JIKA pun video semburit Azmin Ali betul, untuk sementara tiada impak terhadap karier politik beliau, kerana pemimpin nombor satu negara orang pertama yang tidak percaya, pelaku dalam video tersebut adalah Azmin, meskipun pasangannya Haziq Abdullah Aziz, telah mengaku, bukan sahaja secara lisan, akan tetapi menerusi rakaman yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja dan di mana sahaja.
Pengakuan Haziq bukan main-main, malah beliau membuat akuan bersumpah. Selain itu, beliau mencabar Azmin membuat laporan polis secara langsung dan menyaman beliau.
Setakat ini, sejak video semburit dikongsikan menerusi media sosial, kemudian oleh portal berita atas talian pada 11 Jun, Azmin belum membuat laporan polis meminta pengakuan Haziq disiasat kerana memfitnah beliau.
Azmin di lain pihak, sibuk dengan penafian, menuduh parti beliau sendiri terlibat dalam pendedaran video tersebut, dengan dakwaan memusnahkan karier politik beliau.
Semasa rancak-rancaknya berbagai pihak memberi komen atau ulasan berkaitan video semburit itu, keluarlah pula senarai 41 entiti yang mahu dilucutkan hak kononnya menerima wang 1MDB daripada akaun pribadi Datuk Seri Najib Razak. Adalah dipercayai tindakan itu sebagai "damage control" terhadap video semburit.
Video semburit tahun 2019 tidak sama dengan Liwat 1.0 tahun 1998, meskipun kedua-duanya berlaku pada Perdana Menteri yang sama.
Walaupun semburit 2019 dan Liwat 1.0 ada hubungan dengan jawatan Perdana Menteri, tetapi senarionya tidak serupa. Oleh kerana senarionya berbeza, maka diperikirakan untuk sementara waktu, video semburit 2019, tiada impak terhadap kerjaya politik Azmin.
Nampaknya, kes semburit 2019, walaupun tidak semua pihak menutupi, setidak-tidaknya, ianya tidak boleh dibangkit di Dewan Rakyat, kerana Speaker sudah membuat "ruling" isu itu tidak boleh disentuh.
Apapun tindakan "seteru" Azmin dalam politik, selagi pemimpin no-1 negara berpihak kepada beliau, video semburit itu, tidak akan ke mana-mana. Ianya hanya jadi tontotan yang tiada kesan!!!
1 comment:
Ianya hanyalah kisah dubur menduburi liwat meliwati Malaysia Baharu Pakatan Hancing yang tidak menjadi setelah Kutty memberi jaminan Non akan jadi PM 8.
Post a Comment