Showing posts with label Azmin Ali. Show all posts
Showing posts with label Azmin Ali. Show all posts

Wednesday, July 17, 2019

NASIB AZMIN-HANYA MENGHITUNG HARI

KEPUTUSAN politik, kadangkala mudah diramal, kadangkala sebaliknya. Namun, isu yang menyelubungi Datuk Azmin Ali, ibarat kata pepatah, sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula.

Desakan Shamsul Akin, supaya Azmin bercuti daripada jawatan, sementara menunggu siasatan, walaupun bersifat sindirian, memberi gambaran, bahawa kepimpinan PKR menjauhi Timbalan Presiden parti itu.

Kenyataan Ketua Polis Negara, bahawa siasatan mengarah kepada dalang dan penyebar video semburit yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi tersebut, membawa persepsi, bahawa pasangan Haziq Aziz Abullah sudah "diketahui", dan sebab itu lah Haziq disiasat menggunakan Seksyen Akta Jenayah 377B- perlakuan seks luar tabii sejenis secara suka sama suka.

Anggapan kini jelas, walaupun tiada sesiapa yang mengakui bahawa pasangan Haziq adalah Azmin, namun melalui kenyataan pihak yang menyiasat, biar mahkamah menamakan pasangan Haziq, persepsi orang ramai, bahawa selain rakaman semburit itu tulen, dan berikutnya pasangan Haziq sudah diketahui.

Dalam isu video semburit itu, memang seksyen 292 kanun keseksaan digunapakai bersama dengan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, namun hukuman seksyen-seksyen tidaklah berat berbanding hukuman dalam seksyen 377B.

Melihat kepada senario yang dihadapi Azmin, nampak gayanya Azmin semakin disisikan oleh parti beliau sendiri, tidak seperti mana, apabila Datuk Seri Anwar menghadapi isu yang sama suatu masa yang lalu.

Di kalangan kepimpinan PKR, hanya Zuraida Kamruddin yang masih beria-ia menyebelahi MP Gombak tersebut, manakala di luar parti itu, adalah Penyelaras PPBM Parlimen Jasin-Datuk Khairuddin Abu Hassan. Manakala Datuk Seri Anwar, walaupun secara tidak langsung senang hati, agar Azmin disahkan sebagai pasangan Haziq, apabila beliau membuat kenyataan- bahawa rakyat mahu mengetahui apa kah rakaman video lucah itu tulen atau sebaliknya dan mengenal pasti dalang perakam dan penyebar.

Melihat perkembangan isu yang menyelubungi Azmin, walaupun Tun Dr Mahathir merupakan tembok teguh yang disandari anggota kabinet tersebut, tidak akan sanggup mempertahankan beliau, jika semuanya terdedah dan mengsahkan, bahawa Haziq berpasangan dengan beliau. Pendek kata- Nasib Azmin hanya menghitung hari.

Saturday, July 06, 2019

MASA DEPAN AZMIN TERLETAK DI TANGAN TUN MAHATHIR

MESKIPUN Datuk Azmin Ali menafikan bahawa beliau bukan salah seorang pelaku dalam video lucah yang mana menurut pengakuan Haziq Abdullah Aziz dilakukan oleh mereka berdua, namun Azmin tidak cukup serius membela dirinya, kerana meletakkan pihak lain bertindak bagi pihak beliau, termasuk laporan kazaf dan laporan polis.

Memang daripada awal semasa video lucah itu dimuat naik di media sosial, termasuk Youtube, Tun Dr Mahathir menyebelahi Menteri kabinet tersebut, apabila Perdana Menteri tidak percaya, bahawa Azmin melakukannya.

Sudah hampir sebulan, belum ada keputusan siasatan daripada pihak polis Malaysia mengenai ketulenan rakaman video tersebut, meskipun pakar-pakar video digital termasuk daripada luar negara, berpendapat bahawa rakaman video tersebut adalah rakaman tulen.

Sehingga kini, tiada mana-mana pihak mendakwa bahawa individu yang menyerupai Azmin dalam video tersebut adalah DATUK AZMIN ALI, Timbalan Presiden PKR, kecuali Haziq!!!!.

Friday, July 05, 2019

VIDEO SEMBURIT: APA KEDUDUKAN AZMIN TERKINI?

