Monday, April 17, 2023

PENGAMPUNAN NAJIB MAKA UMNO KEMBALI KUAT?

PADA 31 Mac 2023 panel ke-2 Hakim Mahkamah Persekutuan membuat keputusan 4-1 menolak permohonan semakan hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 denda terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Menerusi penolakan itu, maka peluang untuk bebas hanya menerusi pengampunan DiRaja.

Kepimpinan Umno mengunapakai keputusan seorang hakim yang berpihak pada Datuk Seri Najib berbanding 13 yang mendapati mantan Perdana Menteri itu bersalah membabitkan RM42 juta wang SRC International untuk memohon pengampunan YDP Agong.

Dalam proses permohonan itu selain semua MKT Umno,juga 191 Ketua Bahagian akan menandatangi surat permohonan pengampunan.

Selain Umno tiada mana-mana pihak yang bersemangat menyokong permohonan pengampunan Perdana Menteri ke-6 dan bekas Presiden Umno itu.

Malah Lim Kit Siang daripada DAP dan Hassan Karim daripada PKR sangat negatif terhadap usaha pengampunan itu.

Bagai mana pula reaksi rakyat biasa? Jika berpandukan pada reaksi beberapa NGO, rata-rata menolak proses pengampunan tersebut.

Di mata rakyat, Najib banyak budinya kerana menggunakan kekayaan negara untuk memajukan rakyat dan membangun negara, tetapi kesalahan yang beliau lakukan dengan menunggang pada jawatan yang diamanahkan cukup berat untuk diterima.

Kesan pada salah guna kuasa itu, maka Umno/BN dihukum pada PRU-14 sehingga kehilangan kuasa. Pemimpin yang mengambil alih jawatan Presiden dan Pengerusi tidak kurang teruknya, dan sekali lagi Umno/BN dihukum pada PRU-15, sehingga menjadi parti kecil.

Hujah jika Najib diampunkan dan kemudiannya berganding dengan Zahid seperti mana pendapat Speaker DUN Johor- Puad Zarkhasi, maka Umno pulih dan kuat semula, hanya hujah meneggakkan benang basah.

Pemimpin Umno yang masih percaya bahawa Umno akan pulih dan bangkit semula, terlepas pandang, bahawa selera pengundi atau rakyat sudah berubah.

Mungkin kerana pemimpin Umno asyik dengan kedudukan dan kuasa, maka tidak memberi perhatian, bahawa selera pengundi negara ini mula berubah pada PRU tahun 2008, dan kemudiannya dikatakan berlakunya tsunami cina yang berlanjutan sehingga PRU-15, ditambah tsunami melayu yang bermula pada tahun 2013 dan juga berlanjutan sehingga PRU-15.

Apabila selera pengundi sudah berubah, bukan mudah untuk dikembalikan.

Penulis berpandangan, Umno akan kekal dikenang tetapi tidak akan dapat mengembalikan kegemilangan melainkan akan ikut jejak Golongan Karya (GOLKAR) Indonesia, yang hilang kuasa pada tahun 1995, dan sehingga kini tidak bangkit-bangkit lagi.

No comments:

Blog Archive