Thursday, February 16, 2023

SEKTOR MINYAK & GAS: SATU LAGI KEJAYAAN KERAJAAN NEGERI

SEKTOR MINYAK & GAS: SATU LAGI KEJAYAAN KERAJAAN NEGERI apabila syarikat milik penuh Kerajaan Sabah SMJ Sdn Bhd (SMJSB) memeterai surat persefahaman (LoU) dengan PETRONAS Carigali Sdn Bhd (PCSB) dan E&P Malaysia Venture (EPMV) menerusi KONSEP penyusunan pilihan semula (on back option arrangement) kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) berkaitan cari gali minyak dan gas di Blok SB409.

Menerusi LoU tersebut SMJSB akan ditawarkan satu pilihan semula sehingga 20 peratus faedah penyertaan yang boleh dilaksanakan sejurus selesai komitmen kerja atau penemuan komersial, MANA YANG LEBIH AWAL.

Setakat ini,walaupun ada laporan berkaitan kapasiti pengeluaran berkaitan blok tersebut, akan tetapi,ianya dijangka mempunyai kapasiti tinggi, memandangkan penemuan minyak dan gas di kawasan berhampiran dengan blok tersebut.

Blok SB409 berada pada lembah terdapatnya stok mnyak dan gas.

Blok SB409 yang terletak di luar pesisir barat daya Sabah dengan keluasan 14,556 kilometer persegi dianugerahkan kepada PCSB dan EPMV oleh PETRONAS ketika pusingan Pembidaan Malaysia (MBR) 2022.

Menerusi kenyataan, kerajaan Sabah menyifatkan LoU itu sebagai pencapaian terbaru kerajaan negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) selepas menandatangi Perjanjian Kerjasama Komersia (CCA) dngan PETRONAS pada 7 Disember 2021.

CCA berkenaan membolehkan Sabah melalui SMJSB meningkatkan perkongsian perolehan, pembabitan dan suara yang lebih besar dalam pengeluaran minyak dan gas serta nilai rantainya di negeri itu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor memberi jaminan CCA berkenaan akan mengwujudkan persekitaran lebih inklusif bagi industri minyak dan gas di Sabah termasuk di luar pesisir dan atas pesisir.

Menurut Hajiji, adalah menjadi aspirasi kerjaan negeri supaya mendapat lebih banyak daripada pengeluaran minyak dan gas di Sabah.

Selain itu, menurut Ketua Menteri Sabah itu, Sabah dijangka akan memeterai lebih banyak perjanjian dengan PETRONAS yang akan diumumkan daripada masa ke semasa.

Bagi rakyat Sabah, apa yang diharapkan daripada kejayaan demi kejayaan ini, dapat memajukan dan membangun negeri, tetapi perkara paling mustahak, agar lebih ramai rakyat Sabah mendapat peluang pekerjaan, atau pun peluang perniagaan.

No comments:

Blog Archive