Sunday, June 18, 2023

PRN 6 NEGERI- PN YAKIN MENANG 20 DUN DI PULAU PINANG

PULAU PINANG yang mempunyai 40 DUN, sejak tahun 2008 dikuasai DAP dan PKR. Pada PRU14, parti-parti yang bersama-sama dua parti itu menang 37 kerusi. Baki 3 kerusi, 2 dimenangi Umno dan 1 PAS.

Pada PRN kali ini, PH (DAP, PKR, Amanah) berhadapan dengan PN (PAS, Bersatu, Gerakan).

Pada PRU14, Gerakan julungkali kalah semua kerusi yang ditandingi, sedangkan parti itu adalah parti tunjang BN di negeri itu, sebelum tumbang pada tahun 2008.

Pada PRN kali ini, PN yakin boleh menang 20 kerusi DUN, tentunnya kawasan-kawasan yang bermajoriti kaum melayu, yang disandang, PKR dan Amanah, selain mempertahankan kerusi yang dimenangi BERSATU semasa masih bersama PH.

Menerusi keyakinan PN itu, membawa makna, Umno, Amanah akan kosong kerusi, sementara PKR hanya menang kawasan majoriti kaum cina.

Berasaskan congakan Tan Sri Muhiyiddin Yassin- Pengerusi PN, keputusan PRN Pulau Pinang, adalah PH 20 kerusi (DAP 19 dan PKR 1). Pertanyaannya mungkin kah? 

Jika berpandukan, undi kombinasi antara PH/BN, apabila hanya berlaku pertembungan dua calon, kenyakinan PN itu sukar menjadi kenyataan.

Andaian PN itu akan menjadi benar, jika majoriti pengundi kaum melayu negeri itu lebih 70% mengundi PN dan dan sedikit swing pengundi kaum cina pada PN.

Jika benar berlaku tsunami kaum melayu menerusi gelombang hijau, tiada mana-mana pihak boleh membendungnya.

Jika memang benar berlaku tsunami melayu pada PRN 6 negeri, maka semua 6 negeri bakal dimenangi PN.

Walaupun dalam politik itu perlu kenyataan-kenyataan boombastik, akan tetapi juga perlu bersandarkan pada dunia nyata, agar, tidak mendapat gelaran mimpi di siang hari.

No comments:

Blog Archive