Wednesday, March 12, 2014

MH370: Persoalan Terbang Rendah. Mengapa?

Kehilangan misteri pesawat Mas B777-200ER MH370 kini memasuki hari ke-5. Sehingga saat ini, tiada clue di mana pesawat malang itu berada.

Teori yang paling dekat, apa yang berlaku pada pesawat itu, adalah kemungkinan dirampas dan didaratkan pada suatu lokasi rahsia. Indikator yang mendekati teori ini adalah, pihak TUDM mengesan, bahawa pesawat itu berpatah balik sebaik sahaja hilang daripada radar kawalan menara  Subang pada pukul 1.30 pagi (sebelum ini dikatakan 2.40 pagi). Radar biasa menjejaki pergerakan pesawat itu sehingga jam 1.30 pagi, namun radar TUDM  menjejaki signal pesawat itu sehingga jam 2.40 pagi.

Pesawat malang itu menurut radar TUDM dapat dijejaki sehingga jam 2.40 pagi, dan pada masa itu, posisi pesawat adalah berdekatan Pulau Perak di atas perairan Selat Melaka. Pesawat malang itu bertukar haluan dan terbang rendah selepas 1.30 pagi. Apabila pesawat terbang rendah, ianya sukar dikesan radar menara kawalan; apatah lagi semua tranponder dinonaktifkan.

Saksi mata membuktikan bahawa pesawat malang itu terbang rendah kira-kira 1,000 meter atas permukaan laut. Pada ketinggian itu, biasanya antena biasa sukar mengesan sebarang signal daripada pesawat, kecuali radar tentera.

Jika benarlah teori ini, seperti mana dinyatakan oleh pihak TUDM, maka kehilangan misteri MH370 merupakan satu konspirasi dan disengajakan.

Pesawat terbang rendah, tiada tujuan lain, ianya mengelak dikesan radar. Dikatakan selepas terputus hubungan dengan menara Subang pada pukul 1.30 pagi Sabtu, pesawat itu terbang rendah sejauh 500 km ke arah barat, sekurang-kurangnya untuk tempoh 1jam 10 minit. Pesawat itu membawa minyak yang cukup untuk terbang 7.5 jam bagi ketinggian 35,000-40,000 kaki atas permukaan laut, namun jika terbang rendah, ianya mampu terbang sekurang-kurangnya 4 jam. Pihak pencari dan penyelamat, perlu menumpukan pada lokasi jangkauan pesawat itu.

Persoalan terbang rendah masih merupakan satu persoalan besar. Apa kah yang berlaku? Mengapa? Apa kah ada seseorang yang mengawal pesawat itu di kokpit dan mengarahkan pesawat terbang rendah? perlu diingat, bahawa pesawat itu sedang membawa 12 jurutera microchips satu syarikat besar milik Amerika yang mempunyai kilang di Malaysia dan China. 
Pesawat terbang rendah? ertinya seseorang yang pakar dalam pengedalian pesawat berada dalam pesawat. Suatu fakta yang boleh diambil sebagai satu bukti, keadaan kokpit pesawat itu sungguh bising apabila berjaya dihubungi seorang juruterbang lain pada pukul 1.30 pagi menggunakan saluran kecemasan, percakapan co-pilot tidak jelas, sebelum hubungan putus.
Jika pesawat didarat di laut dengan sengaja, kemungkinan semua penumpang selamat. Sebabnya, pihak krew mempunyai masa yang cukup untuk mengarahkan penumpang menaiki raft penyelamat sebelum pesawat tengelam. Dalam pendaratan yang disengajakan di atas permukaan laut, sekurang-kurang 1 jam baru pesawat akan tenggelam. 
Pada pendaratan yang disengajakan atas permukaan laut; penumpang mampu membawa makanan dan minuman, atas sebab masa untuk itu mencukupi. Penumpang tidak panik, demikian juga krew. Apakah clue, terbang rendah, ada kemungkinan bahawa semua penumpang selamat, dan kini sedang terapung di laut? laut sudah tentu di di perairan Indonesia, Sri Lanka, Mnymar, juga tidak dapat diketepikan, perairan Pulau Krismas.

