pada awalnya semua orang berkata yang pesawat itu kali terakhir dilihat di Laut China Selatan."

Tetapi katanya, sekarang sesiapa yang mendengar ceritanya sudah mula percaya selepas pesawat itu disahkan telah berpatah balik dan hilang di sebelah barat dan bukannya Laut China Selatan.

Bagaimanapun seorang juruterbang berkata, dalam penerbangan jarak jauh seperti dari Jeddah dan Kuala Lumpur, paras ketinggian sesebuah pesawat adalah pada 35,000 kaki.

"Ini bermakna kedudukan pesawat dari permukaan bumi adalah pada jarak lebih kurang tujuh batu. Pada jarak sejauh ini tidak ada siapa pun dapat melihat dengan jelas apa-apa objek di permukaan bumi atau pun di atas air," kata juruterbang itu yang enggan namanya disiarkan ~ mStar 

Tak tahulah bagaimana Makcik tu boleh nampak.. mungkin beliau dikurniakan Allah kebolehan yang kita semua tidak ada atau memang Allah SWT hendak tunjukkan kepada dia sahaja..

Sebabnya sebagaimana yang dinyatakan oleh juruterbang yang enggan namanya disiarkan itu.. apa yang kita akan nampak dari ketinggian 35,000 kaki itu?

MH370: Temuan Baru Di Teluk Bangla- Ada Hubungan Apa Yang Dilihat Makcik Dalelah

Ikuti Cerita Makcik Dalelah:

Dalelah Raja Latife, 53, berkata ketika dia menyaksikan objek besar yang sebahagian daripada badan yang didakwa sebagai pesawat itu tenggelam dan sebahagian lagi timbul, beliau memaklumkan kepada ramai pihak di dalam penerbangan berkenaan tetapi tidak diendahkan.

Raja Dalelah berkata dia menaiki pesawat Penerbangan Saudi SV2058 yang berlepas dari Jeddah pada jam 3.30 pagi waktu Arab Saudi (8.30 pagi waktu Malaysia) dan ketika pesawat itu melintasi bandar Chennai di India dan memasuki ruang udara Laut Andaman, dia melihat menerusi tingkap pesawatnya satu objek besar menyerupai pesawat terdampar di atas laut.

“Saya nampak macam kapal terbang.Sepanjang perjalanan pulang saya sentiasa melihat ke luar kerana saya tidak dapat tidur langsung dan ketika lawatan saya ke Beijing dua tahun lalu juga tidak dapat tidur di dalam pesawat dan sentiasa berjaga," kata ibu kepada 10 orang anak itu dipetik daripada portal Mstar Online.

Raja Dalelah, yang berasal dari Kota Tinggi, Johor menambah, sewaktu dia terlihat objek besar berwarna perak yang seakan-akan sebuah pesawat di atas lautan itu, skrin televisyen di hadapannya menunjukkan yang mereka sedang melintasi Laut Andaman.

“Sebelum itu saya nampak beberapa buah kapal dan kemudian pulau-pulau kecil dan selepas itulah saya ternampak objek berwarna perak di atas air. Saya mengejutkan rakan saya di sebelah untuk melihat apa yang saya saksikan tetapi malangnya mereka mentertawakan saya," katanya.

Raja Dalelah, bagaimanapun yakin apa yang disaksikannya itu adalah bangkai sebuah pesawat yang besar.

"Buat apa saya hendak bercakap bohong saya baru sahaja balik dari umrah," katanya.

Hanya pada 14 Mac lalu dia membuat laporan polis akan apa yang didakwa disaksikannya itu dengan harapan akan ada pihak yang mengambil apa yang dikatakannya itu secara serius.

Malah Raja Dalelah masih boleh menjelaskan apa yang disaksikannya itu secara terperinci.

Katanya, pesawat yang dilihatnya itu separuh terapung dan sebahagian besar lagi badan pesawat itu berada di dalam air dengan keadaannya yang senget sebelah.

“Saya melihat jam pada waktu itu menunjukkan pukul 9.30 pagi (2.30 petang waktu Malaysia),” kata beliau.

Raja Dalelah berkata, apabila tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 4 petang dia menceritakan apa yang disaksikannya itu kepada anaknya.

“Pada waktu itulah mereka memberitahu saya yang pesawat MAS MH370 hilang dan sedang dicari.

"Menantu saya seorang pegawai polis yakin yang saya menyaksikan sebuah pesawat yang terhempas dan meminta saya supaya membuat laporan polis," katanya sambil menambah "anak-anak saya yang lain khuatir yang saya mungkin akan ditahan kerana membuat laporan palsu kerana pada awalnya semua orang berkata yang pesawat itu kali terakhir dilihat di Laut China Selatan."

Tetapi katanya, sekarang sesiapa yang mendengar ceritanya sudah mula percaya selepas pesawat itu disahkan berpatah balik dan hilang di sebelah barat dan bukannya Laut China Selatan.

Bagaimanapun seorang juruterbang berkata, dalam penerbangan jarak jauh seperti dari Jeddah dan Kuala Lumpur, paras ketinggian sesebuah pesawat adalah pada 35,000 kaki.

"Ini bermakna kedudukan pesawat dari permukaan bumi adalah pada jarak lebih kurang tujuh batu. Pada jarak sejauh ini tidak ada siapa pun dapat melihat dengan jelas apa-apa objek di permukaan bumi atau pun di atas air," kata juruterbang itu yang enggan namanya disiarkan, seperti dilaporkan Mstar.

Pesawat Boeing 777-200 ER ketika hilang membawa 239 penumpang termasuk anak kapal dalam perjalanan ke Beijing, China.

Blog Archive