Showing posts with label Debat Anwar-Najib. Show all posts
Showing posts with label Debat Anwar-Najib. Show all posts

Tuesday, February 21, 2012

Anwar lebih layak berdebat dengan Saiful: Tengku Adnan

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menolak cadangan pembangkang supaya beliau mengatur perbahasan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memandangkan tiada keperluan untuk itu.

Beliau berkata pakatan pembangkang sengaja mewujudkan provokasi berdasarkan perbahasan yang diadakan sebelum ini bagi mempolitikkan usaha kerajaan dan kemudian membuat fitnah terhadap pemimpin Barisan Nasional (BN).

"Saya tidak nampak sebarang keperluan untuk debat antara Datuk Seri Najib dan Anwar tetapi sekiranya Anwar mahu berdebat, saya boleh mengaturkan untuk beliau berbahas dengan bekas pembantunya sendiri iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan," katanya dalam satu temu bual yang disiarkan Umno-Online hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang memintanya mengatur perbahasan antara Perdana Menteri dengan Anwar.

"Apa yang mahu didebatkan antara Perdana Menteri dengan Anwar kerana pembangkang hanya akan menjadikan ia sebagai medan politik semata-mata dan bukannya membincangkan apa yang patut dibicarakan. Pakatan pembangkang sendiri tidak mempunyai tujuan atau sebab munasabah sehingga debat perlu diwujudkan," katanya.

Dalam temu bual itu, Tengku Adnan turut mengulas perbahasan antara Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng Sabtu lepas, yang menurutnya dibuat bagi membincangkan permasalahan dalam masyarakat Cina di negara ini.

Tengku Adnan berkata perbahasan antara Dr Chua dan Lim itu juga telah membolehkan orang ramai menilai sandiwara pembangkang yang gemar mempolitikkan isu tertentu dan menyimpang daripada landasan perbincangan. BERNAMA

Sementara itu Ketua Penerangan Umno-Datuk Ahmad Maslan melalui posting di FB beliau memberi komen berhubung pertemuan antara Anwar dan Nik Aziz.

"Kita meminta Anwar dan Nik Aziz agar jangan lari ikut pintu belakang dalam isu sokong Israel. Nik Aziz tidak ada 'legitimacy' untuk terima penjelasan Anwar secara peribadi sebab semua orang tahu bahawa Nik Aziz adalah rakan kongsi politik Anwar Ibrahim."

"Sebelum ini pun terbukti Nik Aziz sentiasa memihak kepada Anwar dalam kes liwat dan video seks. Pendirian dan prinsip Nik Aziz tidak ada kredibiliti sebab beliau ulamak politik."

Ahmad Maslan juga menolak cadangan debat antara Anwar dan Najib, kerana menurutnya tiada faedah yang diperolehi dari debat itu, kerana Anwar bukanlah Presiden sebuah parti, kerana jawatan Anwar yang disandangnya sekarang adalah jawatan lantikan,dimana yang melantiknya adalah isterinya sendiri.

Monday, February 20, 2012

Tiada faedah langsung debat dengan Anwar: Tun Mahathir

Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad berkata "tidak ada apa" yang perlu didebat dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menyifatkan Anwar sebagai "sesumpah", Mahathir berkata semua pihak mengetahui pendiriannya yang senantiasa berubah.

"Tidak ada apa untuk berdebat dengan Anwar. Kita tahu, tentang pendiriannya. He is everything to everybody.

"Dia adalah sesumpah, dia tukar warna kulit setiap hari. Kalau dia dengan kaum Cina, dia condemn Dasar Ekonomi Baru.

"Kalau dia dengan India, dia menjadi (seperti orang) India, kalau bersama Muslim, dia bercakap tentang Islam," katanya sinis.

Bercakap dalam sidang media selepas memberi taklimat khas kepada kira-kira 250 pemimpin PERKASA seluruh negara, Mahathir mendakwa apa yang diperjuangkan oleh penyokongnya adalah untuk menjadikan Anwar sebagai perdana menteri.

Pada sidang media itu juga, Mahathir berkata debat membincangkan isu Melayu boleh diadakan tetapi "kesannya tidak ada".

"Debat boleh, seronok orang tengok tapi kesan tak ada," katanya sambil menambah ianya lagi memburukkan lagi keadaan kerana setiap pihak masing berpegang dengan pendirian masing-masing.

Mahathir mendakwa rakyat Malaysia masih membenarkan perasaan sentimen mempengaruhi diri, berbanding bersikap rasional jika bercakap mengenai debat.

Friday, January 21, 2011

Debat Anwar-Najib: Before and After


Anwar Ibrahim kini sudah Nyanyuk-mudah lupa !!. Ini adalah realiti yang mesti kita terima. Adakah semua ini dirancang oleh Perdana Menteri Malaysia?

Semua ini berpunca dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak apabila mencabar bekas bosnya (Anwar sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia tahun 80an) semasa ucapan beliau di Tenang yang akan membuka kesemua maklumat rahsia mengenai Anwar. Lantas, Anwar semalam merujuk laporan Malaysiakini memaklumkan tidak pernah mengajak DS Najib untuk berdebat.

Akan tetapi, hari ini lain pula jadinya. Beliau tekad dengan nada tegas akan meneruskan debat dengan Ahli Parlimen Pekan ini. Mana 1 ini Anwar. Adakah artikel Melayu CinDia sebelum ini telah menyebabkan Anwar hilang pertimbangan? Anwar, jemput Debat ke Perbincangan ni? Rileks Anwar, jangan panik sangat.

Inilah wajah sebenar pemimpin bernama Anwar Ibrahim. Seringkali memutar belit isu sebenar hanya untuk merampas kuasa yang telah diidamkan selama 29 tahun yang lalu sejak menyertai UMNO. Pusing sahaja isu ini untuk memperbetulkan keadaan agar maruah beliau tidak tergugat. Menggunakan gaya pidatonya yang memakau penyokongnya. Akan tetapi, isi kandungan pidato beliau semuanya palsu belaka.

Tapi di kalangan penyokong tegar Anwar, masih tidak nampak isu ini. Siapa penyokong tegar Anwar? Tiada sebenarnya. Jika ada, semuanya tidak ikhlas dalam perjuangan. Semuanya telah 'dibeli' oleh beliau. Jika ada yang berjuang ikhlas menjunjung keadilan buat Anwar, semuanya akan disepak oleh bekas Timbalan Perdana Menteri ini.

Yang tinggal kini hanya suku sakat yang masih dilihat Anwar berkepentingan untuk mencapai matlamat kotor beliau. Jika ada yang baru dan berkepentingan, dijulang terus sebagai pemimpin. Buat hal? Diberi wang ringgit atau dibuang terus seperti sampah kotor yang tidak pernah berjasa padanya.

Semua ini hanya propaganda politik sempit dan murahan bagi menjatuhkan krelibiliti DS Najib. Anwar akan melakukannya dengan lebih dahsyat selepas ini. Jika Tun Mahathir tidak berjaya dijatuhkan beliau, maka DS Najiblah orangnya.

Mungkin ketika zaman Pak Lah sebagai Perdana Menteri beliau melalui jalan mudah. Akan tetapi tidak bagi DS Najib. Kerana rahsia Anwar Ibrahim semua di tangan putera sulung Tun Abdul Razak.

Blog Archive