POLITIK sering kali dikaitkan dengan isu. Tanpa isu, orang politik tidak mampu pergi jauh dan sesuatu isu juga mampu membunuh karier bukan sahaja orang politik, bahkan sesiapa sahaja jika ia gagal ditangani secara menyakinkan, terutamanya kepada rakyat.

DS Najib Razak dan Bn telah menerima padah, apabila gagal mengurus isu 1MDB dan dana sumbangan keluarga DiRaja Arab Saudi.

Isu yang melanda Najib dan Bn hanya berbentuk prsepsi menjelang PRU-14, kerana belum ada sesiapa yang ditangkap atau dihadapkan ke mahkamah berkaitan isu yang diwar-warkan oleh pihak parti dan pemimpin lawan. Pun demikian, kerana kegagalan mengurus isu-isu tersebut, Bn tumbang pada PRU-14, menamatkan pemerintahan selama 60 tahun.

Terkini, isu yang mencekam Timbalan Presiden PKR-Dato Azmin Ali, bukan calang-calang isu, akan tetapi isu moral, yang bukan sahaja ditolak masyarakat bahkan dilaknat dalam agama islam dengan sehina-hinanya.

Videonya ada dan pasangannya juga mengaku tetapi Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan sekeras-kerasnya, disusuli laporan polis serta qazaf melalui Setiausaha Politiknya. Itu sememangnya langkah yang mesti diambil jika beliau merasakan diri difitnah.

Pun begitu banyak pihak melihat ia tidak mencukupi. Pada mereka yang sedang memerhati, terbit persoalan mengapa Azmin tidak saman sahaja pihak yang memfitnahnya kerana dakwaan seks songsang ini terlalu berat, tambahan pula beliau dicabar untuk menyaman.

Keadaan Azmin sudah lah jatuh, malah ditimpa tangga lagi, apabila Ahli Majlis Pimpinan PKR Pusat, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid mahu Azmin menggunakan mahkamah sebagai medan membersihkan diri jika benar beliau tidak terbabit dalam video seks berkenaan. Kata Abdullah Sani biar rakyat menilai siapa bercakap benar dan siapa pula berbohong.

Malang bagi Azmin, ketika beliau dipalitkan dengan isu sebegini besar, partinya PKR dilihat bermain tarik tali. Berbeza sama sekali dengan pendirian PKR ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim terpalit isu serupa, baik ketika kes liwat mahupun ‘China doll’.

Kini, sudah hampir sebulan sejak penyebaran video aksi songsang berkenaan dan hari-hari yang berlalu menyaksikan suara penyokong Azmin semakin tidak kedengaran. 

Malah, ada anggapan, sokongan terhadap mantan MB Selangor itu daripada parti beliau sendiri, boleh dibilang dengan jari di semua peringkat.

Sekarang, semuanya terpulang kepada Azmin, arah mana yang hendak beliau pilih kerana sebagai ahli politik berpengalaman tentu sahaja dia tahu pergantungan kepada Perdana Menteri semata-mata, tidak mampu menyelamatkan hayat politiknya di mata ahli PKR serta rakyat keseluruhannya.

Thursday, July 04, 2019

ADA SUDAH YANG MINTA AZMIN LETAK JAWATAN

Ada sudah yang minta Datuk Azmin Ali letak jawatan. 

Azmin diselebungi isu, selepas video lucah, kini muncul rakaman CCTV yang dipercayai dirakam di Four Points Sandakan pada 11 Mei, 2019, semasa PRK Sandakan.

Dalam rakaman CCTV itu terlihat 3 individu yang menyerupai Azmin, Haziq dan Hilman.

Pada 11 Jun tersebar rakaman video lucah yang dikatakan membabitkan Azmin. Salah seorang pelakunya-Haziq telah mengaku beliau adalah salah seorang dalam video tersebut, manakala Azmin tidak mengaku sebagai individu yang seorang lagi.

Polis masih menyiasat ketulenan video tersebut.

Sunday, June 30, 2019

BAHASA BADAN- AZMIN-ANWAR MENGGAMBARKAN SEGALANYA

Semasa Hari Raya Terbuka PPBM di Kulim Kedah Pada Sabtu

Monday, June 24, 2019

VIDEO SEMBURIT: TIADA IMPAK PADA AZMIN

PADA era sekarang, apa pun kata orang, video seks yang membabitkan pemimpin kerajaan sekarang tiada kesan apa-apa, kerana sebarang bentuk video dianggap sebagai video palsu yang dihasilkan oleh teknologi multimedia.

