Friday, September 08, 2023

TIADA SIAPA YANG BOLEH HALANG HARGA BARANG NAIK

DALAM perdagangan terbuka tiada mana-mana pihak boleh halang harga barang tidak naik, kecuali barang itu tidak dibeli.

Selagi barang dibeli maka harga menjadi penentu pada barang itu. Apabila pengeluar/penjual/pembekal naikkan harga, pembeli/pengguna membayar pada harga barang.

Barang keperluan asas tiada pengganti, apabila harga naik, tentunya membebankan pengguna akhir apabila pendapatan boleh guna tidak dapat mengimbangi kenaikkan harga.

Apabila pendapatan boleh guna terkesan,maka mempengaruhi kos sara hidup.

Dalam isu beras putih, terutama beras import, oleh kerana negara pengeluar naikkan harga ditambah dengan penyusutan nilai ringgit terhadap mata wang asing terutama dollar Amerika, selain cukai import, kos logistik, kos perkhidmatan, kos rantaian bekalan, maka pengguna akhir terbeban, kerana terpaksa membayar harga lebih tinggi.

Jika pemimpin Parti Warisan seperti Datuk Aziz Jamman berkata, jika Parti Warisan yang mentadbir negeri, harga beras tidak akan naik. Kenyataan itu, kenyataan tidak masuk akal.kerana tiada siapa yang boleh menghalang kenaikkan harga, jika faktor-faktor yang membabitkan komoditi itu mengalami kenaikkan.

Harga kekal naik,akan tetapi, harga pada pengguna akhir boleh murah/rendah asalkan kerajaan campur tangan dengan menyerap kenaikkan menerusi subsidi.

Beras putih misalnya, import Sabah purata 290,000 tan setahun. Oleh kerana harga import meningkat ke RM3,200 setan berbanding RM2,350 setan, maka untuk kekalkan harga pada pengguna akhir, subsidi RM850/tan perlu diberi. Untuk 290,000 tan, subsidi yang diperlukan RM246,500,000.00 atau setiap orang rakyat Sabah diberi subsidi RM8000 setahun.

Mennyerap kos membabitkan hampir suku bilion ringgit setahun hanya untuk satu komoditi adalah tindakan tidak bijak, kerana kos melepas bagi sejumlah wang ini jauh mempunyai kesan berganda jika digunakan untuk aktiviti ekonomi yang boleh menambah pendapatan boleh guna rakyat (disposible income).

Pemimpin Warisan yang mengeluarkan pandangan main lepas, bukan pertimbangan ekonomi atau kesan pada kewangan akan tetapi untuk mendapatkan sokongan rakyat secara murahan.

Menjadi pembangkan boleh sahaja memberi pandangan tidak cerdik. Sementara kerajaan tidak boleh bertindak sedemikian kerana mempertimbangkan setiap wang pembayar cukai atau hasil negeri perlu mengambil kira kos melepas (opportunity cost) setiap sen wang rakyat.

Bagi pandangan penulis, kerajaan jangan lah terkesan sangat berkaitan kenaikkan harga barang,kerana harga barang akan terus naik, apapun halangan yang dipilih, akan tetapi tumpu pada cara bagai mana mencipta berbagai peluang untuk membolehkan rakyat mendapatkan, meningkatkan pendapatan, agar pendapatan boleh diguna tidak terkesan dengan peningkatan harga barang. Fikir-Fikirkan

No comments:

Blog Archive