Akan tetapi, jika pendaratan di laut, biasanya sejenis alat yang menggunakan bateri sendiri yang disebut ULB=under water locator beacon apabila bersentuan dengan permukaan air secara automatik akan menghantar signal. Akan tetapi, yang belaku, tiada tanda2 signal seperti itu. Demikian juga jika pesawat tehempas, meskipun semua transponder dinonaktifkan, sejenis alat yang disebut ELT=emergency locator transmitters, alat ini juga menggunakan bateri sendiri, dan automatik aktif jika pesawat terhempas, namun signal daripada alat ini, tidak diterima. Ini lah yang menjadikan kehilangan pesawat MH370 suatu misteri penerbangan abad ini.

4 comments:

Anonymous said...

DAJAL betullah si DALANG-DUA-MUKA plg. MERBAHAYA, iaitu CIA (yg. sebenarnya diKUASAI Barat-ZIONIS/ISRAEL) – begitu galak MENUDUH juruterbang Islam/Melayu kita kononnya mungkin bunuh diri! Kem. Luar patut BANTAH tuduhan si KAPIR DAJAL ni – lihat di http://www.dailymail.co.uk/news/article-2578020/Why-cellphones-missing-Malaysian-Airlines-passengers-ringing-Family-members-claim-loved-ones-smartphones-active.html:

Did pilot commit SUICIDE? CIA boss says it is one theory agency is looking at as Malaysian police say they are carrying out psychological profiles of everyone on plane

By James Nye and Amanda Williams and Richard Shears

11 March 2014

Authorities are investigating the possibility that the pilot of the missing Malaysian Airlines flight MH 370 committed suicide, the director of the CIA has revealed.
John Brennan, head of the US Central Intelligence Agency (CIA), said: 'I think you cannot discount any theory', when asked if it was possible the pilot deliberately crashed the Boeing 777………

Tapi TAK pula si DAJAL CIA ni nak tuduh bekas tentera dr. New Zealand ni, yg. berikan cincin kahwin dan jam tangan pd. isterinya sebelum penerbangan – saya syak dia direkrut jadi ejen CIA-Mossad setelah rumahnya musnah dlm. kejadian gempabumi di Christchurch; dan mungkin dia sempat parachute keluar dari MAS tersebut, selepas menjlnkan misinya (disyaki misi DAJAL bagi bagi pihak CIA-Mossad). Sebab gaya dia seolah nak bunuh diri atau mulakan hidup dgn. ID baru – kan ejen CIA-Mossad (barat-Zionis) boleh buat apa saja! Lihat di
http://www.dailymail.co.uk/news/article-2578358/Husband-gave-wedding-ring-watch-wife-boarding-missing-flight-MH370-case-happen-him.html:

Agony of the wife whose husband gave her his wedding ring and watch before boarding missing flight MH370 'in case something should happen to him'

• Paul Weeks was on the missing flight as he made his way to new job
• Before leaving he had taken 'lots of photos' of his family, his wife has said
• She said he left her his wedding ring and watch in case something happened
• She has said she 'can't give up hope... I would love him to walk through that door'

By James Rush

11 March 2014

Mechanical engineer Paul Weeks, 39, of Perth, Australia, was on the flight as he made his way to his first shift in a fly-in fly-out job.

His wife Danica has revealed how he left the objects with her to give to their two boys if something was to happen to him……

She told 9News National in Perth: '(He said) "If something should happen to me then the wedding ring should go to the first son that gets married and then the watch to the second".'

The former soldier, who was born in New Zealand, moved his young family to Perth after their home in Christchurch was devastated by earthquakes…..

Makcik Sambal Belacan.

Anonymous said...

Good news. Tolong google map lapangan terbang pulau redang... landasan pesawat paling hampir dgn lokasi pesawat hilang. Pesawat mh370 'kemungkinan' mendarat kat situ waktu pagi sabtu. Parking dlm garaj pesawat supaya tidak ditangkap satelit. Pesawat mendarat tanpa disedari penduduk yg sedang nyenyak tidur dgn enjin pesawat dimatikan(FlyinG on empty)/ambil contoh Air Transat236. Pulau redang kini dimiliki vincent tan(berjaya). tolong hantar orang pergi periksa lapangan terbang tu.. pesawat mh370 'kemungkinan' ada kat situ... :)
-Tam pasar malam-

Anonymous said...

komen menarik dr makcik sambal belacan & anon 9:38

Anonymous said...

Kena banyak berlatih guna simulator untuk pandu boeing terbang rendah dibwah radar dan landing tempat sempit.

Tolong jgn abai pandangan anon 938.

Blog Archive