Pelik juga, mengapa Dato Seri Najib atau para pemimpin yang sehaluan dengan beliau sebelum hilang kuasa, tiada video seumpama itu? Sedangkan masa itu selain fitnah-fitnah lain, video seks semburit mempunyai nilai politik yang amat tinggi. 

Mengapa pakar-pakar mutimedia itu pilih Azmin Ali? semasa ada kuasa? Alasan yang boleh diambil, adalah sebagai "acid test" kepada Azmin, sejauh mana Perdana Menteri mempertahankan beliau. Sejauh mana keabsahan tag Azmin sebagai " the blue eye boy" Tun Dr Mahathir.

Kini terbukti, memang sah Azmin mempunyai tag seumpama itu. Dengan tag itu, apapun cara pihak lain cuba menjatuhkan Azmin, tidak akan berkesan, selagi Tun Dr Mahathir masih pemimpin nombor satu negara.

Sunday, June 23, 2019

VIDEO SEMBURIT-APA YANG PERLU AZMIN LAKUKAN

JIKALAU lah video semburit ini berlaku di negara seperti UK, Jepun, India, Australia, Kanada atau Amerika, pemimpin yang dipalitkan sudah lama meletakkan jawatan.

Mengapa berlaku peletakan jawatan? sebabnya pemimpin yang terpalit itu mengutamakan parti atau kerajaan yang diwakili. Pemimpin sedemikian itu, tidak mahu parti atau kerajaan terpalit dengan masalah peribadi.

Sebagai contoh tahun lepas, Andrew Griffths menteri dalam kabinet UK meletakkan jawatan hanya kerana telah didedahkan, bahawa beliau menghantar pesanan berunsur seks kepada seorang pengundi; di India, menteri muda luar negeri- Mobashar Jawed Akbar meletakan jawaatan hanya kerana terlibat saman fitnah dengan seorang wartawan, dan di Kanada Menteri Pembangunan Ekonomi untuk negeri Ontario- Jim Wilson meletakkan jawatan kerana tuduhan salah laku seksual. 

Bagi kes video semburit Azmin dan Haziq, nampaknya kedua belah tidak saling mengalah. Azmin bersungguh-sunguh mempertahankan dirinya tidak bersalah, malah menuduh pihak tertentu berniat jahat bagi menghancurkan karier politik beliau, Haziq pula bersungguh-sungguh bahawa perbuatan semburit antara beliau dan Azmin memang benar-benar berlaku.

Kerana dua belah pihak tidak saling mengalah, maka pihak polis yang menyiasat menjadi pengadil. Sekarang semua mata tertumpu pada pihak polis. 

Di mata rakyat pula,timbul keraguan, belumpun pihak polis menyelasaikan siasatan, Haziq Abdullah Aziz, sudah diambil tindakan- tindakan pertama- majikan beliau telah memecat beliau daripada jawatan setiausaha sulit kanan seminggu selepas pengakuan beliau salah seorang dalam video semburit, manakala parti beliau memberi tunjuksebab mengapa tidak boleh dipecat daripada parti. Selain itu ada MUFTI mencadangkan, bahawa beliau boleh dihukum kerana telah membuat pengakuan.

Kenampakan sangat, bahawa Haziq dipihak yang bersalah, kerana Perdana Menteri sendiri membuat kenyataan, bahawa video itu adalah palsu.

SAMPAI KE MANA IMPAK SEMBURIT AZMIN?

JIKA pun video semburit Azmin Ali betul, untuk sementara tiada impak terhadap karier politik beliau, kerana pemimpin nombor satu negara orang pertama yang tidak percaya, pelaku dalam video tersebut adalah Azmin, meskipun pasangannya Haziq Abdullah Aziz, telah mengaku, bukan sahaja secara lisan, akan tetapi menerusi rakaman yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja dan di mana sahaja.

Pengakuan Haziq bukan main-main, malah beliau membuat akuan bersumpah. Selain itu, beliau mencabar Azmin membuat laporan polis secara langsung dan menyaman beliau.

Setakat ini, sejak video semburit dikongsikan menerusi media sosial, kemudian oleh portal berita atas talian pada 11 Jun, Azmin belum membuat laporan polis meminta pengakuan Haziq disiasat kerana memfitnah beliau.

