Saturday, June 17, 2023

PRN17 SABAH- DUA TAHUN LAGI- PGRS KENA BERSEDIA : HAJIJI

Datuk Seri Haji- Pelancaran Bahagian Pitas

DATUK Seri Hajiji Haji Noor yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) menyeru semua bahagian di 73 DUN Sabah kena bersedia daripada sekarang, memandangkan PRN17 negeri hanya berbaki 2 tahun lagi.

Sempena pelancaran Bahagian Pitas, bahagian pertama dilancarkan pada Ahad selepas pelancaran parti itu pada 2 Mac 2023,menyeru semua jajaran parti kena bekerja keras menyantuni rakyat di semua peringkat untuk memudahkan gerakan semasa pilihan raya.

Sesuai dengan senario politik negara, tidak terkecuali negeri, para pemimpin parti kena menyelami hati nurani rakyat, khususnya mereka yang kali pertama mengundi.

Senario politik semasa, hanya parti yang difahmi rakyat kerana misi dan perjuangan akan mendapat sokongan.

Gagasan Rakyat bersama parti induk Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bergerak serentak dengan komponen parti agar menjadi pilihan utama rakyat Sabah bukan sahaja pada PRN17 akan tetapi PRN-PRN seterusnya.

Gabungan/Gagasan adalah parti yang berjuang untuk membela rakyat dan negeri seterusnya membawa hak-hak rakyat dan negeri di peringkat nasional.

Tiada siapa yang layak membawa misi rakyat dan negeri di peringkat nasional, melainkan parti/pemimpin negeri yang mengerti/faham akan keperluan rakyat dan negeri.

Gabungan/Gagasan adalah wadah mempunyai misi itu, atas sebab itu, rakyat Sabah perlu memberi kepercayaan penuh agar aspirasi rakyat Sabah terus tertunai/terbela, bukan sahaja untuk generasi sekarang, akan tetapi generasi akan datang.

Semua rakyat perlu melihat latar belakang politik Sabah lebih setengah abad, yang terkesan, kerana kerapnya pertukaran kerajaan, sehinggakan kemajuan dan pembangunan terbantut, selain itu, masih terdapatnya rakyat tergolong miskin.

Sabah bukan sahaja masih ketinggalan daripada segi kemajuan, malah kemudahaan asas pun belum memadai untuk memenuhi keperluan rakyat.

Diyakani menerusi Gabungan/Gagasan, kalau tidak pun dalam penggal ini, isu-isu kemudahan asas tidak dapat diselesaikan, akan tetapi pada penggal berikutnya, akan selesai.

Kesungguhan kerajaan GRS Sabah membangun/memajukan negeri dan rakyat berada pada landasan betul, menerusi kerangka hala tuju negeri- SABAH MAJU JAYA.

No comments:

Blog Archive