Monday, April 17, 2023

KERAJAAN SABAH- MASIH RELEVAN KAH SOKONGAN BUNG?

DATUK Bung Moktar Radin lebih maklum tanpa sokongan beliau dan ADUN yang menyokongnya tidak memberi kesan pada Kerajaan Sabah yang dipimpin Datuk Seri Hajiji Haji Noor, atas sebab pada 27 Februari 2023, Hajiji telah disokong 2/3 daripada 79 ADUN.

Menerusi sokongan 2/3 maka kerajaan negeri akan terus kekal sehingga tamat penggal ke-15 DUN, iaitu pada suku ke-4 tahun 2025.

Tiada kewajaran lagi bagi ADUN Lamag itu mengulangi bahawa Umno Sabah kekal tidak menyokong kerajaan Negeri, walaupun sebelum ini, Setiausaha Agung Barisan Nasional Pusat- Datuk Zambry Abdul Kadir dalam satu kenyataan bahawa Umno/BN menyokong kerajaan negeri yang dipimpin Hajiji.

Bukan Zambry sahaja, malah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi- Presiden Umno dalam satu ucapan di Papar sempena majlis berbuka puasa memberi sokongan pada kerajaan negeri sehingga tamat penggal.

Jika dilihat daripada sokongan kukuh para wakil rakyat terhadap kerajaan negeri, kenyataan Pengerusi Umno Sabah itu tidak relevan lagi.

Hakikatnya, apa pun kenyataan Bung, tidak lagi memberi kesan pada pentadbiran negeri yang terus melangkah merealisasikan visi Sabah Maju Jaya.

No comments:

Blog Archive