Azmin di lain pihak, sibuk dengan penafian, menuduh parti beliau sendiri terlibat dalam pendedaran video tersebut, dengan dakwaan memusnahkan karier politik beliau.

Semasa rancak-rancaknya berbagai pihak memberi komen atau ulasan berkaitan video semburit itu, keluarlah pula senarai 41 entiti yang mahu dilucutkan hak kononnya menerima wang 1MDB daripada akaun pribadi Datuk Seri Najib Razak. Adalah dipercayai tindakan itu sebagai "damage control" terhadap video semburit.

Video semburit tahun 2019 tidak sama dengan Liwat 1.0 tahun 1998, meskipun kedua-duanya berlaku pada Perdana Menteri yang sama.

Walaupun semburit 2019 dan Liwat 1.0 ada hubungan dengan jawatan Perdana Menteri, tetapi senarionya tidak serupa. Oleh kerana senarionya berbeza, maka diperikirakan untuk sementara waktu, video semburit 2019, tiada impak terhadap kerjaya politik Azmin.

Nampaknya, kes semburit 2019, walaupun tidak semua pihak menutupi, setidak-tidaknya, ianya tidak boleh dibangkit di Dewan Rakyat, kerana Speaker sudah membuat "ruling" isu itu tidak boleh disentuh.

Apapun tindakan "seteru" Azmin dalam politik, selagi pemimpin no-1 negara berpihak kepada beliau, video semburit itu, tidak akan ke mana-mana. Ianya hanya jadi tontotan yang tiada kesan!!!

Tuesday, June 18, 2019

VIDEO SEKS: MASA DEPAN POLITIK AZMIN DITANGAN PIHAK POLIS

Apapun telahan pihak lain, ianya tidak relevan terhadap ketulenan video seks yang memaparkan Azmin Ali dan Haziq Abdullah Aziz.

Rata-rata rakyat Malaysia yang telah baligh sedang menunggu siasatan pasukan khas PDRM yang telah ditubuhkan untuk menyiasat video seks yang ditularkan sejak 11 Jun. 

Sebenarnya siasatan berkaitan video itu cukup mudah, kerana pihak penyiasat sudah berbekalkan pengakuan salah seorang pelaku dalam video tersebut. Terserah kepada polis, samada mengambil maklum terhadap pengakuan itu. 

Tidak mudah bagi pihak polis menolak pengakuan Haziq, kerana pemuda berusia 27 tahun itu, selain mempunyai profile yang meyakinkan juga seorang tamatan jurusan undang-undang. 

Adalah sukar bagi seorang yang berprofile seperti Haziq membuat pengakuan terbuka, jika video yang melibatkan dirinya tidak pernah berlaku. 

Selepas video seks yang ditularkan menerusi kumpulan whatsApp yang majoritinya ahli-ahli PKR, Haziq menyusuli pengakuan berikutnya, bahawa kejadian di bilik Hotel Four Point Sandakan itu, bukan kali pertama, kerana sebelum itu perbuatan yang serupa pernah dilakukan di Kucing dan Kuala Lumpur. 

Haziq sudah ditahan polis kemudian disiasat, dibawa ke HKL untuk pemerikasaan dan kemudiannya direkodkan pengakuan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis. 

Kalau lah difikir-fikir apa yang manafaat Haziq membuat pengakuan bahawa beliau salah seorang daripada pelaku dalam video seks tersebut, jika video itu bukan tulen, tetapi hasil rekayasa multimedia, sedangkan beliau mempunyai kedudukan penting sebagai setiausaha sulit kanan kepada salah seorang pemimpin kanan parti beliau yang juga Timbalan Menteri Persekutuan. 

Haziq mempunyai masa depan yang cerah dalam arena politik, sesuatu yang beliau rintis sejak berumur 19 tahun. 

Seperti mana pengakuan kekesalan Ketua Pemuda PKR Santubong, Sarawak itu, jika video seks itu tidak tular, maka “selamanya” hubungan selingkuh dengan pasangan beliau akan terus tertutup rapat. 

Kini, seluruhnya terletak ditangan Pasukan Khas PDRM untuk menentukan segala-galanya, siapa perakam video tersebut? Betul kah video tersebut tulen? Betul kah pengakuan Haziq? Atau apa kah motif pihak tertentu merekayasa video tersebut? Jika video tersebut kemudiannya didapati palsu!!!. 

