Sunday, September 03, 2023

ISU BOIKOT PERDAGANGAN PANTAI TIMUR SEMENANJUNG

MENGAPA timbul kempen boikot perniagaan negeri-negeri Pantai Timur yang diperintah Perikatan Nasional hanya kerana rakyat negeri itu menggunakan kebebasan demokrasi dalam pilihan raya?

Apa kah satu kesalahan apabila mempergunakan kebebasan memilih? sehinggakan menimbulkan  tindakan boikot?

Memboikot perniagaan membawa erti aliran barangan daripada Pantai Barat Semenanjung tidak dikirim ke pantai Timur. Demikian juga barangan daripada negeri-negeri itu tidak dikehendaki atau tidak boleh diniagakan di negeri-negeri yang dikuasai PH-BN.

Apabila ini berlaku, maka rakyat di negeri Pantai Timur itu akan mengalami kekurangan bekalan barangan dan tentunya kesannya harga barang keperluan harian melonjak naik, menyebabkan kos sara hidup meningkat berkali ganda.

Demikian juga jadinya dengan barangan keluaran negeri-negeri itu kehilangan pasaran, boleh menyebabkan barangan jatuh harga, termasuk rosak kerana kurangnya permintaan.

Tujuan tindakan kempen boikot ini ada lah bentuk hukuman pada rakyat di negeri-negeri itu kerana tidak menyokong kerajaan Persekutuan.

Tujuan tidak langsung kempen boikot itu hanya menghukum orang melayu/islam kerana kebetulan negeri-negeri itu majoriti penduduk adalah orang melayu dan islam.

Penulis tidak terbayang dalam dunia moden ini pun dalam sesebuah negara boleh berlaku kempen boikot, seperti mana kempen era perang dingin antara barat dan timur semasa era masih wujudnya USSR dan Yugoslavia . Pada masa itu negara Malaysia juga turut memboikot Olyimpik yang diadakan di Moscow pada tahun 1980, sehinggakan pasukan bolasepak negera tidak dapat beraksi pada pesta SUKAN berprestej itu.

Betul lah kerana fahaman politik boleh berlaku polarisasi sehingga ke tahap melampau seperti kempen boikot.

Walaupun kempen boikot perniagaan ini hanya manifestasi penyokong taksub PH-BN, akan tetapi secara praktikalnya tidak akan berlaku.

Dunia peniaga berbeza dengan dunia politik ibarat langit dan bumi, kerana peniaga berpaksikan laba rugi, berpaksi pada keuntungan wang ringgit, tidak mudah dipengaruhi fahaman politik sempit.

Penulis sedar kerajaan Perpaduan tiada pun terniat memboikot sehingga membabitkan perniagaan rakyat, kerana perniagaan sepenuhnya dikendalikan rakyat, kerana kerajaan tidak terlibat dengan mana-mana perniagaan kecuali menerusi syarikat-syarikat berkaitan kerajaan.

Jika benar lah akan berlaku boikot perniagaan pada negeri-negeri di Pantai Timur, maka ianya bukan lagi polarisasi akan tetapi permusuhan. Kerana hanya menerusi permusuhan sahaja boleh timbulnya tindakan boikot.

Boikot bukan sahaja membawa erti menghukum akan tetapi mempunyai maksud memudaratkan pihak yang diboikot.

Sebagai misalan barangan keperluan harian rakyat di tiga negeri itu akan tetapi bekalan sangat bergantung daripada negeri-negeri lain, jika ianya dihentikan, maka barangan itu tidak akan ada di pasaran. Contoh beras.. sedangkan beras adalah makanan ruji. Apa akan terjadi dengan penduduk yang makan nasi?

Tindakan seumpama ini bercanggah dengan piagam Bangsa-Bangsa Bersatu berkaitan kemanusian. Sebab itu, walaupun isu air antara Singapura dan Johor yang berdekad lamanya berkaitan harga, Johor tidak boleh menyekat bekalan air ke Singapura. Ini kan pula membabitkan negeri-negeri dalam satu negara, boleh berlaku isu TINDAKAN BOIKOT PERNIAGAAN. Apa kah mereka yang menganjurkan tindakan itu TELAH hilang erti kemanusiaan? Walaupun TIDAK menghargai DEMOKRASI!!!.

Kempen memboikot perniagaan untuk Pantai Timur Semenanjung, perlu menjadi pengajaran bagi Sabah dan Sarawak, agar di masa hadapan bersedia kerana sesuatu yang bermula, kalau tidak pun berterusan akan tetapi pasti berulang.

Sabah dan Sarawak perlu bersedia mencari alternatif, jika memang masih bergantung barangan keluaran Semenanjung Malaysia, kerana suatu hari nanti mungkin sahaja aliran barangan daripada Wilayah itu ke Sabah dan Sarawak dihentikan. Mana lah tahu, kerana dalam politik itu selain penuh dengan serba kemungkinan juga penuh misteri.

Bagi pandangan penulis, menyekat barangan daripada Semenanjung di masa hadapan masuk ke Sabah dan Sarawak akan merugikan para peniaga di Wilayah itu, kerana 5-10 tahun daripada sekarang, kemungkinan besar dua negeri Borneo itu akan mempunyai perdagangan dua hala yang rancak dengan wilayah Indonesia apabila Nusantara Ibu Negara Indonesia mula dibuka secara rasmi.

Antara Indonesia-Sabah-Sarawak kemungkinan tindakan memboikot tidak berlaku kerana dipisahkan dengan fahaman politik, hubungan antara wilayah semata-mata hanya untuk maksud perdagangan dua hala. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Blog Archive