Saturday, September 09, 2023

POLITIK SABAH ITU UNIK-PERUBAHAN TIDAK DIDUGA

MUNGKIN pemimpin politik Sabah ramai masih percaya bahawa politik Sabah itu unik kerana boleh berubah tanpa sebab yang kukuh. Hanya kerana sentimen,  politik boleh berubah.

Menelusuri parti politik Sabah yang pernah disokong rakyat, rata-rata kerana faktor sentimen bukan dipandu oleh ideologi sesebuah parti.

Oleh kerana rakyat menyokong sesebuah parti berasaskan sentimen, atas sebab itu, parti yang pernah menerajui kerajaan ada yang telah menjadi catitan sejarah, manakala yang masih kekal telah mengubah pendekatan untuk kekal relevan.

Dalam senario hari ini di Sabah parti-parti yang kekal mahu mendapat mandat rakyat  pada PRN17 selain GRS, juga Umno/BN, Parti Warisan, PH dan PN.

Parti-parti ini mempertaruhkan sentimen, misalnya GRS, dengan sentimen INI RUMAH KITA, KITA LAH YANG JAGA RUMAH KITA, Umno pula dengan AGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR (ABATA), Warisan- SABAH FOR SABAHAN, PH-REFORMASI dan PN- SELAMATKAN NEGARA.

Sentiman yang dapat menakluki pendapat atau aspirasi rakyat dijangka mendapat sokongan.

Pada PRU14, sentimen yang dibawa Parti Warisan hampir membuahkan hasil, namun jangka hayat sentimen itu telah menunju matahari terbenam, atas sebab itu sokongan pada parti itu merosot sepertimana dibuktikan pada PRU15 dan dijangka akan berakhir pada PRN17 Sabah atau paling lambat pada PRU16.

Sementara sentimen yang mewakili UMNO masih kekal dengan sebahagian pemimpin parti itu yang berjawatan parti akan tetapi tidak lagi diperingkat akar umbi.

Sentimen bagi PH pula, kurang menyerlah pada rakyat Sabah secara umum, melainkan hanya bagi kaum-kaum tertentu yang sangat tebal dengan sentimen kaum.

Sentimen yang mewakili PN pula, hanya sentimen sementara, sentimen tidak kekal di mata rakyat Sabah, kerana PN telah mengubah pendekatan pasca PRU15 lebih cenderung pada orang Melayu dan agama Islam.

Sentimen SELAMATKAN NEGARA, tidak menyeralah di peringkat Sabah, kerana rakyat tahu sentimen seumpama itu hanya berjangka hayat sementara.

Kini, secara umum rakyat Sabah tertarik dengan sentimen yang dibawa GRS khususnya parti komponen parti itu Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), kerana sentimen seumpama itu bersifat kekal.

Sentimen INI RUMAH KITA, KITA JAGA RUMAH KITA, tidak terkait dengan kaum, agama melainkan terkait dengan fitrah kehidupan. Mana-mana manusia bertamadun, pasti berteduh dalam rumah, dan rumah tempat berteduh adalah tanggungjawab yang tinggal didalamnya untuk menjaga.

Penulis berpandangan, parti GRS boleh kekal untuk waktu yang lama di Sabah dan parti itu dijangka menamatkan perubahan politik Sabah yang tidak diduga di masa hadapan.

No comments:

Blog Archive