Di Negara ini, video seks seumpama itu, jika dilihat daripada segi sokongan dipeti undi, bukanpun menjadi asas kepada sokongan kepada seseorang pemimpin, kerana telahpun dibuktikan berkali-kali, bebarapa pemimpin yang dipalitkan sebelum ini, masih kekal sebagai pemimpin dan wakil rakyat.

Tuesday, September 01, 2015

DEIG: Cara Azmin Ali Rompak Wang Rakyat Selangor

1. Dana Kerajaan Selangor yang ada dalam Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) yang berjumlah RM30bilion, tidak mudah digunakan, atas sebab syarikat GLC itu perlu mempertanggungjawabkan semua urusan kepada Dewan Undangan Negeri, lagipun melibatkan ramai pegawai termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri.

2. Untuk memudahkan pengunaan dana, maka perlu memindah aset atau wang ke dalam satu syarikat yang tidak perlu bertanggungjawab terhadap sesiapa keculai Menteri Besar. Idea itulah yang dibuat MB Azmin Ali dalam penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) yang hanya ditubuhkan berasaskan modal RM2.

3. Kononnya penubuhan DEIG hanya berurusan dengan pelaburan. Di sinilah kelompangan akan berlaku, kerana tiada pelaburan yang boleh menjamin keuntungan. Sebarang pelaburan terletak kepada risko, boleh untung boleh juga rugi.

4. Biasanya cara beginilah untuk mendapatkan dana, khususnya dana politik. Dana politik, biasanya melalui satu pelaburan yang nampak menguntungkan di atas kertas, namun modus operandinya, pihak yang mendapat pelaburan, akan menyumbang semaksima mungkin dana kepada parti poiltik atau individu, kerana tidak mempunyai komitmen jangka panjang, dalam perniagaan. Kalau urusan niaga itu ditakdirkan untung, maka satu bonus, namun jika gagal, semua pelaburan boleh dimasukan ke dalam nota akaun, bahawa pelaburan telah gagal dengan 1001 macam alasan.

5. DEIG hanya dikuasai oleh dua Individu yang, di mana mereka hanya berfungsi sebagai pengurus syarikat, dan hanya bertanggungjawab kepada diri mereka sendiri, kalau ada, pemegangan saham, namun bagi DEIG, tidak tersenaraipun siapa pemegang saham, kerana bentuk syarikat itu yang hanya bernilai RM2.

6. Benarlah kata Timbalan Perdana Menteri- Dato Seri Zahid Hamidi, rakyat Selangor perlu menggali dan mengorek terus berkaitan syarikat itu, kerana yang dirugikan adalah rakyat Selangor sendiri.

Thursday, August 20, 2015

Rupanya Azmin Ali Lagi Hebat

1. Harta negeri Selangor berjumlah RM30bilion boleh ditadbir oleh dua orang yang tidak dikenali mengunakan syarikar RM2.- yang mempunyai nama glamour DARUL EHSAN INVESTMENT GROUP (DEIG).

2. Kedudukan harta RM30bilion sebelum ini diketahui di bawah pengurusan Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) rupanya selepas Azmin mengambil alih jawatan Menteri Besar, aset dalam MBI dipindah ke DEIG.

3. Pendedahan berkaitan aset RM30bilion itu dilakukan oleh wakil rakyat Pas Saari Sungip dalam sesi soal jawab di Persidangan Dun Selangor.

4.Pemindahan aset MBI ke dalam DEIG merupakan satu tindakan luar biasa kerana sebuah syarikat bermodalkan RM2, dan dikontrol oleh dua orang boleh mengakibatkan aset milik rakyat negeri Selangor tersebut hilang atau lesap begitu sahaja, kerana ianya bukan lagi di bawah kawalan Kerajaan Negeri.

5. Tidak diketahui apa motif MB Selangor memindahkan aset MBI yang begitu besar kepada satu syarikat? kerana penjelasan mengenainya akan diketahui pada persidangan DUN akan datang.

6. Malangnya, melalui tindakan pemindahan aset MBI tersebut tidak menjadi isu kepada para pemimpin pembangkang seperti Tony Pua, Rafizi Ramli atau Lim Kit Siang. Atau dengan kata lain jika pembangkang melakukan tindakan seperti itu, dikira betul dan tanpa cacat, namun, mereka begitu bising sekali bercakap berkaitan 1MDB, sedangkan syarikat milik kementerian kewangan tersebut hanya melibatkan RM1juta wang rakyat.

Monday, June 03, 2013

Azmin Ali Persoal Perlantikan Saifuddin Nasution

Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali berkata kalangan anggota parti kurang senang dengan pelantikan setiausaha agung parti Saifuddin Nasution Ismail ke jawatan pegawai perhubungan politik di pejabat menteri besar.

Laporan Sinar Harian memetik kenyataan Azmin yang menyebut bahawa anggota parti berkenaan juga merasakan bahawa keputusan tersebut seolah-olah melupakan pemimpin Selangor yang lain.

“Kalangan ahli melahirkan rasa kurang senang dengan keputusan tanpa perbincangan parti malah seolah-olah melupakan pemimpin Selangor yang berjaya memenangi hati rakyat serta menang dalam pilihan raya umum ke-13 lalu,” kata Azmin seperti dilaporkan akhbar tersebut.

Dalam satu lagi laporan, akhbar berkenaan memetik kenyataan ketua penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shaifei yang menuntut agar menteri besar menjelaskan peranan Saifuddin di jawatan tersebut.

“MPN (majlis pimpinan negeri PKR) Selangor akan meminta penjelasan lanjut dari Tan Sri Abdul Khalid (Ibrahim) kerana timbul pertanyaan mengapa pula setiausaha agung PKR selaku ahli politik boleh dilantik ke dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor,” katanya.

Sementara itu, Saifuddin sendiri dalam satu lagi laporan di halaman sama berkata beliau hanya akan mengetahui bidang tugas berkenaan apabila bertemu Khalid pada hari Jumaat.

Bagaimanapun, beliau berkata tugas berkenaan antara lainnya melibatkan usaha memperkukuh kerajaan negeri dan membina kekuatan pengaruh lebih luas di kawasan yang tidak dikuasai Pakatan Rakyat.

Tuesday, May 08, 2012

Azmin kenalah minta ampun pada ibunya..

Isu lapok Azmin... kononnya rayuan airmata ibunya yang muncul di kaca TV kerana tindakan jiik dan kotor Umno.

Bertaubatlah Azmin.. ibu kamu tu adalah penyebab kamu lahir didunia... Sanggup kamu tuduh ibu kamu diperalat...

Usaha pihak ketiga mendedahkan rayuan ibu kamu, atas sebab kamu sudah tidak memperdulikannya sekian lama, malah kamu tega tidak melawatnya semasa ibu kamu itu terlantar di hospital.

Salah kah ibu kamu, minta bantuan pihak lain agar keluhannya kamu dengar dan ketahui?

Monday, May 07, 2012

Azmin makin popular apabila ibunya merayu agar anaknya kembali ke pangkuan keluarga

Azmin makin popular ekoran pendedahan seks aiskrimnya dan ditambah rayuan ibunya agar anak sulungnya itu kembali ke pangkuan keluarga.

Media arus perdana dan juga dunia siber, juga memberi impak kepada kepopularan Azmin, kerana sejak terdedahnya skandal seksnya dengan wanita yang tidak dikenali, nama Azmin bagaikan goreng pisang.

Kini Azmin semakin popular, bagaikan bintang Hollywood, atas sebab itu ramai pemimpin pembangkang merasa cemburu, kecualilah darah dagingnya Anwar Ibrahim dan Zuarida Kamruddin.

Atas sebab rasa cemburu itu, maka para pemimpin pembangkang termasuk mereka yang separti dengan Azmin, semuanya senyap, malah mereka memberi kenyataan, bahawa masalah yang dihadapi Timbalan Presiden PKR itu adalah masalah pribadi, atas sebab itu, biarlah Azmin selesaikannya sendiri.
Malah Presiden PKR Datin Wan Azizah menasihatkan Timbalannya itu agar berjumpa dengan ibunya, yang tidak dipedulikannya sejak 9 bulan lalu, termasuklah semasa orang tua itu terlantar di hospital.
Nampaknya, berasaskan keadaan ini, kepopularan Azmin, bukan popular yang membawa impak positif kepada karier politiknya, namun sebaliknya.
Atas sebab itu, akhir-akhir ini, saudara sedaging dengannya (Anwar Ibrahim) merehatkan MP Gombak itu daripada sebarang aktiviti parti, agar supaya BLUEBOYnya itu memberi perhatian khusus kepada masalah berat yang dihadapinya.
Azmin dipersimpangan jalan....

Blog Archive